Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Madinah Yang Dirindui Day 1



Alhamdulillah kita bersua kembali. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Kali ini saya akan kongsikan catatan aktiviti kami di Madinah semasa perjalanan mengerjakan umrah bersama anak menantu dan cucu cucu dari London. Kami di Madinah, hanya 2 hari sahaja. Kalau saya datang masa 10 akhir Ramadhan, pernah jer saya berada di sini 3 hari 2 malam. 

Ini adalah kali pertama saya menginap di hotel di pintu gate 307 iaitu belakang bahagian perkuburan Baqi dan kubah hijau di mana terletaknya makam Rasulullah dan 4 orang Khulafa Ar-Rasyidin, sahabat baginda yang menjadi khalifah selepas kewafatan baginda. 

Biasanya jemaah dari Malaysia akan menginap di hotel di sepanjang King Fahd Road. Pintu 343 sehingga 328. Bagi agensi di London, mereka kata pintu ini dekat dengan pintu ruang solat wanita. Memanglah kerana mereka merujuk kepada ruang solat wanita di dataran masjid, bukan pintu solat wanita di dalam masjid seperti mana yang difahami oleh jemaah dari negara kita. 

Kami sampai di Madinah pun telah petang dan sementara menunggu check in yang agak lama, masuk bilik pun dah hampir Maghrib. Selepas masuk bilik, mengeluarkan barang barang keperluan dari luggage dan keluar untuk membeli makanan di restoran di mall bersebelahan hotel kami. Restoran hanya menjual makanan untuk take away sahaja. Akan dibuka untuk dine in, hanya selepas berbuka puasa. 

Saya dan Nana serta Aliya berjalan ke dataran masjid untuk berbuka puasa. Selepas berbuka puasa dan solat Maghrib, kami berjalan balik untuk makan malam. Kami dapat pek berbuka yang terdapat buah kurma dan roti di dalamnya. 

Kami keluar semula untuk menunaikan solat Isyak dan solat Terawih di ruang solat wanita. Ruang solat ini tidak lah sesak seperti mana di dalam masjid. Alhamdulillah angin bertiup menjadikan cuaca agak nyaman. 


Selepas solat terawih, kami bergambar dengan berlatarbelakang kan kubah hijau di waktu malam. Memang saya tak pernah ke sini, apa lagi di waktu malam. Kami kemudian berjalan balik ke bilik. 


Nana mahu keluar mencari ais krim yang tengah viral ketika ini berdekatan dengan masjid sahaja. Tapi jalan sangat sesak sehingga susah untuk mendapat grab. Grab untuk ke sana yang dekat chargenya Rial80. Akhirnya bertemu dengan Muhammad yang membawa grab yang boleh membawa kami dengan Rial50 tapi akan dibawa ke kawasan gerai tepi Jabal Rumat Bukit Pemanah. Senang kerana dia boleh berbahasa Inggeris dan banyak pengetahuan sejarahnya. Dia tak ada whatsapp, jadi saya cuma share Instagram beliau sahaja. 


Serious seronok datang sini waktu malam, pertama kerana sejuk dan orang pun tak ramai untuk naik ke atas bukit atau mahu ke tepi makam. Kalau datang siang dengan cuaca panas terik, kita pun tak dapat nak fokus sehingga tak perasan pun Masjid . 



Yang paling seronok, dapat melihat dan merenung lama lama Bukit Uhud yang diterangi cahaya di waktu malam. Bukit Uhud adalah salah satu dari penghuni syurga yang kita boleh lihat di dunia ini. Bayangkan sesiapa yang mengerjakan solat jenazah, akan diberikan ganjaran pahala 1 qirat yang menyamai saiz Bukit Uhud. Kalau solat dan mengiringi jenazah pula, akan mendapat pahala 2 qirat. 

Bukit Uhud berbeza dengan bukit lain kerana ianya tidak menyambung dengan gunung lain sehingga sering disebut sebagai bukit yang menyendiri. Jabal Uhud, yang terletak 5 km di utara Madinah, adalah gunung bersejarah yang dijanjikan ada di syurga, sangat dicintai oleh Rasulullah SAW, serta menjadi saksi bisu Perang Uhud yang dahsyat

Gunung setinggi 1.077 mdpl ini istimewa kerana menjadi tempat dimakamnya para syuhada termasuk bapa saudara Rasulullah iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Muthalib. Ini lah kali pertama saya merasa puas berada di sini, dapat bermuhasabah dan membayangkan peristiwa sejarah yang berlaku di sini. 



Lama juga kami di sini sambil makan ais krim dan bergambar. Sedap sangat aiskrim ini, patutlah viral. Saya kalau ke Madinah, biasanya malam dah tak keluar. Balik hotel, makan malam dan terus tidur. 


Alain dan Ammar naik sehingga ke atas puncak bukit. Ini adalah gambar yang diambil dari puncak bukit yang diambil oleh Muhammad. Di belakang adalah Bukit Uhud yang cantik di waktu malam.



Kami bertiga hanya naik di kaki bukit sahaja. Kalau lain kali kalau datang sebelah malam lagi, saya rasa nak naik sehingga ke puncak. Malam sejuk dan berangin. 




Sehingga di situ aktiviti hari pertama kami di Madinah. Badan masih kepenatan kerana baru tiba dari Mekah sebelum Maghrib tapi saya tetap gembira kerana dapat bersama sama mencipta kenangan dengan anak menantu dan cucu cucu. Alhamdulillah. Sehingga bersua lagi di entri seterusnya. Salam sayang buat semua.....




Catat Ulasan for "Madinah Yang Dirindui Day 1"