Istanbul Aku Datang Day 1
Alhamdulillah saya sangat sangat bersyukur kerana diberikan rezeki untuk bercuti ke Turki. Kalau tidak kerana anak saya, Nana pastinya saya tidak akan sampai ke sana. Sejak saya di UK, semua percutian saya dibiayai oleh Nana. Malahan percutian saya ke Morocco dan Spain dulu juga dibiayai oleh Nana.
Semoga Allah memberikan rezeki yang murah dan barakah pada Nana kerana tidak kedekut berbelanja untuk kami dan juga keluarga. Sebelum ke UK, Nana telah memasang sistem solar di rumah kami untuk mengurangkan perbelanjaan bil TNB.
Nana memang dah lama nak ke Turki, sejak dia masih belajar di Egypt. Tapi disebabkan keadaan cuaca ketika itu, pihak MARA tidak membenarkan pelajar bercuti ke Turki. Jadi Nana bercuti ke negara negara di Eropah.
Turki memang terkenal di kalangan pelancung Malaysia tetapi entah kenapa saya tidak pernah terfikir untuk bercuti di Turki. Malahan banyak pakej umrah yang disekalikan dengan percutian ke Turki. Pun saya tidak berminat sehingga lah saya menonton filem Istanbul Aku Datang dan Manisnya Cinta Di Cappadocia lakunan Fazura dan Lisa Surihani.
Kami bertolak ke Istanbul pada pagi hari Jumaat 24 Oktober 2025, beberapa hari selepas kami kembali dari bercuti di Itali dan Switzerland. Saya bangun awal pagi untuk memasak nasi goreng kerana terdapat banyak lebihan nasi putih dari makan malam. Pukul 5.00 pagi, kami ambil 2 buah grab dari Lucey Way ke Gatwick Airport dengan perjalanan memakan masa selama 1 jam.
Sebaik sampai, kami terus ke South Terminal dan menunggu Nana sampai. Kami kemudian drop luggage menggunakan Self check in machine. Memang sangat mudah dan cepat berbanding dengan mereka yang beratur panjang untuk drop luggage di kaunter.
Selepas selesai, kami naik ke tingkat departure dan mengerjakan solat Subuh di prayer room. Bagusnya di sini, ada tempat untuk mengambil wudhu. Tapi saya dah berwudhu dari rumah lagi.
Kami kemudian berjalan masuk pemeriksaan boarding pass dan keselamatan dan singgah minum di Pret. Saya makan sandwich sahaja kerana masih kenyang selepas makan nasi goreng.
Pukul 8.10 baru departure gate dimaklumkan tapi bila check di screen, gate akan ditutup pukup 8.40 pagi. Masih ada 10 minit dan kami rushing ke departure gate yang terletak agak jauh juga. Queue ketika pula sangat panjang dan kami kemudian ke priority lane.
Dari situ, kami kena turun sebelum naik shutte bas untuk ke kapalterbang. Aliya dah tanya kenapa naik bas sebab dia nak naik kapalterbang. Kenalah explain kat dia. Hahaha dia dah excited nak gi holiday. Ini adalah kali pertama, saya naik flight Turkish Airline dan dari Gatwick Airport.
Penerbangan pukul 9.10 pagi dan memakan masa selama 3 jam 10 minit. Kami tiba di Istanbul pukul 12.50 pm (2.50 pm waktu Turkiye).
Aduhai besar sungguh airport ini. Serious penat berjalan untuk ke tempat mengambil bag. Kami kemudian ke tempat kereta di mana kami diambil oleh Mikail, local driver kami yang akan membawa kami sepanjang percutian di Turkiye.
Kami terus di bawa ke Hotel Florina untuk check in. Kiranya kami di Istanbul ini hanya lah persinggahan. Kami akan ke sini lagi di akhir percutian. Sehingga di sini dahulu, jangan lupa nantikan sambungannya di entri akan datang. Salam sayang buat semua.....










Catat Ulasan for "Istanbul Aku Datang Day 1"
Add your comment