Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Food Blogger No. 1 Malaysia

 ◆ ◆ ◆ 

Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap

Azie 9/29/2013 308 ulasan
Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap

Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Sebelum menulis berkenaan resepi, hari ini saya nak kongsikan sedikit antara intipati kuliah Dhuha Ustaz Iqbal, surah Al Baqarah ayat 118-121 di mana ditunjukkan tentang kejahilan orang jahiliah yang tidak berilmu bila berdebat dengan Allah SWT. Mereka mungkin mempunyai ilmu tapi tidak menghujahnya dengan berilmiah. Sedangkan Allah telah memberi petunjuk yang jelas pada setiap Rasul dengan mukjizat masing masing tetapi orang Yahudi dan Nasrani sangat degil. 

Orang Yahudi tidak akan sekali kali mahu mengikut kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam Al Quran walaupun berita tentang kelahiran dan kebenaran Rasulullah telah dinyatakan dalam semua kitab kitab sebelum ini. Sebaliknya Nasrani, golongan yang sesat masih ada harapan di mana mereka kesemuanya akan memeluk Islam selepas kedatangan Nabi Isa. Orang Nasrani mengenali Nabi Isa sebagaimana mereka mengenali anak mereka sendiri. 

Rasulullah SAW berpesan supaya kita tidak terikut dengan program Yahudi seperti contohnya berpuasa di hari As Syura, cara menyimpan janggut misai dan banyak lagi. Pada golongan Yahudi, mereka diberi kelebihan di dunia tetapi belum tentu selamat di akhirat. Dalam kehidupan kita sekarang inipun, banyak diterapkan kehidupan Yahudi secara tidak kita sedari seperti tandas yang tidak disediakan air sebaliknya hanya ada tisu.



Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Sebagai kesimpulan, kita kenalah dekatkan dengan Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, dengan hadisnya. Beli dan baca buku berkenaan hadis hadis. Jangan ikut program Yahudi, perbanyakkan membaca Al Quran juga memahami kandungannya. Sebaiknya dibaca terjemahan dulu sebelum dibaca ayat bagi menambah penghayatan. Akhir sekali, kena yakin dengan seyakin yakinnya bahawa satu hari akan tiba bila Allah akan membalas kebaikan kita. Pada masa itu, tiada pertolongan melainkan pertolongan Allah. Dan takutlah kamu pada satu hari yang tidak boleh menebus satu jiwa dengan jiwa yang lain. Juga tidak diterima ketika itu, apa bentuk keadilan dan tidak boleh menolong orang lain. Itulah hari pembalasan.....

Berbalik pada resepi pula, telah lama saya ingin membuat biskut ala ala Famous Amos terutama bila melihat ramai kawan kawan yang telah menayang di blog masing masing. Saya sebenarnya tak pernah membeli biskut yang "high end" ini walaupun saya sangat menggemarinya. 

Saya hanya akan makan biskut Famous Amos yang dibeli oleh anak anak. Bukan apa, macam terasa sayang duit nak membayar semahal itu untuk biskut yang sedikit jer. Tapi anak anak memang mereka tak kisah asalkan mereka suka. Malahan semasa majlis pertunangan Nana, juga disediakan biskut Famous Amos dalam salah satu dari hidangan candy buffet.




Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap

Sebenarnya dah banyak kali saya menyalin resepi Famous Amos yang dikatakan resepi asal yang dibeli oleh seorang pelanggan dengan harga yang mahal. Oleh kerana tidak berpuashati dengan cara isu yang ditangani oleh pihak Famous Amos, dia telah bertindak memyebarkan resepi di laman web. 

Walaupun dah lama menyimpan hasrat untuk membuatnya, ianya tinggal hasrat semata mata sehingga lah saya ternampak gambar kejadian biskut Famous Amos di blog Cahaya Cinta Ku kepunyaan Ana Suzana yang sangat menggoda hati saya. 

Biskut ini memang sedap dan pada pendapat saya, ianya adalah setanding sahaja dengan keenakan biskut Famous Amos yang sangat mahal itu. Bagi kawan kawan atau anak anak yang sukakan biskut ini, bolehlah cuba membuatnya sendiri. Selain dari walnut, boleh juga dimasukkan kekacang lain atau biji bunga matahari yang juga sangat sedap. 


Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Jom kita tengok resepi di bawah ini yang telah ditulis untuk separuh adunan. Separuh adunan dapat menghasilkan 55 keping biskut. Jika mahu buat adunan penuh, gandakan sahaja bahan bahannya kecuali telur masih menggunakan 1 biji ya. 

Hari Raya Aidil Adha pun akan menjelang tak lama lagi, jadi bolehlah kita menyediakan biskut ini untuk hidangan tetamu yang bakal berkunjung. Lagi pun sangat mudah dan cepat jer untuk menyediakan biskut yang fofular seantario dunia ini.


Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap

Biskut Famous Amos

Bahan A
¼ cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
¼ sudu kecil garam
½ sudu besar susu segar @ susu tepung
½ sudu kecil vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sudu besar serbuk koko (di ayak)
1 sudu besar tepung jagung (di ayak)
½ sudu kecil cream of tartar Nona (boleh ganti dg ½ sudu kecil cuka/ jus lemon)
½ sudu kecil soda bikarbonat
½ cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 





Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.






Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.




Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.



Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna ¾ cawan gula halus + ¾ cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.



