Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kenangan Umrah Terindah 15 Februari 2026 Day 1



Saya menganggap ibadah umrah saya kali ini adalah rezeki Allah yang tidak disangka sangka yang didatangkan melalui anak saya, Nana dan menantu saya, Alain. Pertama kerana ianya dibiayai sepenuh oleh anak menantu di saat saya tidak menyangka akan menjejakkan kaki ke sini. Lagi lagi di saat saya berada pada titik terendah dalam hidup saya.

Kedua, saya tak menyangka akan berada di bumi Mekah dan Madinah setelah kali terakhir berpuasa di sini tahun 2018. Memang saya tak diberitahu perancangan ini. Nana pun rasanya tidak merancang dari awal. Jadi semasa balik ke Malaysia pada penghujung Disember 2025, saya sempat lah membawa pakaian dan barang keperluan umrah untuk dibawa. 

Menjadi bonus, adalah kerana impian saya untuk menunaikan umrah bersama sama cucu cucu saya, Ammar dan Aliya tercapai. Setiap kali ke sana, bila melihat anak anak kecil di dalam masjidil haram dan masjid Nabawi, saya membayangkan betapa seronoknya jika satu hari, saya dapat bersama sama dengan anak dan cucu saya di sini. Alhamdulillah, Allah telah makbulkan impian saya.

Saya sangat bersyukur dengan anugerah ini. Aliya pun bila melihat gambar atau video Mekah, akan menyebut Aliya and Ibu and Tok Mama went for umrah. Jadi saya menulis catatan ini agar satu hari Aliya dapat membacanya semula. 

Semoga Allah memberikan rezeki yang murah dan barakah kepada semua anak anak saya. Secara jujur, mereka sangat bermurah dan tidak berkira untuk melimpahkan wang ringgit untuk saya. Memberikan wang belanja, membelikan pakaian saya, telekung saya dan macam macam lagi. Bukan kerana mereka banyak duit berlebihan tapi kerana mereka tahu keberkatan rezeki Allah. Ya Allah, jemput lah kami lagi untuk menjadi tetamu Mu di Tanah Suci yang Mulia. Aamiin.

Atas kerana itu lah, maka saya ingin mengabadikan kenangan mengerjakan umrah pada 15-21 Februari 2026 sebagai rujukan anak anak cucu di masa hadapan. Kami bertolak dari rumah di Lucey Way pada pukul 8.00 pagi. Kami naik grab ke Stanstead Airport. Ini adalah kali pertama saya menggunakan airport ini. Kami terpaksa datang awal kerana bila ada kanak kanak, kena check in di kaunter. Tidak boleh dibuat check in secara online. Kami kena menunggu sehingga kaunter dibuka.



Selepas pemeriksaan keselamatan, kami solat di prayer room pukul 12.30 tengahari. Selepas pintu pelepasan diumumkan, kami kemudian naik train untuk ke gate 7. Ini juga kali pertama saya naik penerbangan Pegasus Airlines.




Kapal terbang agak lewat berlepas dari 1.33 ke 2.02. Masa tu berdebar juga kerana transit di Istanbul hanya 1 jam. Bila tiba di airport Istanbul Sabiha International Turki, memang rushing, dah lah pemeriksaan keselamatan di connecting pun slow. Kami terpaksa berlari ke gate kerana panggilan akhir telah dibuat. Aduhaai tiba tiba terpaksa berlari ala ala marathon pulak. Oleh kerana tak sempat nak tukar pakaian ihram masa transit, Alain dan Ammar menukar pakaian ihram masa dalam flight. 






Flight tiba di Jeddah pukul 2.02 pagi. Pemandu teksi kami telah menunggu di airport dan kami terus dibawa ke Mekah Hotel & Tower. Selesai urusan check in, dah pukul 3 pagi lebih. Kami mengemas barang barang dan turun untuk menunaikan solat Subuh di dataran masjid. 



Selepas selesai solat subuh, kami bertemu muttawif di tempat yang dijanjikan dan kami berjalan masuk melalui Gate 79 untuk melakukan tawaf umrah. Kami singgah minum air zam zam dahulu dan bahagia melihat anak cucu pertama kali minum air zam zam di dalam Masjidil Haram. 

Muttawif memimpin tangan Ammar dan Aliya pula didokong oleh Alain sepanjang tawaf. Setelah selesai tawaf, kami menunaikan solat sunat tawaf dan berdoa. Kami kemudian bergambar sebagai kenang kenangan.








Kami kena berjalan jauh untuk ke tempat saei, kena berjalan 2 hala sebelum dapat mulakan saie di Bukit Safa. Ini adalah kerana tempat Saei bahagian bawah ditutup kerana ada kerja kerja pembaikan. 

Aduhaai. Semasa melakukan saei, tumit saya rasa sakit, saya pakai selipar yang saya baru beli. Silap juga sebab masa beli selipar tu, tak ambil kira stokin tebal dan stokin tawaf yang akan dipakai. Jadi bila pakai, selipar jadi tak muat. 

Bila tak muat, jadi sakit betis kerana berjalan menggunakan selipar yang kecil. Lepas tu memang berjalan terjengkek jengkek nak habiskan baki saei. Ammar dan Aliya pulak yang tak tahu penat. Siap berlari lari meninggalkan kami. Setelah selesai Saei, kena berjalan menghampiri bukit Safa untuk pintu keluar dari masjid. Kami singgah bergambar lagi di sini.


 

Selepas keluar dari masjidil haram, kami bergambar dengan berlatarbelakangkan masjidil haram dan bangunan hotel sekitar sebagai kenangan selesai mengerjakan umrah pertama. Selesai semua dalam pukul 8.00 pagi. 




Kami kemudian terus berjalan balik ke bilik. Kami terus singgah sarapan di tingkat 6. Bila dah keletihan, makan ala kadar sahaja. Lagi lagi saya yang dah sakit kaki dan betis dah mula kekejangan. 


Di bilik pula, saya tak dapat tidur kerana kaki sakit dan kekejangan. Terpaksalah ambil pain killer sebelum akhirnya dapat meleapkan mata. 

Saya mengerjakan solat zohor dan Asar di bilik sahaja kerana Nana dan Alain keluar. Nana balik membawa nasi mandy Rhomansiah. Sedap lah pula dengan lauk kambing yang banyak. Setakat ini dahulu, saya akan sambung catatan hari pertama ini di entri seterusnya.

Catat Ulasan for "Kenangan Umrah Terindah 15 Februari 2026 Day 1"