Bourton On The Water 3 April 2026
Selepas ke Bibury, kami ke Stow On The Wold kerana adanya pintu gereja yang unik di St Edward's Church. Boleh klik entri Bibury di SINI. Pintu di sebelah utara gereja tersebut adalah pintu kayu yang sangat unik dan diperbuat dari kayu berwarna gelap dan dikiri kanan bergantung lampu minyak.
Saiz pintu ini kecil sahaja dan hanya boleh memuatkan hobbit sahaja. Kedua dua pokok yang ditanam beratus tahun dahulu di kiri kanan pintu telah menjadi sebahagian dari deko seni pintu tersebut yang menjadi tarikan untuk mengambil gambar.
Kami tak lama pun di situ, selepas bergambar di pintu tersebut, kami menunggu Dr Ashraf dan famili nya tiba. Kami kemudian berjalan keluar ke tempat meletak kenderaan untuk bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Bourton On The Water.
Selepas bergambar kenangan, kami bertolak ke Burton On The Water. Di sini dah petang, jadi orang dah tak ramai. Kami pun tak lama di sini. Bourton On The Water yang juga dikenali sebagai Venice of the Cotswolds. Ini adalah kerana adanya beberapa jambatan rendah yang merentangi sungai.
Selepas bergambar, kami beli aiskrim. Ais krim di sini sangatlah sedap. Tapi harganya agak mahal, kalau di convert ke Malaysia Ringgit, lagi lah mahal.
Di sini tiada aktiviti lain selain dari bergambar kerana sungai nya yang cetek dan jernih ini menjadikan tempat ini tarikan. Boleh klik entri kami di sini sebelum ini di SINI.
Kami mula mencari makan tengahari tapi fish and chips di sini dimasak sekali dengan makanan lain. Itu yang diberitahu oleh seorang pekerja di situ, bila saya bertanya tentang halal. Orang di UK pun dah faham, maksud halal kerana di sini pun ramai orang Islam.
Kami singgah makan fish and chips. Sedap dan lagi pun dah lapar. Kami kemudian check in hotel Premier Inn di mana saya ambil satu bilik dengan Ammar.
Sehingga di sini dahulu, semoga diberikan ruang dan masa untuk menyambung catatan untuk entri keesoknannya di Combe Castle, perkampungan Inggeris yang dikatakan paling cantik di England.













Catat Ulasan for "Bourton On The Water 3 April 2026"
Add your comment