Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jangan Jadikan Umrah Ini Yang Terakhir - Day 4



Alhamdulillah saya telah berada di hari terakhir di Mekah. Terasa sangat sedih untuk meninggalkan tanah suci ini. Saya berdoa dan berharap agar ada rezeki lagi untuk menjejakkan kaki di sini. Saya memandang sekeliling untuk merakam pemandangan sekeliling di dalam memori saya supaya tetap segar dan rindu yang sentiasa membara akan tempat ini. Boleh klik entri sebelum ini di SINI

Saya mengerjakan solat Subuh di dataran masjid berdepan dengan hotel. Alhamdulillah dipermudahkan. Mungkin sebab hari pertama puasa, nampak orang tak ramai. Polis pun tak tutup laluan masuk ke ruang solat wanita.




Memang banyak dugaan dan ujian di tanah suci, jadi kita kena selalu memohon doa agar diberikan ruang untuk solat di tempat yang baik dan mohon dipermudahkan segala ibadah kita.




Balik bilik bersiap untuk keluar melakukan tawaf wada, iaitu tawaf selamat tinggal sebelum meninggalkan tanah suci. Inilah saat yang paling menyedihkan. Hanya hati sahaja yang tahu apa yang sedang bergelora di dalam diri saya. 

Kami berjalan masuk melalui pintu 79 Gate King Fahd. Semasa tawaf wada, kami telah berjanji andai terpisah semasa tawaf, kita akan bertemu di mana mana atau terus balik ke bilik sahaja. Saya terpisah dengan Nana dan Alain, jadi saya meneruskan tawaf secara sendiri sehingga selesai. Selepas selesai, saya berjalan balik ke bilik.

Selepas itu, kami bersiap siap untuk bertolak ke Madinah. Hari pertama berpuasa Ramadhan, Alhamdulillah rezeki tak disangka sangka. Sehingga di sini dahulu, nantikan entri seterusnya. Salam sayang buat semua...


Catat Ulasan for "Jangan Jadikan Umrah Ini Yang Terakhir - Day 4"