Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Sebelum menulis berkenaan resepi, hari ini saya nak kongsikan sedikit antara intipati kuliah Dhuha Ustaz Iqbal, surah Al Baqarah ayat 118-121 di mana ditunjukkan tentang kejahilan orang jahiliah yang tidak berilmu bila berdebat dengan Allah SWT. Mereka mungkin mempunyai ilmu tapi tidak menghujahnya dengan berilmiah. Sedangkan Allah telah memberi petunjuk yang jelas pada setiap Rasul dengan mukjizat masing masing tetapi orang Yahudi dan Nasrani sangat degil. 

Orang Yahudi tidak akan sekali kali mahu mengikut kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam Al Quran walaupun berita tentang kelahiran dan kebenaran Rasulullah telah dinyatakan dalam semua kitab kitab sebelum ini. Sebaliknya Nasrani, golongan yang sesat masih ada harapan di mana mereka kesemuanya akan memeluk Islam selepas kedatangan Nabi Isa. Orang Nasrani mengenali Nabi Isa sebagaimana mereka mengenali anak mereka sendiri. 

Rasulullah SAW berpesan supaya kita tidak terikut dengan program Yahudi seperti contohnya berpuasa di hari As Syura, cara menyimpan janggut misai dan banyak lagi. Pada golongan Yahudi, mereka diberi kelebihan di dunia tetapi belum tentu selamat di akhirat. Dalam kehidupan kita sekarang inipun, banyak diterapkan kehidupan Yahudi secara tidak kita sedari seperti tandas yang tidak disediakan air sebaliknya hanya ada tisu.



Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Sebagai kesimpulan, kita kenalah dekatkan dengan Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, dengan hadisnya. Beli dan baca buku berkenaan hadis hadis. Jangan ikut program Yahudi, perbanyakkan membaca Al Quran juga memahami kandungannya. Sebaiknya dibaca terjemahan dulu sebelum dibaca ayat bagi menambah penghayatan. Akhir sekali, kena yakin dengan seyakin yakinnya bahawa satu hari akan tiba bila Allah akan membalas kebaikan kita. Pada masa itu, tiada pertolongan melainkan pertolongan Allah. Dan takutlah kamu pada satu hari yang tidak boleh menebus satu jiwa dengan jiwa yang lain. Juga tidak diterima ketika itu, apa bentuk keadilan dan tidak boleh menolong orang lain. Itulah hari pembalasan.....

Berbalik pada resepi pula, telah lama saya ingin membuat biskut ala ala Famous Amos terutama bila melihat ramai kawan kawan yang telah menayang di blog masing masing. Saya sebenarnya tak pernah membeli biskut yang "high end" ini walaupun saya sangat menggemarinya. 

Saya hanya akan makan biskut Famous Amos yang dibeli oleh anak anak. Bukan apa, macam terasa sayang duit nak membayar semahal itu untuk biskut yang sedikit jer. Tapi anak anak memang mereka tak kisah asalkan mereka suka. Malahan semasa majlis pertunangan Nana, juga disediakan biskut Famous Amos dalam salah satu dari hidangan candy buffet.




Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap

Sebenarnya dah banyak kali saya menyalin resepi Famous Amos yang dikatakan resepi asal yang dibeli oleh seorang pelanggan dengan harga yang mahal. Oleh kerana tidak berpuashati dengan cara isu yang ditangani oleh pihak Famous Amos, dia telah bertindak memyebarkan resepi di laman web. 

Walaupun dah lama menyimpan hasrat untuk membuatnya, ianya tinggal hasrat semata mata sehingga lah saya ternampak gambar kejadian biskut Famous Amos di blog Cahaya Cinta Ku kepunyaan Ana Suzana yang sangat menggoda hati saya. 

Biskut ini memang sedap dan pada pendapat saya, ianya adalah setanding sahaja dengan keenakan biskut Famous Amos yang sangat mahal itu. Bagi kawan kawan atau anak anak yang sukakan biskut ini, bolehlah cuba membuatnya sendiri. Selain dari walnut, boleh juga dimasukkan kekacang lain atau biji bunga matahari yang juga sangat sedap. 


Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Jom kita tengok resepi di bawah ini yang telah ditulis untuk separuh adunan. Separuh adunan dapat menghasilkan 55 keping biskut. Jika mahu buat adunan penuh, gandakan sahaja bahan bahannya kecuali telur masih menggunakan 1 biji ya. 

Hari Raya Aidil Adha pun akan menjelang tak lama lagi, jadi bolehlah kita menyediakan biskut ini untuk hidangan tetamu yang bakal berkunjung. Lagi pun sangat mudah dan cepat jer untuk menyediakan biskut yang fofular seantario dunia ini.


Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap

Biskut Famous Amos

Bahan A
¼ cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
¼ sudu kecil garam
½ sudu besar susu segar @ susu tepung
½ sudu kecil vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sudu besar serbuk koko (di ayak)
1 sudu besar tepung jagung (di ayak)
½ sudu kecil cream of tartar Nona (boleh ganti dg ½ sudu kecil cuka/ jus lemon)
½ sudu kecil soda bikarbonat
½ cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 





Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.






Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.




Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.



Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna ¾ cawan gula halus + ¾ cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

308 ulasan for "Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap"

  1. sedapnyer..must try recepi memandangkak anak suka..thnks 4 sharing :)

    BalasPadam
  2. sedapnya. saya memang suka biskut-biskut macam ni :)

    dill.

    BalasPadam
  3. tme kasih kak kerana bkongsi ilmu dan resepi..nt jemput la singgah blog saya http:///nzaralisya.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Salam, Kak Azie. Anak sy selalu mintak sy belikan biskut ni. Tapi mcm kata Kak Azie, tak tergamak nak bayar mahal utk biskut yg sedikit. Harus sy cuba resepi ini utk dia, hehe. Sbenarnya dah byk kali pun jumpa resepi ni tapi tak pernah terrrrrrrrrrracun sampai macam ni.. betul2 pandai Kak Azie susun ayat tauuuu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Hahaha senang sangat. Main kacau kacau jer, siap utk dibakar

      Padam
  5. Boleh sy tahu belajar kelas duha tu kat masjid mana? kalau belajar dikelana jaya sy teringin nak turut sama ...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kota Damansara Surau Ad Dhuha. Sgt best Ustaz Iqbal ni. Blh sama sama perbetulkan bacaan sebelum tafsir. Sebelum tu solat Dhuha berjemaah

      Padam
  6. Bestnye kalu dpt wat biskut camni...vanilla extract tu ape ye kak Azie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Vanilla extract sama dg esen vanila. Cuma lebih pekat dan lebih berperisa. Blh juga guna esen vanilla.

      Padam
    2. Sis, vanila extract tu butter vanila ke?

      Padam
  7. Macam terbau-bau je aromanya ketika sedang di bakar... hmmmm!

    BalasPadam
  8. Dah buat..senang sgt2..sedap plak tuh....mohon share ye..singgahlah blog saya :)

    http://pdajawe.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum. Baru buat ptg tadi. Sedap dan tul cam rasa famous amos. Buat adunan penuh. Gunakan badam cincang dan setengah adunan letak kan m&m diatas. Minggu depan nak try kek pelangi lak. Terimakasih byk2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg tak terasa lepas sekeping sekeping makan biskut ni.

      Padam
    2. Alhamdulillah jumpa blog cik/pn azie...
      Hubby teringin sgt nak mkn mcm Tn anaz mikail..hihi..tqvm ..tqvm yg comment skali..

      Padam
  10. as-salam k.azie,
    saya confuse tang mentega or butter. Mentega dlm resepi k.azie ni i.e. cam jenama Planta tu ke atau Buttercup? Mohon tunjuk ajar..
    TERIMA KASIH... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sufea,
      Mentega dalam BM dan butter in english. Sama lah. Ada macam macam jenama butter spt Anchor, Presidents dan yang bukan pure butter macam Buttercup. Planta adalah majerin. Dua dua pun boleh guna cuma akan memberi rasa yg berbeza. Butter lagi sedap lah.

      Padam
  11. Kenapa saya buat dia jadi kembang dan leper..sebab pakai mixer ker

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya buat kecik tinggi. Cuba tgk gambar sebelum dibakar. Jadi tak lah besar dan leper sangat

      Padam
  12. Mmm....sy dh cube n rasenye mmg sedp dan superb. Cume yg mule2 bakar tuh terhangit ckit. Yg lain semue ok je. N sy pun dah try kek coklet kukus moist. Mmg mnjadi n plan skrg utk memasarkan produk. Heheh....tq sis

    BalasPadam
  13. Tumpang tnya Pakai whisk tu mcmne etk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pukul guna alat pemukul telur tp pukul sikit sikit jer. Tengok dlm gambar di atas tu.

      Padam
  14. macamana nk tahu sukatan tepung jagung yg mengikut kesesuaian kekerasan adunan ya?

    BalasPadam
  15. kak azie sy dah buat tp sy dah letak adunan dlm fridge and sudu kan mcm pic kak azie tp tekejut bila masuk oven dia cair jadi macam lautan biskut atas trail tu
    nak bg pic macamana eh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pon sama.. jd leper dan x menyelerakan.. kaler pon x menarik.. apa yg silap?

