Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jamuan Raya Lagi Di London 28 Mac 2026


Alhamdulillah kita bersua lagi. Hari ini iaitu pada hari minggu pertama Raya Aidil Fitri 2026 di London, Nana menjemput kawan beliau Dr Ashraf dan keluarga dari Manchester untuk datang beraya. Kali ini kami menjemput juga kawan Nana, Dr Angela dari Moorfield Hospital untuk datang sekali. Boleh klik jamuan raya pertama kami di SINI.


Tidak lupa juga menjemput Dilla dan keluarga untuk datang beraya. Tapi atas sebab tertentunya, hanya Dilla dan Bondanya sahaja yang dapat datang. 



Dr Ashraf dan keluarga datang sebelah petang dan duduk sehingga ke malam. Anak anak yang paling seronok, lagi lagi Aliya dan Ammar mendapat toys dari Uncle Ashraf. 




Oleh kerana nak menjemput Ain dan Azmir serta anak anak, Nana mencadangkan untuk saya memasak laksam kerana anak Ain, Dina sangat suka laksam dan meminta dibelikan laksam ketika kami bertemu di Hyde Park. Tapi sayang pula, Ain tak dapat datang. 



Selain laksam, menu utama kami ialah nasi dagang dengan lauk gulai ikan tongkol dan acar timun. Alhamdulillah kerana saya sendiri pun dah sangat rindu nak makan nasi dagang. Alhamdulillah dapat jumpa ikan tongkol, jadi memang sedaplah dimakan dengan nasi dagang. 






Tidak lupa adalah kuah kacang dengan daging yang merupakan makanan kegemaran Nana dan cucu cucu saya.





Untuk pencuci mulut pula, saya sediakan puding Koktail. Yang ini memang favourite saya, saya boleh makan berulang ulang sehingga habis.


Haa inilah hidangan kami untuk tetamu raya kami di London pada Aidil Fitri March 2026. 







Tetamu akhir kami ialah Ain dan keluarga yang juga dari Kota Damansara. Kiranya kami berjiran di Malaysia. Alhamdulillah dia pun free dan boleh datang. Santai santai jer, bersembang sampai ke malam. 



Alhamdulillah saya gembira kerana diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan hajat anak menantu untuk menjamu rakan rakan mereka di London. 


Catat Ulasan for "Jamuan Raya Lagi Di London 28 Mac 2026"