Selasa, 18 Jun 2019

Daging Beriani Yang Sangat Sedap (A Keeper Recipe)

Daging Beriani Yang Sangat Sedap

Sebelum masuk bab resepi, saya ingin kongsikan tazkirah Subuh Al Fadhil Ustaz Khairuzaman bin Abd Kadir dari Kitab dari Kitab Iman Al Ghazali nama kitab (Mukasyafatul Qulub al Muqarribu ila A'llamil Ghuyub) (مكاشفة القلوب المقرب إلى علام الغيوب) Kitab "Penyingkap permasalahan hati untuk menghampirkn diri kepada Allah SWT". Iaitu sebuah kitab yang membahaskan perkara perkara yang berkaitan dengan hati untuk menghidup agama Islam sebagai panduan hidup di dunia dan akhirat. Saya memang sangat teruja dan tak sabar untuk berkongsi dengan follower blog Azie Kitchen.

Kitab dalam bahasa Arab. Bab pertama berkenaan rasa takut dan gerun pada Allah. Hadis dari Rasulullah sesungguhnya Allah swt telah mncipta satu Malaikat yang ada sayap di sebelah timur dan barat. (Tetapi Ia bukanlah malaikat Jibril, di mana malaikat Jibril as ada 600 sayap kanan dan 600 sayap kiri, setiap satu sayap yang panjangnya sejauh mata memandang). Malaikat tersebut  kepalanya berada di bawah arasy Ilahi dan 2 kakinya di bumi ketujuh. Pada badannya ada bulu sebanyak makhluk Allah SWT. 

Apabila kita membaca selawat sekali sahaja ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW (اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل محمد) maka Allah SWT perintahkan malaikat tersebut untuk  merendamkan dirinya di dalm lautan cahaya di bawah arasy. Masuklah ia dalam lautan cahaya tersebut kemudian ia pun keluar. Lantas malaikat tadi pun mengocak ngocak tubuhnya  maka akan terperciklah cahaya dari bulunya. Allah ciptakn daripada setiap percikan tadi malaikat yang baru. 

Apakah tugas kepada para malaikat yang baru diciptakan tadi. Iaitulah memohon ampun kepada orang yang berselawat tadi sehingga ke hari kiamat. Masya Allah begitu lah besarnya ganjaran hanya dengan sekali berselawat. Jadi sama sama lah kita memperbanyakkan selawat. Sekarang kita masuk bab resepi.

Daging Beriani Yang Sangat Sedap

Jika dalam entri sebelum ini, saya hanya kongsikan resepi Nasi Beriani, kali ini saya kongsikan pula, gandingan rapat kepada Nasi Beriani iaitu Daging Beriani yang bahan bahan adalah sama untuk keduanya. Resepi ini saya pelajari dari Puan Nani Rostam ketika saya berhari raya di rumah beliau. Boleh klik di SINI untuk resepi Nasi Beriani dan di SINI untuk Ayam Masak Merah. Untuk Acar klik di SINI.

Menurut Nani, jika ingin membuat Beriani Gam pun boleh. Hanya memasukkan daging di dalam nasi, jika suka masukkan juga telur rebus yang dikelar dan ditutup dengan nasi. Saya kagum dengan Nani yang sangat rajin meraikan tetamu. Saya suka cara ini di mana tetamu dijemput secara berperingkat jadi menpunyai lebih masa untuk melayan dan berbual bual mesra. Berbeza dengan majlis rumah terbuka di mana kita hampir tiada masa untuk bersembang dengan tetamu yang berkunjung. 

Daging Beriani Yang Sangat Sedap

Sebenarnya telah lama saya ingin belajar membuat daging beriani yang tidak menggunakan rempah beriani readymade. Ketika itu, sahabat saya pernah berniaga Nasi Beriani Johor di Plaza Perangsang Shah Alam. Tapi sehingga sekarang saya tidak lagi bertemu mereka kerana mereka tidak lagi berniaga. Kalau jumpa, pasti saya akan merisik lagi daging beriani mereka.

Saya ingin menulis sedikit bab lauk yang saya masak hari ini. Pada mulanya agak masam kerana saya terus memasukkan dua biji buah tomato semasa di masak dalam pressure cooker. Tapi selepas ditambah rasa masin dan manis untuk menyimbangkan rasanya, ia menjadi sedap dan secukup rasa. Alhamdulillah. Buah tomato boleh dimasukkan ketika kita mengeringkan kuahnya di dalam kuali sahaja. Lebih mudah untuk adjust rasa masamnya. Saya memang syorkan untuk anda mencubanya sendiri. Mudah dan cepat disediakan lebih lebih lagi jika menggunakan periuk pressure cooker. 

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Juga jangan lupa, untuk menonton video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Daging Beriani Yang Sangat Sedap

Daging Beriani
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 kg daging batang pinang - potong besar
Rempah 4 sekawan - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 ikat daun ketumbar - dengan akar sekali
5-6 sudu besar minyak sapi 
1/4 tin susu cair
2 biji buah tomato - direbus
Garam
Gula

Bahan kisar basah:
20 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 genggam cili kering - 10-12 sudu besar cili kering kisar

Bahan kisar kering:
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar

Cara cara:
Bahan kisar kering disangai terlebih dahulu sebelum dikisar kering. Ketepikan.


Daging Beriani Yang Sangat Sedap

Buah tomato direbus terlebih dahulu sehingga kulitnya boleh ditarik keluar. Atau jika suka boleh juga guna buah tomato dalam tin. 

Daging Beriani Yang Sangat Sedap

Daging Beriani Yang Sangat Sedap

Panaskan minyak sapi secukupnya dan tumis rempah 4 sekawan dengan bahan kisar basah. 

Masukkan daun pandan dan daun ketumbar. Kemudian masukkan pula bahan kisar kering. Tumis sehingga wangi dan terbit minyak.

Daging Beriani Yang Sangat Sedap

Daging Beriani Yang Sangat Sedap

Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing. Masukkan buah tomato. Nota: Buah tomato boleh dimasukkan kemudian ketika mengeringkan kuah. Lebih mudah untuk adjust rasa, takut terlebih masam.

Daging Beriani Yang Sangat Sedap

Daging Beriani Yang Sangat Sedap

Daging Beriani Yang Sangat Sedap

Masukkan daging ke dalam periuk pressure cooker. Kemudian tuang bahan tumisan ke atas daging dan kacau rata. Masak di dalam pressure cooker dan masak selama 30 minit.


Daging Beriani Yang Sangat Sedap

Daging Beriani Yang Sangat Sedap

Keluarkan daging dari pressure cooker dan pindahkan ke dalam kuali. Terus masak sehingga pekat yang disukai. 


Daging Beriani Yang Sangat Sedap

Daging Beriani Yang Sangat Sedap

Akhir sekali, masukkan sedikit susu cair, garam dan gula secukup rasa. Angkat. 

Tabur bawang goreng dan daun ketumbar sebagai hiasan sebelum dihidangkan.

Daging Beriani Yang Sangat Sedap

Nota:
Rempah yang sama boleh diguna untuk menyediakan nasi beriani, cuma tiada penggunanan cili kering. 



Add your comment
EmoticonEmoticon