      Padam
  16. Salam..tumpg tnye ye..sb dan sk tu ape ye? Hehe..xfhm.

    BalasPadam
  17. Bakar api ats bwh or api bwh sj?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana mana resepi jika tak disebut, maknanya bakar macam biasa api atas dan bawah, kecuali disebut

      Padam
  18. terima kasih atas resepi ni.. x sbr nk cuba.. kalau beli kat kedai mahal..

    BalasPadam
  19. Nampak Sedap . nk tanya kalau nk buat resepi penuh bahan lain kira camne ye kak?maklum la ramai rakyat kat rumah ni...

    BalasPadam
  20. Kak Azie, saya dah cuba buat..tapi adunan tak jadi lembik seperti mana gambar yg kak azie tunjuk sblm di sudu dan dibakar tu..saya pelik lah..mm..lepas dah whisk bahan A, saya day ayak bahan B, saya masuk kan semua bahan diayak dlm adunan bahan A, dab saya kacau guna spatula spt kak Azie suruh..tapi pelik nye, dia tak jadi lembik, malah jadi dough pulak..kenapa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti sebab sukatan bahan. Guna cawan standard.

      Padam
  21. Cawan standard? Mm..saya guna measuring cup tu..tak boleh ye? Tapi apa pun, saya dah bakar tadi..Alhamdulillah..jadi la kak..risau sgt saya klu tak jadi..rasa dia pun sgt sedap..huhu..tq kak Azie..

    BalasPadam
  22. guna telur gred C boleh ke..tu je ada dalam stok sy.tq

    BalasPadam
  23. Terima kasih Azie. Saya dah try. Mmg mjadi. Rangup.#ubat release stress

    BalasPadam
  24. Assalam kak, sy nk tanya cawan tu besar mana? N blh x kalo gantikn minyak jagung dgn minyak masak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Guna cawan standard dijual di bakery shop. Lagi mudah. Boleh jer guna minyak masak.

      Padam
  25. Sis..mnta halal resepi yek

    BalasPadam
  26. A'salam kak,nk tnya 1 per 4 cawan gula caster bersamaan dengan berapa gram ye?
    n sukatan cawan ape yg akak gunakan?cawan acorok ke?

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum kak azie..terima kasih banyak2 kerana berkongsi resepi ni..dan saya memang tercari2 cookies yg senang dah sedap...saya dah buat banyak kali...dan Alhamdulillah. .semuanya menjadi dan sangat sedap...anyway..syukran jazilan again...

    BalasPadam
  28. Slm kak azie.bleh x kak azie convertkan sukatan cawan tu kpd gram?sy x reti nak pakai cwn mcm mane nak sukat bhn2 ni...kalau guna measuring spoon tu same x sukatan die?tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Maaf saya tak boleh nak convert. Kalau saya buat sekali lagi, baru boleh. Guna cawan lah mudah dan cepat. Beli cawan standard di bakery shop bukan guna cawan di rumah.

      Padam
  29. Oic...kalau serbuk koko,serbuk koko mane yg mengancam?kak azie pakai serbuk koko ape utk rase seperti famos amos tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikm. Rsepi ni nmpk mnarik. Sye igin buat esok smpene bfday adik sye. Hope mnjdi..Adik sye mmg suke kn cookies. Mhon share ye =)

      Padam
  30. Ok tq kak azie..smlm try buat tp pakai serbuk koko biase...alhamdulillah mjadi tp byk terhangit...hehehe...kalau nak bg crunchy lg mcm mane?

    BalasPadam
  31. Assalam, Puan Terima kasih resepi chicken pie mmg sedap anak saya suka

    BalasPadam
  32. Assalam k.azie..nk tnye..masa masukkn bahan A tu kacau guna whisk pengacau telur tu ek? pastu lps masukkn tepung kacau guna spatula biase ke? knpe dlm gmba tu tunjuk masa masukkn tepung dan walnut & chocolate chip kacau guna whisk ek? lg 1 k.azie mmg xpkai mixer ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer nak kacau dengan whisk ke atau spatula. Sama sahaja.