Ulasan

  1. Unknown 29 September, 2013 13:58
    sedapnyer..must try recepi memandangkak anak suka..thnks 4 sharing :)
  2. dill 29 September, 2013 14:07
    sedapnya. saya memang suka biskut-biskut macam ni :)

    dill.
  3. Unknown 29 September, 2013 17:50
    tme kasih kak kerana bkongsi ilmu dan resepi..nt jemput la singgah blog saya http:///nzaralisya.blogspot.com
  4. adda syuhada 29 September, 2013 18:18
    SEDAPNYA...
  5. Unknown 29 September, 2013 20:11
    Sdapnyer..
  6. Seri Kandi Tanah Jauhar 30 September, 2013 08:11
    Salam, Kak Azie. Anak sy selalu mintak sy belikan biskut ni. Tapi mcm kata Kak Azie, tak tergamak nak bayar mahal utk biskut yg sedikit. Harus sy cuba resepi ini utk dia, hehe. Sbenarnya dah byk kali pun jumpa resepi ni tapi tak pernah terrrrrrrrrrracun sampai macam ni.. betul2 pandai Kak Azie susun ayat tauuuu..
  7. adzlina zainal abidin 30 September, 2013 08:32
    Boleh sy tahu belajar kelas duha tu kat masjid mana? kalau belajar dikelana jaya sy teringin nak turut sama ...tq

  8. Azie 30 September, 2013 08:49
    Kota Damansara Surau Ad Dhuha. Sgt best Ustaz Iqbal ni. Blh sama sama perbetulkan bacaan sebelum tafsir. Sebelum tu solat Dhuha berjemaah
  9. Azie 30 September, 2013 08:50
    Wslm. Hahaha senang sangat. Main kacau kacau jer, siap utk dibakar
  10. Tanpa Nama 30 September, 2013 10:00
    Bestnye kalu dpt wat biskut camni...vanilla extract tu ape ye kak Azie?
  11. Azie 30 September, 2013 10:43
    Vanilla extract sama dg esen vanila. Cuma lebih pekat dan lebih berperisa. Blh juga guna esen vanilla.
  12. sweetie 30 September, 2013 14:14
    Macam terbau-bau je aromanya ketika sedang di bakar... hmmmm!
  13. Unknown 01 Oktober, 2013 22:19
    Dah buat..senang sgt2..sedap plak tuh....mohon share ye..singgahlah blog saya :)

    http://pdajawe.blogspot.com/
  14. Unknown 03 November, 2013 20:12
    Assalamualaikum. Baru buat ptg tadi. Sedap dan tul cam rasa famous amos. Buat adunan penuh. Gunakan badam cincang dan setengah adunan letak kan m&m diatas. Minggu depan nak try kek pelangi lak. Terimakasih byk2.
  15. Azie 03 November, 2013 20:56
    Mmg tak terasa lepas sekeping sekeping makan biskut ni.
  16. Unknown 07 November, 2013 10:12
    as-salam k.azie,
    saya confuse tang mentega or butter. Mentega dlm resepi k.azie ni i.e. cam jenama Planta tu ke atau Buttercup? Mohon tunjuk ajar..
    TERIMA KASIH... :)
  17. Azie 07 November, 2013 11:03
    Sufea,
    Mentega dalam BM dan butter in english. Sama lah. Ada macam macam jenama butter spt Anchor, Presidents dan yang bukan pure butter macam Buttercup. Planta adalah majerin. Dua dua pun boleh guna cuma akan memberi rasa yg berbeza. Butter lagi sedap lah.
  18. Nora 08 Februari, 2014 20:49
    Kenapa saya buat dia jadi kembang dan leper..sebab pakai mixer ker
  19. Azie 08 Februari, 2014 21:25
    Saya buat kecik tinggi. Cuba tgk gambar sebelum dibakar. Jadi tak lah besar dan leper sangat
  20. Nora 08 Februari, 2014 22:07
    Ok tq esok cuba lg
  21. amaani 21 Februari, 2014 16:36
    Mmm....sy dh cube n rasenye mmg sedp dan superb. Cume yg mule2 bakar tuh terhangit ckit. Yg lain semue ok je. N sy pun dah try kek coklet kukus moist. Mmg mnjadi n plan skrg utk memasarkan produk. Heheh....tq sis
  22. Unknown 04 Mac, 2014 23:56
    Tumpang tnya Pakai whisk tu mcmne etk
  23. Azie 05 Mac, 2014 07:29
    Pukul guna alat pemukul telur tp pukul sikit sikit jer. Tengok dlm gambar di atas tu.
  24. Unknown 05 Mac, 2014 22:58
    macamana nk tahu sukatan tepung jagung yg mengikut kesesuaian kekerasan adunan ya?
  25. Unknown 06 Mac, 2014 17:59
    kak azie sy dah buat tp sy dah letak adunan dlm fridge and sudu kan mcm pic kak azie tp tekejut bila masuk oven dia cair jadi macam lautan biskut atas trail tu
    nak bg pic macamana eh
  26. Unknown 11 Mac, 2014 23:32
    Salam..tumpg tnye ye..sb dan sk tu ape ye? Hehe..xfhm.
  27. Azie 12 Mac, 2014 08:32
    Sb sudu besar dan sk sudu kecil
  28. LadyRacheale 30 Mac, 2014 11:07
    Bakar api ats bwh or api bwh sj?
  29. Azie 30 Mac, 2014 17:24
    Mana mana resepi jika tak disebut, maknanya bakar macam biasa api atas dan bawah, kecuali disebut
  30. husna94 06 April, 2014 12:43
    terima kasih atas resepi ni.. x sbr nk cuba.. kalau beli kat kedai mahal..
  31. feedashoppe 09 April, 2014 11:56
    Nampak Sedap . nk tanya kalau nk buat resepi penuh bahan lain kira camne ye kak?maklum la ramai rakyat kat rumah ni...
  32. RfMbq 09 April, 2014 13:09
    Kak Azie, saya dah cuba buat..tapi adunan tak jadi lembik seperti mana gambar yg kak azie tunjuk sblm di sudu dan dibakar tu..saya pelik lah..mm..lepas dah whisk bahan A, saya day ayak bahan B, saya masuk kan semua bahan diayak dlm adunan bahan A, dab saya kacau guna spatula spt kak Azie suruh..tapi pelik nye, dia tak jadi lembik, malah jadi dough pulak..kenapa ye?
  33. Azie 09 April, 2014 13:11
    Mesti sebab sukatan bahan. Guna cawan standard.
  34. RfMbq 09 April, 2014 13:25
    Cawan standard? Mm..saya guna measuring cup tu..tak boleh ye? Tapi apa pun, saya dah bakar tadi..Alhamdulillah..jadi la kak..risau sgt saya klu tak jadi..rasa dia pun sgt sedap..huhu..tq kak Azie..
  35. norm 18 April, 2014 13:29
    guna telur gred C boleh ke..tu je ada dalam stok sy.tq
  36. Unknown 18 April, 2014 18:05
    Terima kasih Azie. Saya dah try. Mmg mjadi. Rangup.#ubat release stress
  37. Assalam kak, sy nk tanya cawan tu besar mana? N blh x kalo gantikn minyak jagung dgn minyak masak?
  38. Unknown 23 April, 2014 11:41
    Sis..mnta halal resepi yek
  39. Nibeiz 01 Mei, 2014 21:34
    A'salam kak,nk tnya 1 per 4 cawan gula caster bersamaan dengan berapa gram ye?
    n sukatan cawan ape yg akak gunakan?cawan acorok ke?
  40. Unknown 17 Mei, 2014 16:22
    Assalamualaikum kak azie..terima kasih banyak2 kerana berkongsi resepi ni..dan saya memang tercari2 cookies yg senang dah sedap...saya dah buat banyak kali...dan Alhamdulillah. .semuanya menjadi dan sangat sedap...anyway..syukran jazilan again...
  41. Aendsyahrul 18 Mei, 2014 12:30
    Slm kak azie.bleh x kak azie convertkan sukatan cawan tu kpd gram?sy x reti nak pakai cwn mcm mane nak sukat bhn2 ni...kalau guna measuring spoon tu same x sukatan die?tq
  42. Azie 18 Mei, 2014 14:57
    Wslm. Maaf saya tak boleh nak convert. Kalau saya buat sekali lagi, baru boleh. Guna cawan lah mudah dan cepat. Beli cawan standard di bakery shop bukan guna cawan di rumah.
  43. Azie 18 Mei, 2014 14:59
    Wslm. Guna cawan standard dijual di bakery shop. Lagi mudah. Boleh jer guna minyak masak.
  44. Aendsyahrul 19 Mei, 2014 15:44
    Oic...kalau serbuk koko,serbuk koko mane yg mengancam?kak azie pakai serbuk koko ape utk rase seperti famos amos tu?
  45. Azie 19 Mei, 2014 18:32
    Saya guna Hershey
  46. Aendsyahrul 20 Mei, 2014 08:57
    Ok tq kak azie..smlm try buat tp pakai serbuk koko biase...alhamdulillah mjadi tp byk terhangit...hehehe...kalau nak bg crunchy lg mcm mane?
  47. Azie 20 Mei, 2014 12:06
    Wslm. Bila sejuk baru lagi rangup
  48. Tanpa Nama 28 Mei, 2014 20:37
    Sy pon sama.. jd leper dan x menyelerakan.. kaler pon x menarik.. apa yg silap?
  49. sitiam 29 Mei, 2014 12:16
    Assalam, Puan Terima kasih resepi chicken pie mmg sedap anak saya suka
  50. aqilah halim 29 Mei, 2014 15:35
    Pergh!! Sedapp do?
  51. Unknown 03 Jun, 2014 00:49
    Assalam k.azie..nk tnye..masa masukkn bahan A tu kacau guna whisk pengacau telur tu ek? pastu lps masukkn tepung kacau guna spatula biase ke? knpe dlm gmba tu tunjuk masa masukkn tepung dan walnut & chocolate chip kacau guna whisk ek? lg 1 k.azie mmg xpkai mixer ek?
  52. najwa hazirah halmi 04 Jun, 2014 17:22
    Salam. Akak, guna resepi ni mmg rangup betul ya biskut tu? X payah guna emplex kan? Saya jd risau sebab setiap kali buat choc chip cookies mesti tengah dia x rangup. Mohon akak balas ye.
  53. Azie 04 Jun, 2014 18:42
    Saya hanya bahan ikut resepi di atas sahaja. Cukup rangup dan sedap
  54. Azie 04 Jun, 2014 18:43
    Boleh jer nak kacau dengan whisk ke atau spatula. Sama sahaja.
  55. Unknown 06 Jun, 2014 12:17
    Assalam k.azie, sy nk tny resepi dlm gambar tu k.azie mskkn dlm fridge dulu ke atau trs bakar
  56. Felicitation 09 Jun, 2014 19:44
    Assalam.Trimakasih sudi share resepi Kak Azie.Mmg sedap dan rangup.Saya dah cuba buat tadi.Anak sy mmg suka sgt..Semoga Kak Azie berjaya.Trimakasih
  57. Unknown 10 Jun, 2014 13:26
    Assalamualaikum akak , kalau saya guna mixer boleh kan ? n kalau saya ganti walnut tu dgn kacang tanah boleh ke ?
  58. Azie 10 Jun, 2014 16:00
    Kenapa nak guna mixer? Nnt over mixed. Guna spatula jer
  59. cikgubedah 16 Jun, 2014 09:07
    salam...terima kasih berkongsi resepi..sy nak wat utk raya..he.. -lin-
  60. Unknown 28 Jun, 2014 21:08
    Klu trlebih mixed ngn mixer,apa jd ek??
  61. Nur Hijratul Hajar Bahaman 08 Julai, 2014 13:04
    Aslmkm kak, terima kasih atas resepi ni..tp saya tak berapa faham yg adunan asal untuk 100 biji 1 cawan gula perang n 1 cawan gula kastor..kalau 2 bhan ni sya ubah, bahan2 yg lain still sukatan mcam yg akak bagi ataupn nk kna ubah jugak??tq

