Sebelum menulis berkenaan resepi, hari ini saya nak kongsikan sedikit antara intipati kuliah Dhuha Ustaz Iqbal, surah Al Baqarah ayat 118-121 di mana ditunjukkan tentang kejahilan orang jahiliah yang tidak berilmu bila berdebat dengan Allah SWT. Mereka mungkin mempunyai ilmu tapi tidak menghujahnya dengan berilmiah. Sedangkan Allah telah memberi petunjuk yang jelas pada setiap Rasul dengan mukjizat masing masing tetapi orang Yahudi dan Nasrani sangat degil.
Orang Yahudi tidak akan sekali kali mahu mengikut kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam Al Quran walaupun berita tentang kelahiran dan kebenaran Rasulullah telah dinyatakan dalam semua kitab kitab sebelum ini. Sebaliknya Nasrani, golongan yang sesat masih ada harapan di mana mereka kesemuanya akan memeluk Islam selepas kedatangan Nabi Isa. Orang Nasrani mengenali Nabi Isa sebagaimana mereka mengenali anak mereka sendiri.
Rasulullah SAW berpesan supaya kita tidak terikut dengan program Yahudi seperti contohnya berpuasa di hari As Syura, cara menyimpan janggut misai dan banyak lagi. Pada golongan Yahudi, mereka diberi kelebihan di dunia tetapi belum tentu selamat di akhirat. Dalam kehidupan kita sekarang inipun, banyak diterapkan kehidupan Yahudi secara tidak kita sedari seperti tandas yang tidak disediakan air sebaliknya hanya ada tisu.
Orang Yahudi tidak akan sekali kali mahu mengikut kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam Al Quran walaupun berita tentang kelahiran dan kebenaran Rasulullah telah dinyatakan dalam semua kitab kitab sebelum ini. Sebaliknya Nasrani, golongan yang sesat masih ada harapan di mana mereka kesemuanya akan memeluk Islam selepas kedatangan Nabi Isa. Orang Nasrani mengenali Nabi Isa sebagaimana mereka mengenali anak mereka sendiri.
Rasulullah SAW berpesan supaya kita tidak terikut dengan program Yahudi seperti contohnya berpuasa di hari As Syura, cara menyimpan janggut misai dan banyak lagi. Pada golongan Yahudi, mereka diberi kelebihan di dunia tetapi belum tentu selamat di akhirat. Dalam kehidupan kita sekarang inipun, banyak diterapkan kehidupan Yahudi secara tidak kita sedari seperti tandas yang tidak disediakan air sebaliknya hanya ada tisu.
Sebagai kesimpulan, kita kenalah dekatkan dengan Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, dengan hadisnya. Beli dan baca buku berkenaan hadis hadis. Jangan ikut program Yahudi, perbanyakkan membaca Al Quran juga memahami kandungannya. Sebaiknya dibaca terjemahan dulu sebelum dibaca ayat bagi menambah penghayatan. Akhir sekali, kena yakin dengan seyakin yakinnya bahawa satu hari akan tiba bila Allah akan membalas kebaikan kita. Pada masa itu, tiada pertolongan melainkan pertolongan Allah. Dan takutlah kamu pada satu hari yang tidak boleh menebus satu jiwa dengan jiwa yang lain. Juga tidak diterima ketika itu, apa bentuk keadilan dan tidak boleh menolong orang lain. Itulah hari pembalasan.....
Berbalik pada resepi pula, telah lama saya ingin membuat biskut ala ala Famous Amos terutama bila melihat ramai kawan kawan yang telah menayang di blog masing masing. Saya sebenarnya tak pernah membeli biskut yang "high end" ini walaupun saya sangat menggemarinya.
Saya hanya akan makan biskut Famous Amos yang dibeli oleh anak anak. Bukan apa, macam terasa sayang duit nak membayar semahal itu untuk biskut yang sedikit jer. Tapi anak anak memang mereka tak kisah asalkan mereka suka. Malahan semasa majlis pertunangan Nana, juga disediakan biskut Famous Amos dalam salah satu dari hidangan candy buffet.
Walaupun dah lama menyimpan hasrat untuk membuatnya, ianya tinggal hasrat semata mata sehingga lah saya ternampak gambar kejadian biskut Famous Amos di blog Cahaya Cinta Ku kepunyaan Ana Suzana yang sangat menggoda hati saya.
