Ziarah dan Aktiviti Di Madinah Day 2
Alhamdulillah kita bersua lagi, kali ini catatan di bumi Madinah yang penuh barakah kerana di sini adanya jasad seorang insan yang paling mulia di muka bumi ini iaitu Rasulullah. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Pagi pagi saya dan Nana ke masjidil Nabawi untuk bertemu dengan rakan yang menguruskan permit nusuk untuk kami masuk ke Raudhah. Entah kenapa, sejak dari London lagi, kami tidak langsung dapat masuk Apps Nusuk untuk booking slot Raudhah. Dan kami pula hanya ada di sini 2 hari sahaja. Namun bila sampai giliran kami, hanya 4 orang sahaja yang lepas dan kami lagi 4 orang tak lepas kerana barcode permit tak dapat dibaca. Jadi kami terpaksa membuat booking untuk keesokan hari nya.
Kami balik hotel dan bersiap siap untuk melakukan ziarah luar di Madinah. Destinasi pertama ialah Masjid Quba yang merupakan masjid pertama dibina Rasulullah di Madinah. Kelebihan masjid ini ialah seseorang yang berwudhu dari tempat penginapan dan datang melakukan solat sunat 2 rakaat di masjid ini, akan mendapat ganjaran seolah mengerjakan ibadah umrah.
Kami masuk solat dan bergambar sebagai kenangan di dalam masjid. Kemudian baru keluar. Setiap kali datang ke sini, memang tak puas kerana pasti ada limit masa kerana akan pergi ke tempat lain selepas itu.
Sebaik keluar dari masjid Quba, kami bergambar kenangan di hadapan masjid. Masa datang dengan Juita dulu, di sini banyak burung merpati. Tapi kali ini burung merpati diberi makan di bahagian belakang masjid dekat dengan kawasan tempat meletak kenderaan. Lebih elok macam tu kerana banyak najis burung di hadapan masjid.
Dari situ, kami dibawa pula ke Masjid Qiblatain di mana di sini Rasulullah bersolat dengan 2 kiblat di mana pada awal solat, berkiblatkan Masjid Al Aqsa dan setelah mendapat wahyu, baginda berpusing dan bergerak dengan kiblat mengadap kaabah di Masjidil Haram.
Bahagian tersebut terletak di ruang solat lelaki. Saya cuba juga mengintai di atas pintu masuk, ada tanda menunjukkan kiblat lama. Boleh lihat dalam gambar di bawah.
Kami bergambar di perkarangan masjid sementara menunggu Alain dan Ammar solat. Cuaca panas terik ketika ini.
Kami kemudian dibawa makam syuhada di tempat yang kami datang sebelah malam hari sebelumnya. Oleh kerana telah datang sebelum ini, kami hanya pergi ke tepi makam sahaja untuk berdoa. Oleh kerana hari panas, kami tidak lama pun di sini.
Akhir sekali, kami di bawa ke ladang kurma dan kedai menjual buah kurma dan lain lain buah seperti kismis, fig dan lain lain.
Kami ke masjid dan berehat seketika. Keluar semula untuk solat Asar. Saya memang banyak berehat kali ini kerana saya demam selsema dan faktor usia juga. Kami ke masjid untuk berbuka puasa dan solat Maghrib sebelum balik ke bilik untuk makan malam.
Selepas makan malam, kami bersiap semula untuk solat Isyak dan mengerjakan solat Terawih. Aliya meragam dan menangis kerana mengantuk dan letih. Nana terpaksa balik dulu kerana tidak mahu mengganggu jemaah yang sedang solat. Saya balik selepas selesai solat terawih.
Sehingga di sini dahulu dan nantikan entri seterusnya di entri akan datang. Salam sayang buat semua....
































Catat Ulasan for "Ziarah dan Aktiviti Di Madinah Day 2"
Add your comment