Khamis, 20 Jun 2019

Acar Mentah Timun Nenas

Acar Mentah Timun Nenas

Suapan pertama yang sangat sedap kerana secukup sahaja rasanya. Klik di SINI untuk resepi Nasi Beriani Johor dan di SINI untuk Daging Beriani Johor. Untuk resepi ayam masak merah pula, boleh klik di SINI. Kesemuanya gandingan yang lengkap untuk sepinggan nasi beriani.

Lauk ini ada pelbagai nama. Ada yang panggil acar darat, ada panggil acar timun mentah dan ada yang panggil jelatah. Panggil lah apa yang disukai, asal diri bahagia. Saya lebih serasi dengan acar timun mentah sahaja.

Acar Mentah Timun Nenas

Nak lagi sedap, lebihkan cili api kampung tu, biar rasa pedas pedas. Baru ngam, ada manis nenas, masin, masam dan pedas. Cuma saya tak letak kacang tanah kerana saya sendiri tak berapa gemar kacang tanah. Hahaha agaknya sejak kecil takut makan kacang tanah, takut berjerawat muka. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Saya tak buat video pun kerana tak ada masa. Saya pun bukan pandai sangat buat video. Sekadar untuk complement resepi di blog sahaja. Kalau dah baca blog, tengok video barulah lebih lengkap.  

Acar Mentah Timun Nenas

Acar Darat/Acar Timun Nenas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-Bahan : 
1 biji timun - dibelah dua dan dihiris nipis 
1/4 biji nenas - dipotong nipis 
2-3 biji bawang merah - dihiris
3-4 tangkai cili api kampung merah - di hiris nipis
2 senduk kecil cuka 
2 senduk kecil gula 
4-5 biji asam boi
Garam secukup rasa
Sedikit kacang tanah kisar - opsyenal

Cara cara:
Masukkan timun, nenas dan hirisan cili api ke dalam mangkuk besar. 

Acar Mentah Timun Nenas

Satukan bawang merah, asam boi, cuka, garam dan gula. Kacau sehingga gula hancur. Sesuaikan rasa. Tuang ke dalam mangkuk tadi. 

Acar Mentah Timun Nenas

Acar Mentah Timun Nenas

Gaul rata semua bahan. Sesuaikan rasa masin dan manis. Jika suka, boleh letak kacang tanah tabur ketika ini.

Acar Mentah Timun Nenas

Acar Mentah Timun Nenas

Hidangkan bersama nasi beriani. Nota: Boleh sediakan awal kerana lagi lama lagi mesra, rasanya dengan timun dan nenas. 



2 ulasan:

  1. Ya ampun, enak banget keliatannyaa! Gak sabar pengen coba bangett. terimakasih banyak yaa informasinyaa, artikelnya keren!

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon