Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sehingga Bertemu Lagi Istanbul Day 8

 


Alhamdulillah, kita bersua lagi. Tibalah saat menyedihkan bila percutian berakhir. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Saat membuat packing adalah saat yang sedih dalam sesebuah percutian. Ia menandakan saat untuk kembali pada rutin harian. Bermakna masa bersama sama sekeluarga akan terhad. Nana akan kembali bekerja dan Ammar dan Aliya akan kembali ke sekolah. Hubby juga akan kembali ke Malaysia.

Teringat masa kerja dulu, lagi sedih sebab memikirkan keesokannnya kena masuk pejabat. Maklum sejak tamat pengajian saya terus bekerja. Saya tidak pernah dapat merasa lepak lepak apa lagi tidur di siang hari. Jadi saat percutian adalah saat mahal harganya. 


Nilai sehari cuti adalah tinggi. Nak tidur siang hari, masa cuti pun rasa sayang. Cuti sebanyak 35 hari akan digunakan dengan sebaiknya. 


Kami mengemas apartment sebelum keluar bagi memastikan dapur dan bilik air semua kemas. Kami bertolak ke airport pukul 10.00 pagi. Seriously nak meninggalkan bandar Istanbul terasa sedih. Memang seronok bercuti bersama kawan kawan tapi bercuti bersama anak menantu dan cucu cucu lain pula perasaan dan kegembiraannya. 




Hampir seminggu bersama Mikail, sedih juga bila mengucapkan selamat tinggal pada dia. Orangnya sangat baik dan dia pun macam sedih melihat saya macam frust kerana tak jumpa apa yang saya cari sebelum meninggalkan bumi Turki. 


Perjalanan ke airport mengambil masa hampir 1 jam juga dan proses pemeriksaan keselamatan dan passport memakan masa yang lama. Memang elok kita datang awal. Selepas selesai semua, kami terus berjalan ke gate B7 yang agak jauh. 

Kami singgah makan dan solat di surau berhampiran gate. Tak sempat nak duduk rehat pun, terus masuk. Pendek kata kami bertolak pukul 10.00 pagi untuk flight pukul 2.15 petang adalah ngam ngam sahaja. 


Kami landed di London Gatwick Airport pukul 3.20 petang waktu tempatan. Selepas selesai semua urusan, keluar untuk mengambil grab, hari pun dah gelap gelita walaupun baru pukul 5.00 petang. Memang depressing bila melihat suasana gelap seperti ini. Lagi lagi hari hujan. 

Akhir sekali terima kasih Nana dan Alain kerana membawa Mama dan Papa bercuti ke Turki. Semoga kakak sentiasa dimurahkan rezeki dan boleh membuat banyak kebaikan dunia dan akhirat. Tolong sama sama aamin kan ya. Aamiin. 

Sehingga di sini, terima kasih kepada semua yang telah membaca catatan perjalanan saya ke Turki kali ini. Insya Allah saya akan kongsikan lagi percutian musim sejuk kami ke Scotland pula. Boleh klik entri hari pertama percutian Turki di SINI.


Catat Ulasan for "Sehingga Bertemu Lagi Istanbul Day 8"