      Padam
  33. Salam. Akak, guna resepi ni mmg rangup betul ya biskut tu? X payah guna emplex kan? Saya jd risau sebab setiap kali buat choc chip cookies mesti tengah dia x rangup. Mohon akak balas ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya hanya bahan ikut resepi di atas sahaja. Cukup rangup dan sedap

      Padam
  34. Assalam k.azie, sy nk tny resepi dlm gambar tu k.azie mskkn dlm fridge dulu ke atau trs bakar

    BalasPadam
  35. Assalam.Trimakasih sudi share resepi Kak Azie.Mmg sedap dan rangup.Saya dah cuba buat tadi.Anak sy mmg suka sgt..Semoga Kak Azie berjaya.Trimakasih

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum akak , kalau saya guna mixer boleh kan ? n kalau saya ganti walnut tu dgn kacang tanah boleh ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa nak guna mixer? Nnt over mixed. Guna spatula jer

      Padam
  37. salam...terima kasih berkongsi resepi..sy nak wat utk raya..he.. -lin-

    BalasPadam
  38. Klu trlebih mixed ngn mixer,apa jd ek??

    BalasPadam
  39. Aslmkm kak, terima kasih atas resepi ni..tp saya tak berapa faham yg adunan asal untuk 100 biji 1 cawan gula perang n 1 cawan gula kastor..kalau 2 bhan ni sya ubah, bahan2 yg lain still sukatan mcam yg akak bagi ataupn nk kna ubah jugak??tq

    silalah lawat blog sy ye..http://permatahatibidadariku.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Kalau 1/2 adunan, jumlah kedua dua gula adalah 3/4. Jadi kalau adunan penuh darab 2.

      Padam
  40. Akak, npe choc chip nya cair ek lps bakar..xsm mcm dlm gambar yg akak tunjk lps bakar tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Coklat chip tak sepatutnya cair. Cuba dapatkan brand yg bagus dan berkualiti.

      Padam
  41. akak , apa maksud sk and sb ?

    BalasPadam
  42. kak azie !! sy tgh buat biskut ni gne resepi akak bg ni.. mmg menjadi la.. teruja plak.. sy dpt dlm 70 biji.. semangat ni start kul1230.. dlm kul3 bru siap 6x round.. seronok la.. terima kasih byk2 kak.. mmg sedap tau..

    BalasPadam
  43. nampak sedap..tq sis atas resepi

    www.annur-shoppe.blogspot.com

    BalasPadam
  44. Salam sis, almond nib tu kena goreng tanpa minyak dulu ker?tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya kacang kena bakar baru rangup.

      Padam
  45. Salam 19 ramadhan sis... sis nak minta resepi...sebab tiap tahun aku cube buat... asyik tak jadi... kuihnye tak rapuh n macam tak masak sangat... kecewa rase... so tahun nie nak cube resepi sis pulak...

    feell free visit my blog yea...

    http://yuyaisihat.blogspot.com/ & http://warneewarnii.blogspot.com/

    tq

    BalasPadam
  46. Salam sis. Kenapa bila dah masak, time nak tanggalkan cookies dari loyang ia pecah ?

    BalasPadam
  47. Salam.akk kalu ganti cream of tartar ngan cuka x de effect apa2 ker?puas cari x de...

    BalasPadam
  48. nk tanye sikit..sy xpaham singkatan sb/sk tu:::??? contoh

    1/4 sk garam

    1/2 sb susu segar @ susu tepung

    1/2 sk vanilla extract

    BalasPadam
  49. Salalm kak azie.. Gula kastor ngn gula perang tuh kena blend smp halus ke? Sy pnah buat tp xblend, bskut jdik keras

    BalasPadam
  50. Salam..sy dh try buat...bentuk dan rupa mmg dh jd..tp x rangup..adakah x cukup masak

    BalasPadam
  51. tak perlu dah nak beli..buat sendiri je lebih jimat dan puas hati..

    Beli Produk Shaklee Secara Online Menggunakan Kad Kredit

    BalasPadam
  52. Salam.

    Kak mintak copy resepi ya..nk buat kueh raya nim...mintak2 jd huhu...Selamat hari raya..:)

    TQ

    BalasPadam
  53. Saya dah buat semalam. oh ! senangnya dan sedapnya !! Kuih raya tahun ini... TQ very much ! :)

    BalasPadam
  54. Salam...sy otw tgh buat ni..skng smpn dl dlm pti sjuk..lg stgh jam bru bakar..xsbr nk tggu hasilnye :)

    BalasPadam
  55. Assalamualaikum Kak Azie!
    Saya nak cuba resipi kak Azie ni esok. Harap2lah menjadi yea...sy nak buat stock kuih raya ni. Hehe.

    BalasPadam
  56. Salam kak azie...terima kasih banyak2 kak sebab sudi share resepi biskut sedap ni..1st time Aida buat..alhamdulillah..menjadi elok n rangup..sedap mcm famos amos nyer kukis...semoga Allah merahmati hidup akak...=)

    BalasPadam
  57. assalamualaikum, kalau tak letak cream of tartar tu tkpe ke?

