Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Istanbul Sunset Cruise Day 7-1

 


Alhamdulillah kita bersua lagi. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Selepas selesai bershopping di Spice Bazar kami dibawa ke tempat untuk naik sunset cruise. Cruise kami dari pukul 4.30 sehingga 6.30 petang. 

Sebaik sampai, kami mencari cruise kami, tapi tak kelihatan. Biasalah di sini, kalau nak bertanya susah kerana masalah bahasa. Mungkin english kami yang mereka tak faham. Hahaha. Akhirnya ternampak poster di mana cruise kami akan berlabuh. Rupanya cruise belum lagi balik ke sini. Kami beratur untuk menunggu. 

Lebih 30 minit juga baru cruise tiba dan setelah semua penumpang turun, barulah kami naik. Di dalam cruise ini, telah ditetapkan meja masing masing. Macam kami mengambil pakej dengan makan malam sekali. Ada 2 meja yang mengambil pakej dengan makanan. Yang lain, nampak mereka cuma mendapat minuman. 


Masuk jer Aliya meragam teruk kerana nak bermain dengan sunglasses saya. Silap saya juga kerana letak jer di atas meja. Lama juga lah dia menangis sehingga orang keliling yang ingin mengambil video pun memandang semacam jer. Dipujuk pun tak jalan. Diberi shades lain pun dia tak nak sehingga akhirnya dia diam sendiri. Nak bagi pun risau juga. Maklumlah kalau rosak, nak beli baru pun dah tak ada duit. Dah diam, barulah dia nak makan.





Serious makanan yang dihidangkan semua sedap sedap dari appetiser sehingga ke dessert sehingga buah yang dihidangkan pun sedap dan sangat manis. Untuk main menu, ada pilihan samada mahu ikan, ayam atau lamb. Saya memilih grilled fist and sangat sangat sedap tau. 



Hidangan makan selesai apabila cruise hampir berlabuh. Jadi kena makan cepat cepat juga kerana mereka akan clearkan meja sebelum menghampiri pelabuhan. Minuman di sini free flow ada air kosong, ada air oren dan juga teh/kopi panas. 

Namapun sunset cruise, jadi pemandangan ketika matahari hampir terbenam, memang sangat cantik. Dengan ada pula reflection di permukaan laut.

Kami turun ke bawah di belakang kapal untuk bergambar, memang cantik dengan cuaca yang telah senja. Apa apa kenangan di atas sunset cruise ini adalah suatu yang sangat indah dalam hidup saya. Terima kasih kepada anakanda saya telah membayar pakej yang terbaik untuk percutian pertama kami ke Itali ini.




Sehingga di sini dulu, nantikan entri seterusnya. Salam sayang buat semua…..


Catat Ulasan for "Istanbul Sunset Cruise Day 7-1"