Castle Combe 4 April 2026
Assalamualaikum kita bersua lagi. Hari ini saya akan menyambung catatan percutian di Cotswold. Boleh klik entri di Bourton On The Water di SINI. Pagi kami sarapan dengan sosej berasaskan kacang soya yang disediakan khas untuk kami oleh pihak hotel. Maksudnya selepas kita minta, baru ianya disediakan.
Selepas sarapan, kami terus check out dan terus ke Castle Combe. Castle Combe juga dikatakan sebagai salah satu dari perkampungan tercantik di England. Di sini seperti biasalah susah parking. Alain drive turun dan menurunkan saya, Ammar dan Aliya di bawah dan kemudian naik untuk mencari parking. Mendaki naik bukit untuk balik ke parking lah yang paling mencabar. Tapi kali ini tidak sepenat dulu mungkin kerana sepanjang di London, saya banyak aktiviti berjalan kaki. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Jambatan ini lah tempat pilihan untuk bergambar semua pengunjung. Memang kena menunggu kerana orang terlalu ramai untuk bergambar.
Kami kemudian berjalan naik ke bahagian tengah dan di sini line telephone memang susah. Jadi memang kena menunggu jer sehingga Alain datang.
Ada beberapa kedai yang menjual makanan dan minuman di sini, selain cafe. Tetapi kedainya adalah berbentuk layan diri di mana kita hanya perlu membayar dengan meninggalkan cash di dalam bekas yang disediakan.
Sementara menunggu Alain, kami bergambar di tempat ala ala gazebo yang terletak di tengah tengah Castle Cambe.
Kemudian kami berjalan ke tempat parking dan ketika ini lah yang mencabar kerana terpaksa mendaki jalan yang berbukit. Tapi Alhamdulillah kerana kali ini, saya tidak lah kepenatan seperti kedatangan saya kali pertama ke sini. Selepas itu, kami bertolak ke Devon. Sehingga di sini dahulu, jangan lupa nantikan aktiviti percutian kami di sana. Salam sayang baut semua....
















Catat Ulasan for "Castle Combe 4 April 2026"
Add your comment