    BalasPadam
  58. Assalammualaikum, mohon share resepi nie sbb anak suka sangat.terima kasih.

    BalasPadam
  59. salam kak Azie..fridge tu chiller atau peti beku?

    BalasPadam
  60. Dah 3 kali buat ikut resepi sis Azie...sume pun jadi..mohon share ye

    BalasPadam
  61. Kak azie, the chocolate chip is superb. Rangup dan sedap! Thankiew banyak2!

    BalasPadam
  62. hi kak Azie...resepi ni mcm sedap je...nk try buat la...kak nk tanye, apa fungsi cuka/jus lemon dlm adunan cookies ni ye...tq!

    BalasPadam
  63. Bestnya resepi ni, nak cuba buat utk thn ni lah. tq for sharing :)

    BalasPadam
  64. Salam azie. Tq for the recipe. Nk tanya adakah sk dgn sb tu bersamaan dgn tsp dan tbsp?

    BalasPadam
  65. Saya dah buat 2 kali dlm seminggu ...sgt sedapppp ..bdk2 sukaaaa....thanks sbb sudi berkongsi resepi

    BalasPadam
  66. Dear Kak Azie, tq for sharing your recipes for delicious and scrumptious food & cookies. So far, I've tried your recipes for roti jala & chocolate chip cookies ala Famous Amos. Everyone loved the cookies and said they tasted similar to Famous Amos. From now on, no more buying from Famous Amos and I shall try your other recipes too. Thanks, kak Azie.:-)

    BalasPadam
  67. as salam kak Azie..sy dh cube buat smlm..alhamdulillah..menjadi & best..terima kasih kak sharing resepi ye..sy mmg selalu cube resepi2 kt blog kak ni..cuma tak sempat nk menyapa jer..nnt kak singgahlh kt blog sy ye..
    http://boostersusu.blogspot.com/2015/01/kehebatan-zikir-al-wahhab-very-amazing.html

    BalasPadam
  68. Salam kak azie ... saya dah cuba biskut ni, siap copypaste resepi kak azie, tapi saya includekan sekali link tu ke blog kak azie...

    memang sedap lah try resepi ni, thumbs up ....

    http://sukasukasurirumah.blogspot.com/2015/03/resepi-chocolate-chips-tiru-gaya-famous.html

    salam perkenalan ... i am mrs pip, just a new blogger...

    BalasPadam
  69. as salam akk.. ni adalah 1 trail sy buat biskut.. and thank to Allah sbb membenarkan ia terjadi also thank to akak azie sbb bg resepi yg booooommm ni.. senang di fahami buat sy yg br nak cube2 buat biskut

    BalasPadam
  70. Mohon halalkan semua resepi sis azie...sesuai utk yg ramai anak mcm saya...

    BalasPadam
  71. Bestnyer..kena try buat dlu ni sblm raya..mohon share resepi yer k.azie.

    BalasPadam
  72. Baru cuba adunan ni.. Tapi akak bancuh 2 adunan terus.. Alhamdulillah.. Sedap.. Kawan cakap macam famous amos cuma nak kena control suhu sebab akak buat kecil2 je..tq bagi resepi ni...

    BalasPadam
  73. umi..

    pn, kenapa saya buat biskut ni tak jadi ranggup. Rasa sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti nipis baru rangup. Mcm juga biskut famous Amos di kedai, bentuknya nipis nipis.

      Padam
  74. sy peminat tegar famous amos..tp yg sy buat x berminyak mcm ori..ada kena tmbh ape2 ke supaya berminyak n berkilat?

    BalasPadam
  75. Assalamualaikum Kak Azie,

    Saya nak tanya..yang sukatan pakai cawan..guna cawan camne yer..cawan yg guna utk minum teh kat umah atau boleh didapati kat kedai jual bahan cake?

    BalasPadam
  76. Salam sis..bru je try resipi sis nie..mjadi n mmg sedap..tba2 rs nk bisnes biskut nie..sbb sng je buat..sis halalkn ye..

    BalasPadam
  77. MasyaAllah Kak Azie, made this and its so yummy. although tak letak coco powder sebab baru perasan takde. Saya guna vinegar since cream of tartar takde as adviced. Came out really yummy. thank you so much!! wassalaam.

    BalasPadam
  78. Alhamdulillah kak Azie. Rangup dan enak sekali. First time buat dan anak saya minta buat lagi dan dia dah asing sebekas siap-siap.Minta halal perkongsian resepi ye.Terima kasih banyak!.

    BalasPadam
  79. Mohon share resepi ye kak azie...tq....

    BalasPadam
  80. mintak resepi yaa kak azie..time2 nk raya nielah tercari2 resepinya. tw

    BalasPadam
  81. As salam pn azie.... Almond perlu dipanggang dulu atau tak perlu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Saya tak panggang dulu. Jika suka, blh juga dipanggang.

      Padam
  82. salam k.azie cuka tu kalau saya guna cuka epal blh ke?

    BalasPadam
  83. Salam kak azie...mintak halal ye saya ambik resipi ni...nak buat utk raya nanti

    BalasPadam
  84. Salam kak azie sy dah buat bskut ni seriously sedap sngat...thanks sudi share rsepi

    BalasPadam
  85. Salam, mintak halal ya ambil resepi. Ada juga yg tempah.. Terima kasih utk semua resepi sedap sedap! 😊

    BalasPadam
  86. kak azie, sy dh cuba resepi biskut ni. Mmg sedap & rangup. Anak sy cukup suka biskut ni. Tq for sharing ya..

    BalasPadam
  87. Kak azie.kalau xde fresh milk boleh guna chocolate milk tak? Terlupa lah nak beli susu td.aduyai :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer. Kena berani membuat eksperimen

      Padam
  88. Kak Azie, terima kasih utk semua resepi dalam blog ini. Sgt membantu

    BalasPadam
  89. dah cuba semalam...memang sedap..tq, kongsi resepi..
    follow saya di http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com/...tq

    BalasPadam
  90. Boleh x sy tau apa function tepung jagung?sbb sy rase biskut jadi makin x sedap klu tmbh tepung jagung..

    BalasPadam
  91. Seriously sgt kecewa.. Biskut jd keras dan xde bau atau rasa seperti famous amos.. Terkilan dgn semua komen komen yg macam gah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf bila you buat tk menjadi sepatutnya diteliti kenapa ianya tidak menjadi. Bukan dg memberi gambaran seolah orang lain menipu dalam memberi komen. Ianya tidak adil. Saya sendiri telah mencuba dan menghasilkan biskut yg sgt sedap. Apakah saya juga tidak menulis yg benar? Di bulan yg mulia ini, jgn semudahnya menulis sesuatu yg menyinggung orang lain.

      Padam
    2. Sy dh byk kali buat ikut sebiji2 yg kak azie tulis dlm resipi ni.. eloj dan menjadi je.. siap buat jual malah dpt pujian biskut sedap. Terina kasih kak azie atas perkongsian ini. Salam kenal sy silent reader blog akk

      Padam
  92. Salam kak azie, kalau guna mixer jadi over mix? Apa effect over mix pada cookies tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna spatula atau whisk. Tak erlu susah susah nak basuh byk alatan pun.

      Padam
  93. tq for sharing the recipe..memang jadi..my 1st attempt to cookis famos amos ni..👍😍

    BalasPadam
  94. Sis , bile saya dah adunkan bahan a ngan b . KEnapa adunan saya jadi berminyak? Ke disebabkan bahan terlebih?

    BalasPadam
  95. Salam..saya dah follow banyak resepi2 awak, alhamdulilah semua menjadi & sedap2 even 1st time buat. Tq for sharing��

    BalasPadam
  96. Akk. Adunan a tu kn sebati, kn sampai gula cair ke dalam adunan. Sy mohon share resepi erk

    BalasPadam
  97. Salam kak azie..I dah try ni mmg jadi..sedap

    BalasPadam
  98. Salam kak Azie. sy dah try. buat sampai berdulang2. jiran siap mintak resepi lagi sbb lebih sedap dr chipsmore :) tq kak Azie for the tips -imanshukri-

    BalasPadam
  99. Azie, 1 cup is equivalent to how many grams? Pls...tqvm azie!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah nak buat conversion sb berat tepung dg gula lain lain. Saya cadangkan beli cawan metrik kat kedai bakeri. Murah sahaja. Ada set 1. 1/2, 3/4, 1/4 cawan dll. Saya ikut resepi, kalau resepi guna cawan, saya guna cawan. Kalau guna gram, saya timbang.

      Padam
  100. Terima kasih sis azie, untuk resepi ni.. saya da try buat raya lepas dan alhmdllah, menjadik. Asben siap cakap lebih sedap dari chpismore (banding dgn chipsmore sebab kitorang x pernah try famos amos tu) inshaAllah akan sharekan link entry ngan kawan2 yang nak try

    BalasPadam
  101. Terima kasih...saya nk try bt coz ank suka mkn...

