Isnin, 3 September 2018

Ikan Gelama Masak Asam Untuk Wanita Dalam Pantang Versi 2

Ikan Gelama Masak Asam Untuk Wanita Dalam Pantang

Sementara masih dalam bab lauk dalam pantang, saya ingin menulis bab hubungan ibubapa terutama ibu dengan anak. Saya tidak pasti dengan orang lain, tapi saya mengalami sakit sebelum bersalin yang agak panjang. Dalam kes Nana, saya masuk hospital pagi dan dipecahkan air ketuban. Saya hanya bersalin tengahari keesokannya. Sakit yang agak lama dilalui.

Sebagai ibubapa muda yang baru sahaja bekerja, kami membesarkan anak dalam keadaan yang serba kekurangan. Namun kasih sayang pada anak, dia diberi segalanya yang anak orang lain miliki. Saya menjaga sendiri anak anak ketika di dalam pantang. Bangun memberi susu badan 4 hingga 5 kali satu malam menjadikan saya sangat kurus selepas habis berpantang. 

Mungkin ini yang selalu dipesankan supaya anak anak sayang dan taat pada ibubapa selagi mereka tidak menyuruh anak berbuat kejahatan. Seperti mana orang lain, saya tidak meminta balasan apalagi wang ringgit kerana saya sendiri masih bekerja, menpunyai wang dan harta sendiri. Apa yang dimahukan oleh ibubapa adalah menumpang kasih sayang atau kalau yang ada cucu, tumpang untuk bermain dan bermanja dengan cucu sahaja. 

Pesanan saya buat semua anak anak supaya jangan menyakiti hati ibubapa. Jangan sesekali. Jaga maruah ibubapa walau dalam apa keadaan sekali pun. Kenangkan jasa ibubapa telah melahir, membesar dan mendidik sehingga menjadi seperti apa yang ada pada hari ini. Moga moga anak anak saya menjadi anak yang baik di dunia dan  akhirat yang sentiasa mendoakan ibubapa. 

Ikan Gelama Masak Asam Untuk Wanita Dalam Pantang

Lauk untuk wanita dalam pantang hari ini adalah lauk yang dimasak Ida, confinement lady yang menjaga Nana sepanjang sebulan berpantang. Saya cuma membantu mengacau ngacau di atas kuali sahaja. Ida sendiri belajar dari boss yang dahulu dia bekerja. Lauk masak asam yang saya sendiri sediakan di SINI.

Wanita dalam pantang memang sangat elok makan makanan yang banyak bawang besar Holland, banyak asam jawa, halia, bawang putih dan lada hitam. Untuk membanyakkan air susu pula, makan sayuran seperti lobak putih, sayur pegaga dan remunggai. 

Selain buah buahan segar, buah kurma juga sangat tinggi khasiatnya untuk ibu ibu selepas bersalin terutama dalam memberi tenaga dan merangsang penghasilan susu badan.

Jom layan resepi yang digunakan untuk memasak asam di bawah ini. Video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Ikan Gelama Masak Asam Untuk Wanita Dalam Pantang

Ikan Gelama Masak Asam

Bahan bahan:
2 keping ikan gelama 
1/2 biji bawang besar Holland - hiris
1 genggam asam jawa - bancuh dengan air
Garam
Gula
Sedikit minyak bijan

Bahan tumbuk kasar:
1/2 biji bawang besar
1 inci halia
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam

Cara cara:
Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak bijan. Tumis bahan tumbuk sehingga bau wangi. Masukkan air secukupnya. 

Ikan Gelama Masak Asam Untuk Wanita Dalam Pantang

Masak sehingga mendidih sebelum dimasukkan ikan. Kemudian masukkan pula air asam jawa dan kacau rata.

Ikan Gelama Masak Asam Untuk Wanita Dalam Pantang

Setelah mendidih rata, masukkan bawang besar yang dihiris, garam dan gula. Masak sehingga kuah agak sedikit pekat. 

Ikan Gelama Masak Asam Untuk Wanita Dalam Pantang

Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas panas. 



Add your comment
EmoticonEmoticon