Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Alhamdulillah Rezeki Beribadah Di Mekah Day 1-1


Alhamdulillah kita bersua lagi, kali ini saya ingin menyambung catatan dan aktiviti kami masih di hari pertama kami mengerjakan umrah pada awal Ramadhan pada 16 Februari 2026 yang lalu. Kami telah melakukan umrah wajib selepas solat Subuh, boleh klik entri sebelum ini di SINI.

Sejujurnya sehingga ke hari ini, saya masih teringat ingat kenangan umrah kali ini. Sesuatu yang sangat indah dan sesuai dengan kedatangan kami kali ini. Pertama kerana kedudukan hotel yang sangat dekat dan tidak perlu berjalan jauh untuk ke dataran. Turun sahaja lift, berjalan sedikit di dalam mall, terus keluar depan KFC, dah sampai di dataran masjid. Cucu cucu kami pun relax jer sebab mereka tahu mana kedudukan hotel kami. Mereka siap bermain dan berlari lari di dataran masjid. 

Kedua, banyak kebebasan kerana kami mengambil private package. Package kami adalah tanpa makan, kecuali sarapan. Jadi bila rasa nak makan atau minum apa apa, keluar jer di restoran berdekatan. Rasa letih, kami tak keluar makan. Dalam bilik kami sentiasa ada bermacam macam makanan. OK kita sambung catatan untuk seterusnya di hari pertama di Mekah.

Selepas selesai umrah pagi tadi, kami balik berehat di bilik dan saya mengerjakan solat Zohor dan Asar di bilik sahaja. Pertama, kerana kaki dan betis saya kekejangan dan saya sangat letih. Kedua, kerana saya perlu menjaga Aliya dan Ammar juga. Nana dan Alain keluar untuk mencari barang barang dan juga beli makanan untuk makan tengahari. 

Sebelum azan Maghrib, saya turun untuk menunaikan solat di dataran masjid tapi tak dapat masuk ke ruang solat, kerana semua ditutup walaupun nampak ada banyak kekosongan. Akhirnya, saya terpaksa masuk ke masjid gate 85, pun tak dapat masuk ke dalam masjid di tingkat bawah kerana ditutup. Sebaliknya diarahkan untuk semua jemaah naik escalator terus ke roof top. 

Selesai solat Maghrib, saya menunggu sehingga selesai solat Isyak. Ketika di situ, terjumpa dengan Puan Hasjun dan anaknya solat di bahagian ruang solat hadapan. 



Solat di roof top ini berangin, jadi tak lah rasa panas sangat. Memang cantik kerana dapat melihat pemandangan bangunan sekeliling. Rasanya ini kali kedua, saya solat di ruang solat atas ni. Kali pertama, pada malam 27 Ramadhan, beberapa tahun yang lalu.  


Selesai bergambar, saya balik ke hotel dan tunggu Nana di depan KFC, Makkah Tower untuk keluar semula ikut Nana ke Safwa Tower. Saya tak bawa banyak baju, jadi hajat nak mencari sehelai jubah dan juga beli sejadah untuk kegunaan semasa di sini. 



Orang sangat ramai di dataran masjid dan juga untuk masuk ke Safwa Tower. Mungkin selepas selesai solat, masing masing nak balik ke tempat penginapan. Bersesak sesak macam nak masuk ke masjid dah juga. Kami terus pergi ke kedai yang Nana beli jubah saya dah keletihan, jadi main agak agak jer saiz. Tak cuba pun. Dah beli, tertinggal pulak sebab ingatkan Nana ambil. 

Kami singgah minum air jus yang sangat fresh dan manis. Di sini semua jus sangat sedap. Dapat merasa pelbagai jenis jus kerana minum jus Ammar dan Aliya. Teringat jus masa di Egypt dulu, sama lah dengan jus di sini.



Balik kami singgah di dalam Makkah Tower Mall sekadar melihat apa kedai yang ada di situ. Tak lama pun, saya kemudian balik ke bilik untuk berehat. Di bilik saya sambung makan kunafa yang dibeli di Rhomansiah. Sedap dan puas dapat makan di sini. Kalau di London, bukan sahaja harga mahal tapi juga saiz pun kecil. 

OK sehingga kita bertemu lagi di entri akan datang. Salam sayang buat semua…


Catat Ulasan for "Alhamdulillah Rezeki Beribadah Di Mekah Day 1-1"