    BalasPadam
  102. Slm Kak Azie tqsm for sharing ..sy dh try byk kali alhamdulillah mennjadik & sedan

    Cuma mcm mne klu dgn resepi yg sama (separuh@penuh adunan) sy bleh kurangkan lg rse manis cookies ni ? Sbb ada yg diabetes request nk lg less sweet...apa yg patut dikurangkan@ditambah yea ..tqsm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Cuma kurangkan gula kepada separuh setiap satu. Dan kurangkan juga choc chips kerana ianya juga memberi rasa manis.

      Padam
    2. Tqsm Kak Azie for your reply😀sy dh berjaya kurangkan manis nya but still taste superb!!

      Padam
  103. Assalamualaikum puan/cik azie. saye mohon maaf sebab ambil resepi puan/cik tanpa pemberitahuan puan/cik azie terlebih dahulu.. dah byk dqh resepi puan/cik yg saye sudah cube. alhamdulillah byk yg jadi. saye ingin mohon kebenaran utk gunekan resepi nie utk buat cookies. cookies nie saye nak buat jual. mohon halalkan yer resepi puan/cik azie yg saye ambik nie

    BalasPadam
  104. Salem Kak. Klu saya nk buat biskut labu ape perubahan yg saya perlu lakukan utk kekalkan tekstur biskut. Tk

    BalasPadam
  105. Salam kak azie
    Boleh tak saye simpan doh ni semalaman dalam fridge?
    Biskut akan jd semakin rangup ye kak azie?mekasih kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Tpi tak pasti kalau ianya lebih rangup.

      Padam
  106. as'salam kak azie. boleh tak gula perang tu digantikan dengan gula kastor ?

    BalasPadam
  107. kak zie, yg resipi utk 100 pieces yer? saya br nk cuba utk besday anak saya...

    BalasPadam
  108. salam akak azie..sy share yer resepi ni..tima ksh..

    BalasPadam
  109. Hi kak zie,butter 1/2cup ke 75gm?saya selalu guna 75gm.tak perasan 1/2cup adalah 125gm.tapi memang jadi..boleh tolong confirm yg mana yg saya patut guna

    Thankx-mena

    BalasPadam
  110. Allhamdulilah, dah byk Kali saya wat menjadi, ada buat tempahan, thanks sis azie atas perkongsian resepi

    BalasPadam
  111. Assalammualaikum kak azie..sy slalu rujuk blog kak azie kalau nk cuba resepi br...semlm dh try wat biskut ni...sgt crunchy...tp..sket manis bg sy..next time nk kena kurangkan sukatan gula sket..thx kak for sharing this resepi...

    BalasPadam
  112. Tq kak azie....saya pun nak cuba buat...

    BalasPadam
  113. Salam kak azie.klu cream tartar d gnti dgn cuka, cuka tu letak waktu bila?blh cmpur skali dgn bahan A ke?

    BalasPadam
  114. Salam. Kak azie sukatan mentega tu tak faham la. 1/2 sama dgn 125gm. Yg 75gm lgi tu ape?

    BalasPadam
  115. salam kak azie. tq ats prkongsian resepi. sy dh try buat biskut ni n alhamdulillah menjadiii.. suami pn suka sgt.. tp yg sy musykil nye. sy ikut resepi akak yg kt ats yg utk 50pcs.. tp bila sy buat dpt 120 bjik.. 5x kali dulang n satu dulang 24bjik.. tp ape2 pn alhamdulillah.. resepi yg mudah n akak pn bg arahan yg sng nk ikut.. sy btul2 teliti nota2 akak yg kt bwh tu n sy ikut satu2.. hehe.. u r my idol kak.. <3<3<3
    ikhlas drpd syafa, suri rmh tgga :)

    BalasPadam
  116. Assalam kak, klau x guna gula perang xpe ke? Guna gula halus je bleh?

    BalasPadam
  117. Salam kak..nk tanye..xperlu letak ke baking powder sbb ade tengok kat resepi lain ade yg letak..sy pernah cuba buat tapi yaRabbi..punyelah melepek..sedih sgt..

    BalasPadam
  118. Salam kak azie..tq utk resepi yg best ni..dh try buat..alhamdulillah jadi..

    BalasPadam
  119. Salam,
    Many times my daughters and I will come to check your recipe whenever we want to make choc chip cookies. We find your recipe easy to follow and of course very delicious. We've just made more batches of cookies today! Thank you so much for sharing your recipe :)

    BalasPadam
  120. Nampak sedap..teringin nk buat..tapi dah byk kali try buat cookies chocolate chip tp x menjadi..xtau di mana silapnye..memang dah ikut resepi sebijik2..tapi ada mse terkeras..ada masa x rangup..huhu..serik da nk buat cookies..boleh x share tips cmne nk buat cookies jadi rangup..or mslh oven?sy guna oven zanussi zo535..