    silalah lawat blog sy ye..http://permatahatibidadariku.blogspot.com/
  62. Azie 08 Julai, 2014 14:25
    Wslm. Kalau 1/2 adunan, jumlah kedua dua gula adalah 3/4. Jadi kalau adunan penuh darab 2.
  63. nadzirulnaim 10 Julai, 2014 15:05
    Akak, npe choc chip nya cair ek lps bakar..xsm mcm dlm gambar yg akak tunjk lps bakar tu..
  64. Azie 10 Julai, 2014 16:06
    Coklat chip tak sepatutnya cair. Cuba dapatkan brand yg bagus dan berkualiti.
  65. archibina 10 Julai, 2014 16:54
    akak , apa maksud sk and sb ?
  66. Azie 10 Julai, 2014 18:34
    Sudu kecil sudu besar
  67. Cakelover 11 Julai, 2014 02:50
    kak azie !! sy tgh buat biskut ni gne resepi akak bg ni.. mmg menjadi la.. teruja plak.. sy dpt dlm 70 biji.. semangat ni start kul1230.. dlm kul3 bru siap 6x round.. seronok la.. terima kasih byk2 kak.. mmg sedap tau..
  68. Unknown 11 Julai, 2014 17:49
    nampak sedap..tq sis atas resepi

    www.annur-shoppe.blogspot.com
  69. Hidayah 14 Julai, 2014 06:03
    Salam sis, almond nib tu kena goreng tanpa minyak dulu ker?tq
  70. Unknown 15 Julai, 2014 00:11
    Biasanya kacang kena bakar baru rangup.
  71. baizura 17 Julai, 2014 11:42
    Salam 19 ramadhan sis... sis nak minta resepi...sebab tiap tahun aku cube buat... asyik tak jadi... kuihnye tak rapuh n macam tak masak sangat... kecewa rase... so tahun nie nak cube resepi sis pulak...

    feell free visit my blog yea...

    http://yuyaisihat.blogspot.com/ & http://warneewarnii.blogspot.com/

    tq
  72. Unknown 19 Julai, 2014 14:17
    Salam sis. Kenapa bila dah masak, time nak tanggalkan cookies dari loyang ia pecah ?
  73. dari dasar hati 19 Julai, 2014 16:02
    Salam.akk kalu ganti cream of tartar ngan cuka x de effect apa2 ker?puas cari x de...
  74. Unknown 20 Julai, 2014 14:32
    nk tanye sikit..sy xpaham singkatan sb/sk tu:::??? contoh

    1/4 sk garam

    1/2 sb susu segar @ susu tepung

    1/2 sk vanilla extract
  75. Azie 20 Julai, 2014 14:35
    Sk sudu kecil dan sb sudu besar
  76. Unknown 20 Julai, 2014 20:31
    Salalm kak azie.. Gula kastor ngn gula perang tuh kena blend smp halus ke? Sy pnah buat tp xblend, bskut jdik keras
  77. Unknown 21 Julai, 2014 10:36
    Salam..sy dh try buat...bentuk dan rupa mmg dh jd..tp x rangup..adakah x cukup masak
  78. Unknown 21 Julai, 2014 12:50
    tak perlu dah nak beli..buat sendiri je lebih jimat dan puas hati..

    Beli Produk Shaklee Secara Online Menggunakan Kad Kredit
  79. Aleiz 22 Julai, 2014 08:02
    Sis, vanila extract tu butter vanila ke?
  80. Unknown 22 Julai, 2014 10:06
    Salam.

    Kak mintak copy resepi ya..nk buat kueh raya nim...mintak2 jd huhu...Selamat hari raya..:)

