Rabu, 15 Ogos 2018

Ikan Gelama Masak Asam Lauk Wanita Dalam Pantang

Ikan Gelama Masak Asam Lauk Wanita Dalam Pantang

Bagi mereka yang telah menpunyai keluarga, pastinya sangat kasih dan sayang pada suami dan anak anak. Tetapi dalam masa yang sama, jangan lupa untuk menyayangi dan menjaga ibubapa. Hari ini saya ingin kongsikan doa yang boleh kita pohon seperti yang diajar oleh Ustaz Jafri. 

Doa yang paling afhdal adalah meminta keampunan. Minta ampun atas segala dosa dosa kita. Cara berdoa ialah seperti mana kita bersembang dengan Allah. Merayu dengan Allah. Macam macam hal berlaku dalam kehidupan kita, atas sebab dosa kita yang dulu. 

Ikan Gelama Masak Asam Lauk Wanita Dalam Pantang

Pertama ialah memohon ampun buat kedua ibubapa. Ya Allah ampunkanlah dosa kedua ibubapaku. Mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka. Bila aku besar aku telah sakitkan hati mereka. Mereka yang telah membesarkan aku dulu tapi aku telah sakitkan hati mereka. Mereka orang yang baik. Ampunkan dosa dosa mereka. Kalau boleh aku ingin mohon keampunan dari mereka, Ya Allah. Tapi mereka telah meninggal dunia, ya Allah. Ampunkan lah dosa dosa aku terhadap mereka. 

Kedua ialah memohon keampunan untuk pasangan dan anak anak. Ya Allah, ampunkan lah dosa suami dan anak anak ku. Mereka lah asset yang aku ada. Aku telah gagal menunaikan tugas dan amanah sebagai ibubapa sebaiknya. Ampunkan lah dosa aku atas kelemahan aku mendidik mereka. Jaga lah mereka, Ya Allah. Kerana aku tak boleh menjaga mereka di luar. Tunjukkan lah mereka jalan yang benar. Jadikanlah mereka anak anak yang soleh dan solehah yang mendoakan kami selepas kami meninggal. OK setakat ini dahulu. Semoga bermanafaaat. 

Pertama kali saya melihat ikan gelama bunga. Saya pun baru tahu yang ikan gelama ada 3 jenis iaitu ikan gelama putih, ikan gelama bunga dan ikan gelama merah. Penjual ikan di Pasar Taman Tun begitu ramah bercerita dengan saya. Katanya ikan gelama bunga sangat sedap dan sangat berkhasiat. Apa apa isi ikan berwarna putih ini sangat bagus.

Bila saya google, saya melihat banyak resepi lauk wanita dalam pantang adalah ikan yang dimasak asam. Jadi itu yang menyebabkan saya memasak lauk ini. Bila saya merasa sedikit kuahnya, wah sangat sedap. Kuah tidak perlu banyak kerana kita mahu kuah yang terasa dengan rempah dan bahan yang digunakan. Lagi pulak kata orang tua dulu dulu, tak elok makan terlalu banyak kuah.
Saya bukan lah bidan atau berpengalaman menjaga orang bersalin tetapi sejak saya sendiri menjalani tempoh berpantang, saya banyak membaca buku buku bab penjagaan termasuk cara menguruskan bayi. Ketika itu, belum ada banyak online info. Kalau mahu, kena cari dalam buku. 

Jom layan resepi di bawah ini. Bukan sahaja yang dalam pantang, orang yang bukan dalam pantang pun boleh makan ni sebab sedaaappp.  



Ikan Gelama Masak Asam Lauk Wanita Dalam Pantang

Ikan Gelama Masak Asam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 keping isi ikan gelama bunga
1 sudu kecil asam jawa 
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - ketuk
Garam

Cara cara:
Satukan asam jawa dengan air secukupnya. Masukkan semua bahan. 

Ikan Gelama Masak Asam Lauk Wanita Dalam Pantang

Masak hingga mendidih, baru dimasukkan ikan untuk mengelakkan ikan dari hancur. 

Tambah sedikit lagi air ketika perlu. Perasakan dengan garam secukupnya. 

Nota:
Saya nak cepat, jadi saya masukkan ikan dan semua bahan serentak. 

Asam jawa sangat bagus untuk wanita dalam pantang bersalin.


4 ulasan:

  1. x sabar nak tengok gambar cucu baru Azie...

    BalasPadam
  2. antara sebab saya suka follow blog akak, bukan sebab masakan or kisah2 akak jer..tp dalam setiap entry akak, diselit dengan doa2 dan peringatan yg mana saya rasa kadang2 kita terlupa akan tanggungjawab terhadap org tua or keluarga sekeliling kita.. dan walaupun kita ingat tanggungjawab kita sekalipun, entry ini kita blh share untuk ingatkan orang lain pula.

    TQ kak azie.. suka dengan akak..down to earth wlupun akak org berada.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen yang diberikan. Saya doakan semoga anda juga akan menjadi seorang yg berjaya dunia akhirat

      Padam
  3. Walau x bpantang tapi rasanya mesti cuba resepi ni.tq kak azie

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon