Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kenangan Menyambut Raya 2026 Di London



Alhamdulillah syukur kerana telah berjaya melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Dan kami juga berjaya berpuasa selama 30 hari di mana puasa pertama kami adalah di Mekah pada 18 Februari 2026. Hari Raya di London ditetapkan mengikut kerajaan Saudi iaitu pada hari Jumaat, 20 Mac 2026. 

Sebelum tu, ada ura ura puasa jatuh pada hari Khamis. Kalau hari Khamis, ada yang tak cukup 29 hari puasa, kenalah qadha puasa. Ini terpakai untuk kes mereka yang mula berpuasa di Malaysia dan berhari raya di London. 

Juadah kami untuk hari raya ialah kuah kacang daging istimewa dengan nasi impit dan rendang Minang. Saya memasak 2 juadah ini sahaja kerana kami akan berhari raya di Potluck Raya di Hyde Park di mana masing masing akan membawa juadah untuk dinikmati. 

Selepas Alain dan Ammar balik dari solat raya, kami bergambar raya sebelum keluar untuk ke sana. Kami juga membuat video call untuk famili di Malaysia. 



Kami mengambil train dari Bermondsey Underground station ke Bond Street station sebelum menukar line ke Queensway station. 


Sebaik tiba di sana, dapat dilihat ramai orang Malaysia yang berhari raya dengan berpakaian baju Melayu dan baju kurung di sana samada berjalan jalan atau berkelah dengan membawa makanan bersama keluarga. Ada juga group pelajar yang juga berkumpul di sebelah kami. Dikatakan pelajar tajaan MARA.

Masing masing mengeluarkan juadah dan dihidangkan di satu tempat. Alhamdulillah bila dikumpulkan, terdapat berbagai juadah. Ada kuah kacang dan nasi impit, nasi lemak, lontong, mee hoon goreng, pulut kuning dan banyak lagi. 






Saya makan apa sahaja makanan yang Nana ambil kerana orang ramai. Saya makan mee hoon goreng dan satey. Lagi pun saya dah makan nasi impit dan kuah kacang serta rendang di rumah. Nasib baik Farah dan Dr Syazwan ada bawa kerusi dan meja, haa saya pulak yang duduk. Mereka dah biasa bercuti, siap dibawa tisu basah. Lagi pun mudah kerana mereka ada kereta. 








Oleh kerana hari Jumaat di mana kaum lelaki akan bergerak untuk solat Jumaat, jadi diadakan salam raya oleh pihak lelaki dahulu. 



Kemudian baru lah kaum wanita dan diikuti dengan anak anak. Masa ni kaum lelaki dah bergerak menunaikan solat Jumaat yang diadakan dalam 2 batch di Malaysia Hall. 




Selesai makan makan, kami bersembang sesama sendiri dan berkenalan dengan yang baru bertemu. Saya perhatikan ramai yang hadir selain orang bujang, juga adalah pasangan muda muda dengan anak anak pun masih kecil. 






Akhir sekali, diadakan group photo dan video. Cuaca cantik menjadikan gambar gambar yang diambil juga sangat cantik. 



Alhamdulillah pengalaman pertama buat saya melihat bagaimana hari raya disambut oleh warga Malaysia di luar negara. Secara jujur, ramai yang pandai memasak bila berada di luar negara. Balik dari sana, kami terus ke rumah Dilla di Stratford untuk beraya.  Seperti biasa, di rumah Dilla kami akan berjumpa ramai warga Malaysia yang datang beraya. Dilla suka menjamu rakan rakan. 







Catat Ulasan for "Kenangan Menyambut Raya 2026 Di London"