Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Beriani Johor Yang Sedap

Nasi Beriani Johor

Sementara masih berada di bulan Syawal, saya pasti ramai yang memasak untuk menjemput kawan kawan datang beraya. Jika anda masih tercari cari idea untuk memasak, ini saya cadangkan anda memasak nasi beriani. Jika dulu, saya memasak nasi berinai Pakistan di SINI, tapi kali ini nasi beriani Melayu dari Johor. 

Saya belajar membuat nasi beriani dan geng nasi beriani dari Puan Nani Rostam blogger terkenal dengan kehebatan memasak yang juga merupakan Bonda kepada pelakun Hanis Zalikha. Beliau bukan sahaja pandai memasak tapi juga sangat berbakat dengan hiasan dalaman. 

Beliau menjemput saya beraya di rumah mereka pada hari khamis minggu kedua Syawal. Walaupun saya sedang berpuasa 6, saya tetap berusaha memenuhi jemputan dengan meminta untuk hadir ketika waktu berbuka puasa. Kebetulan saya singgah di rumah Nana dalam perjalanan ke sana, jadi saya mengajak Nana dan Ammar pergi sekali. 

Nasi Beriani Johor

Hari itu, Puan Nani juga menjemput rakan rakan anak beliau. Banyak sekali makanan yang disediakan. Antaranya ialah Nasi Berani berlaukkan Daging Beriani, Ayam Masak Merah, Acar Timun Nenas mentah, Laksa Siam dan Steamboat. Selain itu, kuih muih pula, pulut dengan kuah durian, puding roti, kacang tanah dan pelbagai kek dan cookies.

Seperti biasa, ketika menjamah nasi beriani, saya terus dapat merasai kehebatan dek kenikmatan air tangan Puan Nani. Seperti biasa, kalau dah sedap tu, memang saya tak akan senang duduk, selagi tidak dapat menanyakan resepi. Puan Nani tidak lokek untuk bercerita. Sambil dia bercerita, saya cuba untuk mengingati bahan yang digunakan. Kemudian baru saya menulis di dalam handphone supaya saya tidak terlupa atau tertinggal bahan yang digunakan. 

Oleh kerana lauk pauk yang digandingkan dengan nasi beriani ini banyak, jadi saya terpaksa membuat entri berasingan untuk daging beriani, ayam masak merah dan acar timun. Klik di SINI untuk resepi Daging Beriani, di SINI untuk resepi Ayam Masak Merah. Yang Acar timun, klik di SINI. Serious sekali masuk mulut acar timunnya, dalam hati terus berkata Masya Allah sangat sedap. Dengan tak malunya, saya menambah nambah makan acar. Nantikan entri acar berkenaan untuk mengetahui apa kelainannya.

Berbalik pada resepi nasi beriani, ianya adalah sama sahaja dengan resepi daging beriani. Cuma sukatan bahan bahannya dikurang dan tiada penggunaan cili kering kisar. Tak kanlah nasi beriani guna cili kisar pulak kan?

Serious sangat sedap, selepas masak, kami terus makan. Saya makan hingga menambah nambah. Anak anak pun makan menambah nambah juga. Lepas makan kami terus ke Shah Alam. Balik dari Shah Alam, terus ke Thomson Hospital kerana cucunda kami terpaksa ditahan kerana jaundice. Balik rumah dah lewat malam. Sehingga ke saat menulis entri ini pun, masih teringat nak makan nasi beriani ini.

Jom layan resepi yang telah saya salin dan olah berdasarkan apa yang dikongsikan. Saya juga gigih merekod video untuk rujukan di masa akan datang hingga handphone baru pun terjatuh dan terkena minyak. Jadi jangan lupa menonton Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba... 


Nasi Beriani Johor

Nasi Beriani

Bahan bahan:
5 pot beras Basmathi
1-2 biji buah tomato - direbus 
1 helai daun pandan
1 ikat batang ketumbar 
4-5 sudu besar minyak sapi
Rempah 4 sekawan – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
Sedikit garam
Sedikit susu cair

Bahan kisar basah:
5 biji bawang merah 
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan kisar kering:
1-2 sudu besar rempah ketumbar, jintan manis & jintan putih 

Cara cara:
Panaskan minyak sapi. Tumis rempah 4 sekawan, daun pandan dan daun ketumbar.  

Nasi Beriani Johor

Masukkan bahan kisar basah dan kacau seketika sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar kering dan buah tomato yang direbus tadi.

Nasi Beriani Johor

Nasi Beriani Johor

Masukkan beras dan goreng seketika. Tuang air secukupnya dan sedikit garam.

Nasi Beriani Johor

Masak nasi dalam rice cooker seperti biasa sehingga air hampir kering. Bila air telah kering, tuangkan susu cair. Kacau rata dan tutup periuk.

Nasi Beriani Johor

Bila air telah kering, titis pewarna kuning telur dan tutup periuk. Jangan dikacau. Setelah nasi benar benar masak, baru dikacau rata. 

Nasi Beriani Johor

Boleh tabur bawang goreng, sebelum dihidangkan. 



11 ulasan for "Nasi Beriani Johor Yang Sedap"

  1. Salam... Susu cair tue berapa bnyak eaa? Klau sukatan cawan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak agak jer fungsinya utk tambah rasa lemak. Guna 1/2-1 cawan pun ok.

      Padam
  2. Klu x na ltk susu cair blh ke kak azie

    BalasPadam
  3. alhamdulillah dah cuba ikut resepi akak.. anak2 kata sedap

    BalasPadam
  4. pn azie..beras tu 5 pot ke 5 cawan ( cup)?

    BalasPadam
  5. Tqq dah lama teringin nak buat nasi beriani.... blh try ni...

    BalasPadam
  6. InnSya Allah .nak Cuba nanti

    BalasPadam
  7. Minyak sapi tu wajib ke@ bole tuko lain?

    BalasPadam
  8. Salam Kak, sekiranya masak nasi guna pressure cooker yg tk boleh buka bab akhir tu, letak susu cair sebelum tutup pressure cooker pun ok atau selepas pressure cooker berhenti letak susu cair dan tutup balik pressure cooker biar dlm wap panas dahulu seketika...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selepas berhenti, kerana kita nak rasa lemak pada nasi akhir

      Padam