Biskut ini memang sedap dan pada pendapat saya, ianya adalah setanding sahaja dengan keenakan biskut Famous Amos yang sangat mahal itu. Bagi kawan kawan atau anak anak yang sukakan biskut ini, bolehlah cuba membuatnya sendiri. Selain dari walnut, boleh juga dimasukkan kekacang lain atau biji bunga matahari yang juga sangat sedap.
Biskut ini memang sedap dan pada pendapat saya, ianya adalah setanding sahaja dengan keenakan biskut Famous Amos yang sangat mahal itu. Bagi kawan kawan atau anak anak yang sukakan biskut ini, bolehlah cuba membuatnya sendiri. Selain dari walnut, boleh juga dimasukkan kekacang lain atau biji bunga matahari yang juga sangat sedap.
Jom kita tengok resepi di bawah ini yang telah ditulis untuk separuh adunan. Separuh adunan dapat menghasilkan 55 keping biskut. Jika mahu buat adunan penuh, gandakan sahaja bahan bahannya kecuali telur masih menggunakan 1 biji ya.
Hari Raya Aidil Adha pun akan menjelang tak lama lagi, jadi bolehlah kita menyediakan biskut ini untuk hidangan tetamu yang bakal berkunjung. Lagi pun sangat mudah dan cepat jer untuk menyediakan biskut yang fofular seantario dunia ini.
Biskut Famous Amos
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A
¼ cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
¼ sudu kecil garam
½ sudu besar susu segar @ susu tepung
½ sudu kecil vanilla extract
Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sudu besar serbuk koko (di ayak)
1 sudu besar tepung jagung (di ayak)
½ sudu kecil cream of tartar Nona (boleh ganti dg ½ sudu kecil cuka/ jus lemon)
½ sudu kecil soda bikarbonat
½ cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips
Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.
Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.
Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna ¾ cawan gula halus + ¾ cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)
2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan
3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.
dill.
http://pdajawe.blogspot.com/
saya confuse tang mentega or butter. Mentega dlm resepi k.azie ni i.e. cam jenama Planta tu ke atau Buttercup? Mohon tunjuk ajar..
TERIMA KASIH... :)
Mentega dalam BM dan butter in english. Sama lah. Ada macam macam jenama butter spt Anchor, Presidents dan yang bukan pure butter macam Buttercup. Planta adalah majerin. Dua dua pun boleh guna cuma akan memberi rasa yg berbeza. Butter lagi sedap lah.
nak bg pic macamana eh
n sukatan cawan ape yg akak gunakan?cawan acorok ke?
silalah lawat blog sy ye..http://permatahatibidadariku.blogspot.com/
www.annur-shoppe.blogspot.com
feell free visit my blog yea...
http://yuyaisihat.blogspot.com/ & http://warneewarnii.blogspot.com/
tq
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract
Beli Produk Shaklee Secara Online Menggunakan Kad Kredit
Kak mintak copy resepi ya..nk buat kueh raya nim...mintak2 jd huhu...Selamat hari raya..:)
TQ
Saya nak cuba resipi kak Azie ni esok. Harap2lah menjadi yea...sy nak buat stock kuih raya ni. Hehe.
http://boostersusu.blogspot.com/2015/01/kehebatan-zikir-al-wahhab-very-amazing.html
memang sedap lah try resepi ni, thumbs up ....
http://sukasukasurirumah.blogspot.com/2015/03/resepi-chocolate-chips-tiru-gaya-famous.html
salam perkenalan ... i am mrs pip, just a new blogger...
pn, kenapa saya buat biskut ni tak jadi ranggup. Rasa sedap...
Saya nak tanya..yang sukatan pakai cawan..guna cawan camne yer..cawan yg guna utk minum teh kat umah atau boleh didapati kat kedai jual bahan cake?
follow saya di http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com/...tq
Cuma mcm mne klu dgn resepi yg sama (separuh@penuh adunan) sy bleh kurangkan lg rse manis cookies ni ? Sbb ada yg diabetes request nk lg less sweet...apa yg patut dikurangkan@ditambah yea ..tqsm
Boleh tak saye simpan doh ni semalaman dalam fridge?
Biskut akan jd semakin rangup ye kak azie?mekasih kak
Thankx-mena
ikhlas drpd syafa, suri rmh tgga :)
Many times my daughters and I will come to check your recipe whenever we want to make choc chip cookies. We find your recipe easy to follow and of course very delicious. We've just made more batches of cookies today! Thank you so much for sharing your recipe :)
Hubby teringin sgt nak mkn mcm Tn anaz mikail..hihi..tqvm ..tqvm yg comment skali..