    TQ
  81. Unknown 23 Julai, 2014 23:55
    tq
  82. Unknown 24 Julai, 2014 13:36
    Saya dah buat semalam. oh ! senangnya dan sedapnya !! Kuih raya tahun ini... TQ very much ! :)
  83. Unknown 24 Julai, 2014 21:57
    Salam...sy otw tgh buat ni..skng smpn dl dlm pti sjuk..lg stgh jam bru bakar..xsbr nk tggu hasilnye :)
  84. Lola_Tieria 25 Julai, 2014 09:44
    Assalamualaikum Kak Azie!
    Saya nak cuba resipi kak Azie ni esok. Harap2lah menjadi yea...sy nak buat stock kuih raya ni. Hehe.
  85. AiDaRazali 25 Julai, 2014 20:08
    Salam kak azie...terima kasih banyak2 kak sebab sudi share resepi biskut sedap ni..1st time Aida buat..alhamdulillah..menjadi elok n rangup..sedap mcm famos amos nyer kukis...semoga Allah merahmati hidup akak...=)
  86. nurul shakirah 26 Julai, 2014 12:22
    assalamualaikum, kalau tak letak cream of tartar tu tkpe ke?
  87. hamidahsaat@blogspot 13 Ogos, 2014 12:22
    Terima kasih mohon share.
  88. Unknown 20 September, 2014 18:56
    Assalammualaikum, mohon share resepi nie sbb anak suka sangat.terima kasih.
  89. Unknown 26 September, 2014 15:18
    salam kak Azie..fridge tu chiller atau peti beku?
  90. Maznia 14 November, 2014 11:41
    Dah 3 kali buat ikut resepi sis Azie...sume pun jadi..mohon share ye
  91. Unknown 16 Disember, 2014 17:31
    Kak azie, the chocolate chip is superb. Rangup dan sedap! Thankiew banyak2!
  92. Unknown 29 Disember, 2014 01:15
    thanks sis azie :)
  93. Kasturi Nusi 30 Disember, 2014 18:26
    Share ye kak
  94. feerony kitchen 31 Disember, 2014 08:56
    hi kak Azie...resepi ni mcm sedap je...nk try buat la...kak nk tanye, apa fungsi cuka/jus lemon dlm adunan cookies ni ye...tq!
  95. Unknown 04 Februari, 2015 23:49
    Bestnya resepi ni, nak cuba buat utk thn ni lah. tq for sharing :)
  96. Unknown 16 Februari, 2015 16:32
    Salam azie. Tq for the recipe. Nk tanya adakah sk dgn sb tu bersamaan dgn tsp dan tbsp?
  97. damak 17 Februari, 2015 15:36
    Saya dah buat 2 kali dlm seminggu ...sgt sedapppp ..bdk2 sukaaaa....thanks sbb sudi berkongsi resepi
  98. Unknown 26 Februari, 2015 07:31
    Dear Kak Azie, tq for sharing your recipes for delicious and scrumptious food & cookies. So far, I've tried your recipes for roti jala & chocolate chip cookies ala Famous Amos. Everyone loved the cookies and said they tasted similar to Famous Amos. From now on, no more buying from Famous Amos and I shall try your other recipes too. Thanks, kak Azie.:-)
  99. FD 27 Februari, 2015 11:19
    as salam kak Azie..sy dh cube buat smlm..alhamdulillah..menjadi & best..terima kasih kak sharing resepi ye..sy mmg selalu cube resepi2 kt blog kak ni..cuma tak sempat nk menyapa jer..nnt kak singgahlh kt blog sy ye..
    http://boostersusu.blogspot.com/2015/01/kehebatan-zikir-al-wahhab-very-amazing.html
  100. Mrs Pip 17 Mac, 2015 14:55
    Salam kak azie ... saya dah cuba biskut ni, siap copypaste resepi kak azie, tapi saya includekan sekali link tu ke blog kak azie...

    memang sedap lah try resepi ni, thumbs up ....

    http://sukasukasurirumah.blogspot.com/2015/03/resepi-chocolate-chips-tiru-gaya-famous.html

    salam perkenalan ... i am mrs pip, just a new blogger...
  101. Unknown 22 Mac, 2015 14:04
    as salam akk.. ni adalah 1 trail sy buat biskut.. and thank to Allah sbb membenarkan ia terjadi also thank to akak azie sbb bg resepi yg booooommm ni.. senang di fahami buat sy yg br nak cube2 buat biskut
  102. Anjung Meranti Beauty SPA 27 Mac, 2015 20:11
    Sedap
  103. Unknown 29 April, 2015 20:25
    Mohon halalkan semua resepi sis azie...sesuai utk yg ramai anak mcm saya...
  104. Unknown 05 Mei, 2015 20:36
    Assalamualaikm. Rsepi ni nmpk mnarik. Sye igin buat esok smpene bfday adik sye. Hope mnjdi..Adik sye mmg suke kn cookies. Mhon share ye =)
  105. Vitamin Terbaik 17 Mei, 2015 11:50
    Bestnyer..kena try buat dlu ni sblm raya..mohon share resepi yer k.azie.
  106. Sharniza Hamid 22 Mei, 2015 13:29
    Baru cuba adunan ni.. Tapi akak bancuh 2 adunan terus.. Alhamdulillah.. Sedap.. Kawan cakap macam famous amos cuma nak kena control suhu sebab akak buat kecil2 je..tq bagi resepi ni...
  107. Unknown 24 Mei, 2015 16:55
    umi..

    pn, kenapa saya buat biskut ni tak jadi ranggup. Rasa sedap...
  108. Azie 25 Mei, 2015 11:17
    Mesti nipis baru rangup. Mcm juga biskut famous Amos di kedai, bentuknya nipis nipis.
  109. Unknown 27 Mei, 2015 08:30
    sy peminat tegar famous amos..tp yg sy buat x berminyak mcm ori..ada kena tmbh ape2 ke supaya berminyak n berkilat?
  110. MommyGarang 02 Jun, 2015 16:33
    Assalamualaikum Kak Azie,

