Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jalan Jalan Dan Makan Makan Di York 30 March Day 2

 


Alhamdulillah hari ini kita bersua lagi. Saya akan sambung catatan aktiviti kami sepanjang percutian di York pada hari kedua. Boleh klik entri di Cambridge dan hari pertama di York di SINI. Nana memilih York sebagai destinasi percutian selepas dia datang ke sini tahun lepas untuk menjadi examiner di mana banyak makanan local yang sedap sedap di sini. Nana memang kalau bercuti, akan explore makanan setempat. 

Pagi hari kedua di York, kami selepas sarapan, berjalan kaki ke York's Chocolate Story di mana kita ditunjukkan sejarah coklat. Sarapan kami hari ini ialah nasi dagang, laksam, kuah kacang dan nasi  impit dan juga sandwich. Semua masih elok dan sedap. 

Saya pun baru tahu, kebanyakan coklat dibuat di UK dibuat di York. Nak masuk ke sini kena beli tiket, mahal juga lah kalau untuk ramai ramai. Jadi kena sampai sana on time kerana kita dibawa masuk mengikut masa yang ditetapkan.






Selepas demo pembuatan coklat, kami diberi peluang untuk membuat coklat sendiri. Kira seperti gift untuk dibawa balik.




Selepas selesai di chocolate story, Nana singgah beli roti dan donut di kedai Thomas Bakery. Serious weh donut sini sangat sedap. Yang pasti, donut adalah makanan kegemaran Ammar dan Aliya.





Kami berjalan jalan untuk melihat tempat tempat menarik di bandar York. Kami ke Minster yang sangata cantik senibina bangunannya. Di sini memang antara tempat yang pasti dikunjungi pelancung, jadi orang memang ramai. 






Kami kemudian berjalan untuk menaiki city wall. Nasib baik di sini tidak dibenarkan membawa anjing. Laluan sepanjang city wall ini sempit, jadi kalau ada anjing memang tak selesa. 



Sepanjang berjalan, dapat lah dilihat kawasan sekitar York dari atas. Kami singgah di tempat tempat rehat yang disediakan untuk bergambar.





Ammar dan Aliya seronok lah berlari lari di sepanjang city wall. Tak memenatkan kerana jalan rata sahaja. 







Akhirnya sampai ke penghujung, kami turun dari city wall dan singgah untuk Aliya dan Ammar bermain main di hadapan bangunan York Art Gallery ini. 





Kami kemudian berjalan kaki ke Shamble Market untuk mencari makan tengahari. Yang best di sini, ramai white British, jadi kita pun tak rasa takut macam kat London. Risau nak guna handphone pun kalau berada di tempat orang ramai. Sebelum tu, saya dan Nana singgah beli cheese yang memang terkenal di York.  Sedap sangat. Jadi kalau ke York haruslah cari cheese untuk dibawa balik. 





Kami order fish and chips. Ikan dihiris sederhana tebal. Sedap sangat sehingga saya minta Nana beli lagi fish and chips untuk saya. 







Walaupun dah kekenyangan, tapi kami singgah pula makan scone. Kena  tunggu lama pun kami sanggup kerana hari selasa dan rabu mereka tutup. Hari rabu kami dah balik London. Tunggu dalam cuaca sejuk ni, memang challenging tau. Sedap sangat scone di sini. Memang berbaloi menunggu lama. Kedai di sini kecil sahaja. Memang tak dapat memuatkan banyak meja pun. 






Saya suka yang scone dimakan dengan clotted cream dan strawberry jam. Scone yang sour dinakan dengan cream cheese dan tomato chutneys. 






Balik bilik rehat. Nana pergi lari. Suka tengok senibina bangunan lama di sini yang sama dengan banyak design english house di Malaysia. Maknanya english house di Malaysia berasaskan senibina York. 


Sehingga di sini dahulu, nantikan sambungannya di entri berikut. Salam sayang buat semua.....


Catat Ulasan for "Jalan Jalan Dan Makan Makan Di York 30 March Day 2 "