Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

London Februari 2023 - Cambridge


Alhamdulillah saya menyambung lagi percutian London kami Februari 2023. Sebelum itu, selamat berpuasa semua follower saya yang beragama Islam. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Menu sarapan pagi kami hari ini ialah mee hoon goreng dan sandwich. Seperti biasa, kuali di sini bersaiz sederhana, jadi dimasak 2 kuali. Satu mee hoon yang dimasak Datin Setia Nursinah dan satu lagi yang saya masak bersama Dr Hamidah. 

Selepas makan, kami bersiap siap untuk ke destinasi hari ini iaitu ke Cambridge. Perjalanan ke Cambridge mengambil masa lebih dari 1 jam. Saya memang sukakan perjalanan itu sendiri, bukan destinasi. Bukan sahaja di luar negara tetapi juga dalam negara. 


Saya suka melihat pemandangan kiri dan kanan sepanjang perjalanan. Cuma yang tidak menarik ialah sepanjang perjalanan ke Cambridge, tiada kemudahan tandas samada di stesyen minyak atau tempat rehat. Walaupun cuaca sejuk, kami paksa diri untuk minum banyak air. Hmm bayangkan terpaksa menahan diri dari ke bilik air. 

Perkara pertama yang dicari sebaik tiba di Cambridge ialah bilik air. Kebetulan tempat bilik air tersebut berhampiran dengan tempat punting. Kalau ikut plan, kami akan naik punting boat di Kent, Canterbury esok. Tapi sebab dah ada di sini, kami setuju untuk naik punting di Cambridge. Lagi pula parking agak jauh dan susah.

Kami mengambil 2 boat di mana setiap satu boat boleh memuatkan sehingga 8 orang dengan seorang tour guide. Bayaran untuk adalah £30 seorang. Kita akan dibawa sepanjang sungai yang melintasi 7 kolej terkemuka di University of Cambridge. 




Boat kayu ini disediakan juga dengan blanket dan payung. Ianya bagi memastikan keselesaan jika cuaca terlalu sejuk atau hari hujan. Naik punting dalam cuaca sejuk memang lah best. Cuba kalau kat tempat kita yang panas, memang tidak ler saya nak naik. 

Pemandangan di sepanjang punting tours ini memang cantik dengan jambatan, dengan pokok pokok lama yang dah togel dan air yang sangat tenang.
 



Dari tempat punting boat, kami bertolak ke Central Mosque untuk solat. Kemudahan parking ada disediakan di bawah masjid. Sangat cantik masjid ini. Banyak penggunaan kayu termasuklah siling juga dari kayu.


Selepas solat, kami bergambar kenangan di hadapan masjid sebelum berjalan kaki mencari restoran untuk makan tengahari. Kami singgah di restoran arab. Seperti biasa, hidangan mereka sangat besar, jadi kami order 4 hidangan untuk dikongsikan. 



Selepas makan, kami yang tak larat berjalan ke masjid hanya menunggu kereta di restoran sahaja. Kami kemudian beredar untuk mencari kedai kedai yang menjual souvineer tapi tak jumpa. Jadi kami terus balik ke London. OK setakat ini dahulu, nantikan entri seterusnya.....


Catat Ulasan for "London Februari 2023 - Cambridge "