    Saya nak tanya..yang sukatan pakai cawan..guna cawan camne yer..cawan yg guna utk minum teh kat umah atau boleh didapati kat kedai jual bahan cake?
  111. Unknown 04 Jun, 2015 15:32
    Salam sis..bru je try resipi sis nie..mjadi n mmg sedap..tba2 rs nk bisnes biskut nie..sbb sng je buat..sis halalkn ye..
  112. Unknown 08 Jun, 2015 16:51
    MasyaAllah Kak Azie, made this and its so yummy. although tak letak coco powder sebab baru perasan takde. Saya guna vinegar since cream of tartar takde as adviced. Came out really yummy. thank you so much!! wassalaam.
  113. Tanpa Nama 14 Jun, 2015 07:02
    Alhamdulillah kak Azie. Rangup dan enak sekali. First time buat dan anak saya minta buat lagi dan dia dah asing sebekas siap-siap.Minta halal perkongsian resepi ye.Terima kasih banyak!.
  114. Faris Zahin 19 Jun, 2015 15:47
    Mohon share resepi ye kak azie...tq....
  115. Unknown 28 Jun, 2015 08:37
    mintak resepi yaa kak azie..time2 nk raya nielah tercari2 resepinya. tw
  116. aida A* 28 Jun, 2015 20:37
    As salam pn azie.... Almond perlu dipanggang dulu atau tak perlu...
  117. Azie 28 Jun, 2015 23:12
    Wslm. Saya tak panggang dulu. Jika suka, blh juga dipanggang.
  118. Unknown 04 Julai, 2015 07:16
    salam k.azie cuka tu kalau saya guna cuka epal blh ke?
  119. Mrs.SS 05 Julai, 2015 17:25
    Salam kak azie...mintak halal ye saya ambik resipi ni...nak buat utk raya nanti
  120. Nurul Hanim 06 Julai, 2015 14:34
    Salam kak azie sy dah buat bskut ni seriously sedap sngat...thanks sudi share rsepi
  121. TEAH. 06 Julai, 2015 14:54
    Salam, mintak halal ya ambil resepi. Ada juga yg tempah.. Terima kasih utk semua resepi sedap sedap! ๐Ÿ˜Š
  122. Tanpa Nama 08 Julai, 2015 12:29
    kak azie, sy dh cuba resepi biskut ni. Mmg sedap & rangup. Anak sy cukup suka biskut ni. Tq for sharing ya..
  123. diyana yazan 08 Julai, 2015 20:50
    Kak azie.kalau xde fresh milk boleh guna chocolate milk tak? Terlupa lah nak beli susu td.aduyai :(
  124. Azie 08 Julai, 2015 23:29
    Boleh jer. Kena berani membuat eksperimen
  125. My Jerslin 10 Julai, 2015 08:39
    Kak Azie, terima kasih utk semua resepi dalam blog ini. Sgt membantu
  126. wanie yahaya 10 Julai, 2015 12:38
    dah cuba semalam...memang sedap..tq, kongsi resepi..
    follow saya di http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com/...tq
  127. my lovely corner.. 10 Julai, 2015 22:03
    Boleh x sy tau apa function tepung jagung?sbb sy rase biskut jadi makin x sedap klu tmbh tepung jagung..
  128. muhammad muzri 11 Julai, 2015 13:52
    Seriously sgt kecewa.. Biskut jd keras dan xde bau atau rasa seperti famous amos.. Terkilan dgn semua komen komen yg macam gah..
  129. Azie 11 Julai, 2015 14:50
    Maaf bila you buat tk menjadi sepatutnya diteliti kenapa ianya tidak menjadi. Bukan dg memberi gambaran seolah orang lain menipu dalam memberi komen. Ianya tidak adil. Saya sendiri telah mencuba dan menghasilkan biskut yg sgt sedap. Apakah saya juga tidak menulis yg benar? Di bulan yg mulia ini, jgn semudahnya menulis sesuatu yg menyinggung orang lain.
  130. kaktus. 11 Julai, 2015 18:50
    mohon share resepi :)
  131. Unknown 11 Julai, 2015 23:50
    Kak klu xde gula perang jd x
  132. Eva 12 Julai, 2015 13:17
    Salam kak azie, kalau guna mixer jadi over mix? Apa effect over mix pada cookies tu?
  133. Azie 12 Julai, 2015 13:38
    Guna spatula atau whisk. Tak erlu susah susah nak basuh byk alatan pun.
  134. Unknown 14 Julai, 2015 20:09
    Sedap sgt.thanks
  135. Nor Rafidah Bt A. Wahab 15 Julai, 2015 01:36
    tq for sharing the recipe..memang jadi..my 1st attempt to cookis famos amos ni..๐Ÿ‘๐Ÿ˜
  136. i 16 Julai, 2015 13:52
    Sb and sk tu ape?
  137. Azie 16 Julai, 2015 15:29
    Sudi besar dan sudu kecil
  138. Unknown 16 Julai, 2015 22:35
    Sis , bile saya dah adunkan bahan a ngan b . KEnapa adunan saya jadi berminyak? Ke disebabkan bahan terlebih?
  139. badtooth 22 Julai, 2015 19:55
    Salam..saya dah follow banyak resepi2 awak, alhamdulilah semua menjadi & sedap2 even 1st time buat. Tq for sharing��
  140. Unknown 26 Julai, 2015 11:26
    Akk. Adunan a tu kn sebati, kn sampai gula cair ke dalam adunan. Sy mohon share resepi erk
  141. Unknown 27 Julai, 2015 15:01
    Salam kak azie..I dah try ni mmg jadi..sedap
  142. Mohamad Shukri 06 Ogos, 2015 18:39
    Salam kak Azie. sy dah try. buat sampai berdulang2. jiran siap mintak resepi lagi sbb lebih sedap dr chipsmore :) tq kak Azie for the tips -imanshukri-
  143. honeychomel 15 Ogos, 2015 20:24
    Azie, 1 cup is equivalent to how many grams? Pls...tqvm azie!
  144. Azie 15 Ogos, 2015 20:31
    Susah nak buat conversion sb berat tepung dg gula lain lain. Saya cadangkan beli cawan metrik kat kedai bakeri. Murah sahaja. Ada set 1. 1/2, 3/4, 1/4 cawan dll. Saya ikut resepi, kalau resepi guna cawan, saya guna cawan. Kalau guna gram, saya timbang.
  145. tini 16 Ogos, 2015 14:25
    Terima kasih sis azie, untuk resepi ni.. saya da try buat raya lepas dan alhmdllah, menjadik. Asben siap cakap lebih sedap dari chpismore (banding dgn chipsmore sebab kitorang x pernah try famos amos tu) inshaAllah akan sharekan link entry ngan kawan2 yang nak try
  146. nuradharina 20 Ogos, 2015 18:01
    Terima kasih...saya nk try bt coz ank suka mkn...
  147. Unknown 25 Ogos, 2015 02:57
    Slm Kak Azie tqsm for sharing ..sy dh try byk kali alhamdulillah mennjadik & sedan

