Aktiviti Cambridge River Punting 29 March 2026
Alhamdulillah kali ini saya akan kongsikan percutian kami di United Kingdom selepas hari raya Aidil Fitri 2026. Kami akan balik ke Malaysia tidak lama lagi, jadi sementara di sini kami mengambil peluang untuk bercuti waktu cuti sekolah Ammar dan Aliya.
Sehari sebelumnya kami mengadakan jamuan raya untuk kawan dengan lauk pauk dan masakan Kelantan. Boleh klik entri di SINI. Jadi yang mana tak habis, kami bungkus dan bawa untuk dimakan masa bercuti.
Kami bertolak ke York dalam pukul 9.45 pagi kerana waktu UK dipercepatkan 1 jam mulai hari ini. Maknanya kalau semalam dalam pukul 8.45 pagi. Destinasi pertama kami ialah Cambridge. Kiranya kami singgah sahaja di sini untuk aktiviti cambridge punting. Masya Allah sejuk giler. Ingatkan dah spring, tak lah sejuk. Memang yakin sangat sampai saya tak bawa inner, tak bawa jaket tebal pun. Siap bawa kemeja jer. Menggigil gigil masa keluar kereta.
Sementara menunggu jadual waktu untuk naik boat, kami masuk minum di cafe berdekatan. Tak tahan sejuk di luar.
Ini adalah kali kedua saya naik punting di Cambridge, yang pertama bersama BFF, boleh klik di SINI. Yang itu hanya kami sahaja di dalam satu boat. Tapi kali ini mix dengan kumpulan lain.
Masa punting, tangan seperti dah beku walaupun diberikan blanket. Aduhaai sejuk tak boleh nak bincanglah.
Sepanjang punting, kami dibawa melalui kolej kolej yang terkenal di university of Cambridge seperti Trinity College.
Yang paling best kali ini ialah kerana bercuti bersama cucu cucu. Peluang sebegini yang terlalu mahal sebenarnya.
Selepas river punting kami ke kereta untuk menuju ke York. Kami singgah makan di food court. Makan simple jer kerana susah mendapat makanan halal di sini. Kemudian terus bertolak ke York.
Tempat penginapan kami betul betul di tengah bandar kerana di York, tiada kenderaan dibenarkan masuk antara pukul 9.00 sehingga 5 petang. Untuk ke mana mana di sini, hanya berjalan kaki atau naik kenderaan awam. Lagi bandar York ni tak besar. Semua boleh pusing dengan berjalan kaki sahaja.
Tempat penginapan memang nampak buruk dari luar tapi deko di dalam sangat cantik. Sehingga Ammar pun bertanya kenapa rumah di sini tak cantik dari luar.
Hari pertama sampai pun dah lewat. Tak larat nak keluar. Lagi lagi dalam cuaca sejuk giler ni. Makan malam dengan makanan yang kami bawa dari rumah sahaja. Sarapan pun sama di sini agak susah untuk mencari makanan halal.
Sehingga di sini dahulu, semoga kita bertemu di entri seterusnya. Salam sayang buat semua.....


















Catat Ulasan for "Aktiviti Cambridge River Punting 29 March 2026"
Add your comment