Selasa, 31 Mei 2022

Percutian London - Burton On The Water, Birbury & Combe Castle Day 6



Kami keluar pagi pagi untuk ke Bicester Village dulu. Sebaik dibuka pukul 9.00 pagi kami terus masuk. Ada lagi beberapa barang yang anak anak ingin beli sebelum kami bertolak ke Cotswold. Balik nanti mesti dah malam, dan keesokannya pula kami akan bertolak ke Scotland. 


Pemandangan di sepanjang perjalanan ke Cotswold sangat cantik. Pemandangan country home dengan ladang ladang dan rumah ladang mereka. Saya memang asyik melihat tanaman yang saya tak pasti tanaman apa tapi setiap kawasan sangat luas. 


Costwold yang terkenal dengan Burton On The Water yang merupakan tempat yang telah lama saya ingin pergi. Burton On The Water terletak di tengah tengah Cotswold terkenal dengan 5 jambatan batu yang dibina antara tahun 1654 hingga 1911. Ianya dibina menggunakan batu batu dari Cotswold juga diberi jolokan “Venice of Cotswold”. 

Pemandangan sangat cantik dengan iconic view adalah jambatan batu yang menyusuri sungai yang jernih dan tak dalam. Banyak itik gembo gembo berenang renang di dalamnya. Airnya memang tak dalam sehingga anjing juga turun ke dalam sungai mengejar itik itik tersebut. 

Sepanjang laluan sungai terdapat banyak cafe kecil yang boleh singgah. Tapi saya rimas kerana ramai yang membawa anjing di laluan sempit tersebut. 

Kami singgah makan ice cream yang sangat sedap. Masya Allah sedap sungguh ice cream caramel. Tak tahu mana nak cari ice cream sesedap ini di tempat kita. 


Selepas puas bergambar gambar di sini, kami kemudian ke Birbury, satu lagi perkampungan tradisional yang dikatakan tercantik di United Kingdom. 

Cottage di sepanjang Arlington Row juga dikatakan sebagai tempat untuk bergambar yang tercantik. Ianya dibina tahun 1380 sebagai monastic wool store, kemudiannya ditukar sebagai cottage penenun pada abad ke 17. 

Kami berjalan kaki agak jauh kerana sangat susah untuk mendapat parking. Hubby parking tepi jalan dan tidur di dalam kereta. Hanya saya dan anak anak sahaja yang berjalan ke Arlington Row untuk bergambar. 

Memang ralit melihat ikan ikan dalam parit besar dengan air yang jernih sepanjang jalan. Rumah rumah di cottage ini masih berpenghuni dan didiami. Hmm terfikir orang orang di sini pastinya dah biasa dengan suasana orang ramai bergambar di hadapan pintu rumah mereka.


Akhir sekali kami ke Combe Castle the prettiest village in England. Hmm saya tak pasti kalau betul lah seperti gelaran tersebut. Pada saya macam biasa sahaja. Pemandangan istana lama dan rumah rumah lama.

Nak cari cafe pun tak ada. Kalau nak membeli makanan atau minuman, hanya diletakkan duit dalam bekas yang disediakan. Masyarakat sana pentingkan amanah dan kejujuran. Jadi mereka tak risau kalau ada yang ambil barang tanpa bayar pun. Tapi kami teragak agak nak membelinya kerana tak dapat bertanya dengan tuannya akan kandungan bahan yang digunakan dalam kek.  


Perjalanan dari tempat parking ke castle sangat jauh. Perlu berjalan hampir 1 kilometer dengan jalan yang menuruni bukit. Cabarannya ialah sewaktu hendak balik bila perlu mendaki jalan berbukit tersebut. Masa menuruni bukit tak lah terasa sangat penatnya berbanding dengan mendakinya.


Kami balik dan singgah di Oxford City untuk makan malam di Restoran Ompoitoire Libnais iaitu restoran makanan Lebanon. 

Waah baru terasa suasana bandar bila berada di sini bila kelihatan banyak bas berwarna merah 2 tingkat yang cukup sinonim dengan London. Ya lah seharian berada di Costwold dengan pemandangan kampung dan cottage lama. 



Selepas makan, kami singgah di mall sebelahnya di mana Aween hendak beli kasut Dr Marten. Di  mana mana sahaja di UK, harga barang sama sahaja. Dan kita boleh tukar saiz atau memulangkannya di mana mana sahaja. 

Saya masuk ke UniQlo tapi seluar panjang yang dicari tak ada saiz dan tidak ada fitting room. Jadi akhirnya saya tak membeli apa apa pun. 

Selepas letih meronda ronda, kami bertolak balik ke Bicester untuk mengemas dan bersiap siap untuk memudahkan perjalanan keesokannya. Jangan lupa nantikan entri perjalanan ke Scotland dalam entri akan datang. 


1 ulasan

  1. Seronok tengok gambar orang berjalan2 tengok tempat orang :)

    BalasPadam

Add your comment