Jamuan Raya Di London 21 Mac 2026
Assalamualaikum semua. Kali ini saya ingin kongsikan berkenaan jamuan raya kami untuk kawan kawan di London. Boleh klik entri kami menyambut hari raya di London di SINI. Pada mulanya tidak bercadang pun untuk membuat jamuan raya. Hanya sekadar untuk menjemput Azim datang makan di rumah. Oleh kerana sehingga habis Ramadhan, Azim tak free, jadi kami menjemput untuk beliau datang beraya. Azim ni selalu support business kami. Kebetulan emaknya adalah juga sahabat facebook saya.
Setiap kali kami open order untuk laksam atau laksa utara, Azim pasti akan order dan berjumpa dengan Nana di underground train station di Canada Water. Oleh kerana kami pun tak lama lagi dah nak balik Malaysia for good, kami rasa elok lah jemput Azim datang ke rumah. Kebetulan adiknya Afif ada sekali masa raya di Hyde Park, jadi kami jemputlah sekali.
Bila dah memasak banyak banyak, Nana mencadangkan untuk menjemput Ain dan keluarga yang juga dari Kota Damansara. Kiranya kami berjiran di Malaysia. Alhamdulillah dia pun free dan boleh datang. Santai santai jer, bersembang sampai ke malam.
Aliya dan Ammar yang paling seronok bila ada kawan untuk bermain. Maklumlah di sini, berdua ni jer teman bermain dan teman bergaduh.
Saya menyediakan juga Pajeri Nenas Kelantan untuk dimakan dengan nasi mentega dan ayam masak merah yang dimasak oleh Nana.
Saya pertama kali nampak broiler chicken dan bila di google dikatakan ayam muda yang diternak untuk daging. Rupanya, ia bukan pun ayam muda. Saya minta Nana belikan untuk saya masak. Saya tak tahu pula Nana guna untuk masak ayam masak merah. Jadi isinya agak keras. Memang ayam yang macam daging ayam pencen ini jenis yang kena masak lama dan masakan berkuah.
Saya juga memasak 2 kilo rendang Minang untuk dibawa ke Potluck raya Hyde Park dan juga untuk dimakan makan di rumah. Jadi rendang ini juga dihidangkan bersama dengan pulut kuning.
Selain itu, saya menyediakan juga kuah kacang berdaging yang merupakan makanan favourite Nana. Satu periuk besar saya sediakan untuk dibawa ke Potluck Raya Hyde Park juga. Seperti biasa, ianya dihidangkan dengan nasi impit. Tak perlu lain lagi kerana daging dah ada di dalamnya.
Akhir sekali, saya sediakan juga lontong menggunakan resipi signature Azie Kitchen yang telah berpuluh puluh tahun saya guna dan masih kekal dengannya. Untuk dimakan dengan lontong, saya sediakan sambal ikan bilis dan telur rebus.
Sejak di London kami tak pernah lagi mengadakan jamuan kerana memikirkan rumah yang sempit. Ada sekali jemput kawan kawan Nana datang makan malam dan kawan Alain datang berbuka puasa. Kalau datang dalam group yang kecil, ok lah. Tapi kena masa secara berperingkat peringkat.
OK sehingga di sini dahulu, nantikan entri jamuan raya kedua di entri seterusnya. Salam sayang buat semua.....















Catat Ulasan for "Jamuan Raya Di London 21 Mac 2026 "
Add your comment