    Cuma mcm mne klu dgn resepi yg sama (separuh@penuh adunan) sy bleh kurangkan lg rse manis cookies ni ? Sbb ada yg diabetes request nk lg less sweet...apa yg patut dikurangkan@ditambah yea ..tqsm
  148. Azie 25 Ogos, 2015 08:10
    Wslm. Cuma kurangkan gula kepada separuh setiap satu. Dan kurangkan juga choc chips kerana ianya juga memberi rasa manis.
  149. sedih :'( 28 Ogos, 2015 02:06
    Assalamualaikum puan/cik azie. saye mohon maaf sebab ambil resepi puan/cik tanpa pemberitahuan puan/cik azie terlebih dahulu.. dah byk dqh resepi puan/cik yg saye sudah cube. alhamdulillah byk yg jadi. saye ingin mohon kebenaran utk gunekan resepi nie utk buat cookies. cookies nie saye nak buat jual. mohon halalkan yer resepi puan/cik azie yg saye ambik nie
  150. Tanpa Nama 05 September, 2015 18:56
    Salem Kak. Klu saya nk buat biskut labu ape perubahan yg saya perlu lakukan utk kekalkan tekstur biskut. Tk
  151. Hidayah 10 September, 2015 15:30
    Salam kak azie
    Boleh tak saye simpan doh ni semalaman dalam fridge?
    Biskut akan jd semakin rangup ye kak azie?mekasih kak
  152. Azie 10 September, 2015 16:38
    Boleh. Tpi tak pasti kalau ianya lebih rangup.
  153. Sabby ๐ŸŒน 20 September, 2015 22:37
    as'salam kak azie. boleh tak gula perang tu digantikan dengan gula kastor ?
  154. Unknown 21 September, 2015 13:37
    kak zie, yg resipi utk 100 pieces yer? saya br nk cuba utk besday anak saya...
  155. Unknown 04 Oktober, 2015 10:59
    salam akak azie..sy share yer resepi ni..tima ksh..
  156. Unknown 05 Oktober, 2015 11:22
    Hi kak zie,butter 1/2cup ke 75gm?saya selalu guna 75gm.tak perasan 1/2cup adalah 125gm.tapi memang jadi..boleh tolong confirm yg mana yg saya patut guna