    BalasPadam
  121. Assalam... sy dh cuba resipi ni n memg menjadi n sdp. Satu fml n rkn sekerja pun suka. T.ksh ye.

    BalasPadam
  122. Hi akak. Nk tanya akak guna butter Anchor unsated ke?

    BalasPadam
  123. Terima kasih atas resipi akak ni. Minta halal yer kak. Alhamdulillah dr resepi ni dpt membantu ekonomi saya sekeluarga. Moga Allah memudahkan rezeki akak. Amin.

    BalasPadam
  124. Nk ucap tqvm kat kak azie coz sudi share resipi ni..sy dah try n mmg mjadi dan begitu sedap..selama ni buat guna resipo lain x begitu menepati tekak saya ni..mcm ada kekurangan je..tp resipi diatas mmg sedap..dua hari berturut sy buat sbb cepat habis...sy gunakan apa bhn yg ada dirumah..tp minyak jagung saya xda stock kt umah so sy gantikn dgn minyak masak biasa je.....alhamdulillah..tq lg skali kak azie! Mtk halal ye....

    BalasPadam
  125. Kenapa sy buat kaler coklatnya jadi gelap ye..hehe..slh guna serbuk koko ke?

    BalasPadam
  126. As salam kak azie sya dh buat biskut ni alhmdulillah menjadi ..ank2 suka..mohon halalkn resepi ye kak

    BalasPadam
  127. Assalam k.azie..saya dh buat biskut.mmg menjadi n sgt sedap.ni nk repeat buat.dh jd peberet ank2.suami sy jenis tak suka mkn biskut tp dgn biskut ni dia kalah..hihihi..terima kasih ye kak

    BalasPadam
  128. Assalam... cream of tartar tu ape? Klau x letak blh x? Sbb sy klau blh nk gune bhn yg dh ade je kt umah ni

    BalasPadam
  129. As salam sis, mtk halal resepi ye :)

    BalasPadam
  130. Tahun lps cuba resepi ni utk raya..tahun ni pun buat lagi. Thanks azie...mmg mudah dan sedap

    BalasPadam
  131. perkongsian yang bermakna, insyaallah saya akan cuba balik raya nanti .. saya tolong abang saya run kedai makan, baru berjinak2 dengan dapur dan terjumpa hobi baru .. abg saya kata saya ada bakat dalam masakan .. haha .. cewahhh

    BalasPadam
  132. Tq azie. Anak2 suka sgt dgn biskut ni. Boleh suruh hazirah buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Datin Gee, suruh Hazirah buat banyak banyak. Pos sekali kat aunty Azie

      Padam
  133. Assalam Pn Azie, saya dah cuba resepi choc chips ni. Memang sedaap. Terima kasih.

    BalasPadam
  134. Assalamualaikum...tq byk2 sbb sy dah try resepi kak azie nie...mmg menjadi...sampai husband pon kata sedap gerenti cpt habis kalah chipsmore ...hihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Alhamdulillah. Tahniah. Yanb penting suami suka kan

      Padam
    2. Kk Azie,kalo xde minyak jagung agak² bley jadi x kak?

      Padam
    3. Boleh ganti minyak lain juga

      Padam
  135. Kenapa jadi x rangup? Lemau sgt. Salah oven ke? Dah letak suhu dan masa seperi yg tertera dlm resepi tu. Frust!

    BalasPadam
  136. assalamualaikum kak azie.. plan nak wat cookies ni. saya nak buat adunan penuh. so 1/2 cwn butter tu tukar jadi 1 cawan. 1 cawan bukan ke 250g? atau gandakan menjadi 150g saja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Gandakan sahaja. Guna 2 cawan atau 150 gram.

      Padam
    2. Biasanya akak macam mana nak sukat butter guna cawan? Adakah kena cairkan dulu baru sukat?

      Padam
  137. Kak azie..guna baking powder ganti soda bikarbonat bleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fungsi tak sama. Ada kala guna kedua duanya atau ada masa salah satu, ikut resepi

      Padam
  138. Mohon share resepi ye puan...Terima kasih :-)

    BalasPadam
  139. Salam kak azie kalau doh tak lembik macam dalam gambar di atas dia akan menjadi keras ke ?

    BalasPadam
  140. salam kak azie kalau doh tak seperti dalam gambar. cookies akan keras ke? betul ke? saya gandakan mengikut resepi jika tepung jagung 1 sudu besar utk satu adunan bila digandakan menjadi 2 sudu besar ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Gandakan ikut berapa adunan yg nak dibuat. Sepatutnya tak keras jika sukatan tepat

      Padam