Percutian Di York 1 April 2026 Day 4
Assalamualaikum semua. Terima kasih yang setia membaca blog saya dan sudi klik iklan iklan yang keluar di blog saya. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Hari ini tiba lah hari terakhir di York sebelum balik ke London. Pagi hari terakhir, Nana dan Alain keluar untuk ambil kereta yang di park di kawasan parking di Clifford's Tower. Bawa kereta ke tempat penginapan untuk isi bag dan barang barang dan parking semula. Jadi tak perlu lah nak mengheret bag yang banyak ke kereta. Kereta tak boleh masuk di kawasan pusat bandar antara pukul 10.00 pagi sehingga 5 petang.
Sementara itu, saya dan Aliya berjalan ke Shambles Market. Di Shambles Market, saya terus ke kedai cheese untuk beli cheese yang dimasukkan caramelised onion yang sangat sedap untuk dibawa balik.
Kami kemudian bertemu Nana di Shambles Market. Kemudian saya berjalan ke Chocolate Festival yang terletak berdekatan dengan tempat penginapan kami sahaja. Tak ada yang menarik pun, saya kemudian pergi beli Cornish Bakery. Walaupun masih kekenyangan, saya boleh habiskan sekeping pasties dan beli 2 keping lagi untuk dibawa balik. Kalau sesiapa ke Cornwall atau ke York, tolong lah beli pasties ni, rasanya sedap sangat.
Saya kemudian berjalan ke Knoops untuk jumpa Nana di situ. Saya order iced milk chocolate di sini. Masya Allah sedapnya. Rasa pure coklat nya. Kemudian kami berjalan ke kereta.
Sebelum bertolak balik ke London, kami singgah di Railway Museum. Banyak train lama dan sejarah lokomotif yang dipamerkan di sini. Kiranya ia adalah satu dedikasi untuk sejarah keretapi. Pastinya sangat menarik untuk kita melihat train lama di mana ada yang diperbuat dari kayu, ada juga train yang terbuka.
Saya duduk di cafe dan minum sambil makan kek sementara Alain dan Ammar melawat cabin cabin train yang ada dibuka untuk dimasuki oleh pengunjung. Masuk ke museum ini free tetapi perlu membuat booking secara online.
Selepas itu, kami naik kereta dan bertolak balik ke London. Alhamdulillah. Selamat tiba di rumah. Kami berehat rehat dahulu sebelum makan malam. Sehingga di sini dahulu, semoga kita bertemu di entri percutian kami seterusnya di Cotswold dan Devon. Boleh klik entri hari pertama di SINI. Salam sayang buat semua.....





Catat Ulasan for "Percutian Di York 1 April 2026 Day 4"
Add your comment