Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jovick Viking Centre Di York 31 March Day 3



Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambung catatan percutian kami ke York. Boleh klik entri hari kedua di SINI. Pagi ini ialah aktiviti hari ketiga di mana pagi selepas sarapan, kami berjalan kaki ke Jorvik Viking Centre. Jorvik Viking Centre adalah antara tarikan pengunjung di York. Ianya mempamerkan mannequins dan cara kehidupan Viking di York satu ketika dahulu. 


Selepas diadakan penerangan, kami dibawa sekeliling dengan menaiki kenderaan yang memuatkan 4-5 orang untuk satu kereta.  



Kita akan dibawa melalui perkampungan yang menunjukkan aktiviti dan kehidupan mereka ketika itu. Pasar mereka berjualan, makanan laut yang mereka cari dsb.


Sepanjang pengembaraan semasa menaiki ride ini, memang ada bau yang tidak enak yang dicipta semula untuk menggambarkan suasana ketika itu yang bau asap, bau makanan, bau darah mereka untuk memberikan gambaran yang boleh mengingatkan pengunjung pada tempat ini. 


Selepas selesai di sini, kita akan masuk pula ke kawasan muzium yang mempamerkan peralatan sebenar yang mereka guna dalam kehidupan mereka ketika itu. Antaranya ialah kunci, pakaian yang diperbuat dari besi, kuali diguna untuk memasak dll. 


Ada juga rangka dan tengkorak manusia zaman itu yang disusun semula untuk dipamerkan kepada pengunjung. 




Selesai di sini kami berjalan keluar pula untuk ke Clifford's Tower yang terletak di atas bukit. Clifford's Tower adalah bahagian peninggalan York Castle, yang merupakan benteng terbesar di England utara. Ianya terletak di atas bukit yang perlu kita mendaki tangga yang tinggi. 

Di dalam tower, banyak peninggalan sejarah, tapi kami tak naik kerana kena ambil tiket untuk masuk. Di sebelah tower inilah kami park kereta kami untuk selama di York.



Dari sini, kami berjalan ke arah York's City Wall tapi dari arah yang lain dari city wall semalam. Kali ini wall nyer lebih rendah sehingga banyak bahagian yang tiada pagar. Maksudnya tidak ada risiko kalau terjatuh dsb.  Kami kemudian berjalan di laluan pusingan mengelilingi bandar York. 



Cantik kerana sepanjang laluan berjalan kaki, dapat dilihat rumput menghijau dan bunga bunga berkembang. Tak ada pagar besi. Lalu atas laluan keretapi juga. Tidak memenatkan pun kerana laluan mendatar sahaja.



Turun dari sini, kami berjalan ke pusat bandar untuk makan tengahari. Singgah bergambar masa dalam perjalanan untuk ke pusat bandar. Cantik sangat pemandangan sungai.   


Sepanjang kami berjalan untuk ke Cornish Bakery, kami lalui York Minster. Itu lah pusing pusing memang akan lalu kawasan yang sama sebab York ni tak besar. 


Di Cornish Bakery, kami order Onion and Cheese Pasties. Serious sedap pasties dari Cornwall  ni. Sehingga sekarang pun, masih teringat ingat. Pernah makan pasties dari tempat lain, tak sesedap yang ini. Rasanya sama macam makan pasties masa di Cornwall.






Semasa kami makan, Aliya dan Ammar melihat pertunjukan ala ala silap mata yang diadakan di hadapan bakery. Hahaha takut juga melihat belon panjang sepanjang 2 hasta dimasukkan ke dalam mulut dan ditelan kesemuanya. Aduhaai kat mana lah silap mata kita. Memang nampak macam 100% real belon tu masuk ke dalam mulut. Tak keluar sehingga habis show.




Saya balik ke bilik kerana saya tak ikut Vizard Walk kerana dah tak larat nak berjalan. Saya berehat di bilik sahaja. Bila Nana balik, dia hantar Ammar dan Aliya dan keluar semula untuk berlari. 

Sebelah malam, kami keluar makan malam fish and chips. Cuti Easter, banyak kedai yang ditutup awal. Jadi tak banyak pilihan yang ada. Tapi fish & chips luar London lebih sedap kerana dimasak sendiri oleh orang British berbanding dengan di London yang banyak disediakan oleh orang Turki atau kawasan timur tengah. Yang pasti fish & chips yang kami makan di Cornwall juga yang paling sedap. Tapi itulah tidak ada dine in. 




Sehingga di sini dahulu, semoga kita bertemu di entri seterusnya. Salam sayang buat semua.....


Catat Ulasan for "Jovick Viking Centre Di York 31 March Day 3"