    Thankx-mena
  157. Unknown 22 Oktober, 2015 10:59
    Allhamdulilah, dah byk Kali saya wat menjadi, ada buat tempahan, thanks sis azie atas perkongsian resepi
  158. Unknown 26 Oktober, 2015 12:42
    Assalammualaikum kak azie..sy slalu rujuk blog kak azie kalau nk cuba resepi br...semlm dh try wat biskut ni...sgt crunchy...tp..sket manis bg sy..next time nk kena kurangkan sukatan gula sket..thx kak for sharing this resepi...
  159. Unknown 04 November, 2015 16:06
    Tq kak azie....saya pun nak cuba buat...
  160. Kumi84 11 November, 2015 17:45
    Salam kak azie.klu cream tartar d gnti dgn cuka, cuka tu letak waktu bila?blh cmpur skali dgn bahan A ke?
  161. Unknown 19 November, 2015 16:43
    Salam. Kak azie sukatan mentega tu tak faham la. 1/2 sama dgn 125gm. Yg 75gm lgi tu ape?
  162. Mrs. Chabi 26 November, 2015 15:49
    salam kak azie. tq ats prkongsian resepi. sy dh try buat biskut ni n alhamdulillah menjadiii.. suami pn suka sgt.. tp yg sy musykil nye. sy ikut resepi akak yg kt ats yg utk 50pcs.. tp bila sy buat dpt 120 bjik.. 5x kali dulang n satu dulang 24bjik.. tp ape2 pn alhamdulillah.. resepi yg mudah n akak pn bg arahan yg sng nk ikut.. sy btul2 teliti nota2 akak yg kt bwh tu n sy ikut satu2.. hehe.. u r my idol kak.. <3<3<3
    ikhlas drpd syafa, suri rmh tgga :)
  163. Fira 27 November, 2015 17:41
    Assalam kak, klau x guna gula perang xpe ke? Guna gula halus je bleh?
  164. Azie 27 November, 2015 17:44
    Boleh juga
  165. Unknown 04 Disember, 2015 14:36
    Salam kak..nk tanye..xperlu letak ke baking powder sbb ade tengok kat resepi lain ade yg letak..sy pernah cuba buat tapi yaRabbi..punyelah melepek..sedih sgt..
  166. SK ST ANNE'S CONVENT P. KLANG 05 Disember, 2015 19:37
    Salam kak azie..tq utk resepi yg best ni..dh try buat..alhamdulillah jadi..
  167. Unknown 19 Disember, 2015 18:28
    Salam,
    Many times my daughters and I will come to check your recipe whenever we want to make choc chip cookies. We find your recipe easy to follow and of course very delicious. We've just made more batches of cookies today! Thank you so much for sharing your recipe :)
  168. Unknown 21 Disember, 2015 15:11
    Alhamdulillah jumpa blog cik/pn azie...
    Hubby teringin sgt nak mkn mcm Tn anaz mikail..hihi..tqvm ..tqvm yg comment skali..
  169. CIK CHUBBY 27 Disember, 2015 15:11
    Nampak sedap..teringin nk buat..tapi dah byk kali try buat cookies chocolate chip tp x menjadi..xtau di mana silapnye..memang dah ikut resepi sebijik2..tapi ada mse terkeras..ada masa x rangup..huhu..serik da nk buat cookies..boleh x share tips cmne nk buat cookies jadi rangup..or mslh oven?sy guna oven zanussi zo535..
  170. Unknown 29 Disember, 2015 18:01
    Sy dh byk kali buat ikut sebiji2 yg kak azie tulis dlm resipi ni.. eloj dan menjadi je.. siap buat jual malah dpt pujian biskut sedap. Terina kasih kak azie atas perkongsian ini. Salam kenal sy silent reader blog akk
  171. Jejari Emas 31 Disember, 2015 17:39
    Assalam... sy dh cuba resipi ni n memg menjadi n sdp. Satu fml n rkn sekerja pun suka. T.ksh ye.
  172. Unknown 20 Januari, 2016 13:49
    Hi akak. Nk tanya akak guna butter Anchor unsated ke?
  173. dilla1516 27 Januari, 2016 22:19
    Terima kasih atas resipi akak ni. Minta halal yer kak. Alhamdulillah dr resepi ni dpt membantu ekonomi saya sekeluarga. Moga Allah memudahkan rezeki akak. Amin.
  174. Unknown 03 Februari, 2016 08:48
    Nk ucap tqvm kat kak azie coz sudi share resipi ni..sy dah try n mmg mjadi dan begitu sedap..selama ni buat guna resipo lain x begitu menepati tekak saya ni..mcm ada kekurangan je..tp resipi diatas mmg sedap..dua hari berturut sy buat sbb cepat habis...sy gunakan apa bhn yg ada dirumah..tp minyak jagung saya xda stock kt umah so sy gantikn dgn minyak masak biasa je.....alhamdulillah..tq lg skali kak azie! Mtk halal ye....
  175. Unknown 06 Mac, 2016 19:07
    Kenapa sy buat kaler coklatnya jadi gelap ye..hehe..slh guna serbuk koko ke?
  176. Unknown 22 Mac, 2016 13:24
    As salam kak azie sya dh buat biskut ni alhmdulillah menjadi ..ank2 suka..mohon halalkn resepi ye kak
  177. Unknown 23 Mac, 2016 17:23
    Tqsm Kak Azie for your reply๐Ÿ˜€sy dh berjaya kurangkan manis nya but still taste superb!!
  178. Chenta Hati Cik Yam 17 April, 2016 13:07
    Assalam k.azie..saya dh buat biskut.mmg menjadi n sgt sedap.ni nk repeat buat.dh jd peberet ank2.suami sy jenis tak suka mkn biskut tp dgn biskut ni dia kalah..hihihi..terima kasih ye kak
  179. Unknown 31 Mei, 2016 14:33
    Assalam... cream of tartar tu ape? Klau x letak blh x? Sbb sy klau blh nk gune bhn yg dh ade je kt umah ni
  180. Unknown 07 Jun, 2016 15:57
    As salam sis, mtk halal resepi ye :)
  181. Unknown 11 Jun, 2016 12:24
    Tahun lps cuba resepi ni utk raya..tahun ni pun buat lagi. Thanks azie...mmg mudah dan sedap
  182. Unknown 13 Jun, 2016 05:21
    perkongsian yang bermakna, insyaallah saya akan cuba balik raya nanti .. saya tolong abang saya run kedai makan, baru berjinak2 dengan dapur dan terjumpa hobi baru .. abg saya kata saya ada bakat dalam masakan .. haha .. cewahhh
  183. FAUZIAH BT SAMSUDIN 19 Jun, 2016 05:47
    Tq azie. Anak2 suka sgt dgn biskut ni. Boleh suruh hazirah buat.
  184. Azie 19 Jun, 2016 11:53
    Datin Gee, suruh Hazirah buat banyak banyak. Pos sekali kat aunty Azie
  185. Tanpa Nama 20 Jun, 2016 10:00
    Assalam Pn Azie, saya dah cuba resepi choc chips ni. Memang sedaap. Terima kasih.
  186. Unknown 21 Jun, 2016 11:58
    Assalamualaikum...tq byk2 sbb sy dah try resepi kak azie nie...mmg menjadi...sampai husband pon kata sedap gerenti cpt habis kalah chipsmore ...hihih
  187. Azie 22 Jun, 2016 00:29
    Wslm. Alhamdulillah. Tahniah. Yanb penting suami suka kan
  188. Unknown 22 Jun, 2016 15:45
    Kk Azie,kalo xde minyak jagung agak² bley jadi x kak?
  189. Hanim 22 Jun, 2016 20:37
    Kenapa jadi x rangup? Lemau sgt. Salah oven ke? Dah letak suhu dan masa seperi yg tertera dlm resepi tu. Frust!
  190. Azie 23 Jun, 2016 00:08
    Bila sejuk baru rangup
  191. ibn_sabil 24 Jun, 2016 22:35
    assalamualaikum kak azie.. plan nak wat cookies ni. saya nak buat adunan penuh. so 1/2 cwn butter tu tukar jadi 1 cawan. 1 cawan bukan ke 250g? atau gandakan menjadi 150g saja?
  192. Azie 25 Jun, 2016 01:20
    Wslm. Gandakan sahaja. Guna 2 cawan atau 150 gram.
  193. Baen 25 Jun, 2016 12:13
    Kak azie..guna baking powder ganti soda bikarbonat bleh ke?
  194. Azie 25 Jun, 2016 14:52
    Fungsi tak sama. Ada kala guna kedua duanya atau ada masa salah satu, ikut resepi
  195. Unknown 26 Jun, 2016 07:34
    Mohon share resepi ye puan...Terima kasih :-)
  196. Unknown 26 Jun, 2016 09:47
    Salam kak azie kalau doh tak lembik macam dalam gambar di atas dia akan menjadi keras ke ?
  197. Unknown 26 Jun, 2016 09:49
    salam kak azie kalau doh tak seperti dalam gambar. cookies akan keras ke? betul ke? saya gandakan mengikut resepi jika tepung jagung 1 sudu besar utk satu adunan bila digandakan menjadi 2 sudu besar ?
  198. Judiene 26 Jun, 2016 13:19
    Biasanya akak macam mana nak sukat butter guna cawan? Adakah kena cairkan dulu baru sukat?
  199. Azie 26 Jun, 2016 18:06
    Wslm. Gandakan ikut berapa adunan yg nak dibuat. Sepatutnya tak keras jika sukatan tepat
  200. Azie 26 Jun, 2016 18:07
    Boleh ganti minyak lain juga