Jalan Jalan Istanbul Day 7
Asslamualaikum semua. Hari ini kita bersua lagi. Kali masih lagi aktiviti jalan jalan di Istanbul. Pagi pagi hari terakhir di Istanbul, Nana dan Alain keluar untuk ke kedai Prens Leather ingin melihat jacket yang akan dibawa ke situ kerana jacket yang dicuba sebelum ini agak besar sedikit saiznya.
Mereka pergi dengan berjalan kaki sahaja kerana kawasan laluan tram tidak boleh dilalui oleh kereta. Kalau naik kereta pun, kereta akan di parking jauh dan kita masih kena berjalan. Kalau ikutkan, saya pun nak juga pergi ke kedai tersebut lagi. Tapi sebab nak cepat, saya memutuskan untuk tidak ikut. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Selepas mereka balik, barulah Mikail datang mengambil kami untuk berjalan jalan ke Turki bahagian Asia pula. Destinasi pertama ialah Galata Tower. Tapi dari jauh nampak orang sangat ramai. Jadi kami memutuskan untuk bergambar dari luar sahaja. Lagi pulak, kami tidak menpunyai banyak masa hari ini dan tempat yang ingin dikunjungi pula banyak.
Tidak lama pun di sini, kami kemudian ke Taksim Square tapi ditutup pula. Macam ada kerja kerja pembaikan. Siap berpagar dengan papan tanda polis pula. Jadi kami bergambar dari jauh sahaja. Di sini pun sekejap jer.
Kami kemudian pergi ke tempat untuk makan balik durum atau fish wrap. Kalau ke Istanbul, ini adalah salah satu dari makanan yang harus kita cuba. Ala ala kebab tapi tidak menggunakan ayam atau daging sebaliknya menggunakan isi ikan segar yang dipanggang.
Sedap sungguh rasanya dengan siap ada biji biji delima lagi. Cuma bila makan kena hati hati sebab ada juga tulang walaupun dah dibuang selepas ianya dipanggang. Saya jumpa 2 tulang. Tapi rasanya yang lain tak ada tulang kot sebab tak ada pula mereka memberitahunya. Rasanya mereka menggunakan ikan mackerel yang berlemak dan sedap serta tak ada rasa atau bau hanyir langsung. Chef ini dikatakan berniaga dari beliau berusia belasan tahun lagi. Boleh dibaca di poster yang ditampal di gerai mereka.
Selepas makan kami terus ke Gulluoglu untuk makan baklava. Tak sempat pun nak melihat lihat barang barang yang dijual di kedai kedai di situ. Nana order baklava dan beberapa jenis kuih lagi. Sedap sangat Turkish delight di sini, semua manis lah.
Selepas makan, kami naik ke bilik air mereka di tingkat atas dan mengambil wudhu supaya senang untuk terus solat di masjid depan Spice Bazar.
Mikail menurunkan kami untuk berjalan ke Spice Bazar. Kami singgah di masjid dulu yang terletak di hadapan Spice Bazar untuk solat. Meriah masjid ini mungkin menjadi tempat orang singgah untuk solat selepas atau sebelum shopping. Seperti biasa, masjid di sini semua cantik cantik. Rasa bestnya kalau dapat berbaring kerana kaki pun dah lenguh. Hahaha.
Kami kemudian masuk ke Spice Bazar dan singgah di stall nombor 17. Kebetulan seorang pekerja di situ pernah datang ke Malaysia. Mereka banyak memberi tester untuk dicuba. Bermacam macam dari kuih kuih sehingga ke air saffron. Dia siap menunjukkan gambar Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang singgah di kedai mereka.
Kami keluar dari Spice Bazar dan berjalan menuju ke tempat di mana Mikail akan mengambil kami. Suspen juga melihat jalanraya yang sesak dan kami perlu sampai di sana pada waktu yang ditetapkan. Kami akan menaiki sunset cruise dari 4.30 sehingga 6.30 petang.
Sebaik sampai di sana, kami mencari cruise kami, rupanya cruise kami belum sampai. Kami beratur menunggu cruise tiba. Nantikan entri sunset cruise di entri seterusnya. Sehingga di sini, salam sayang buat semua…..















Salam singah, saya ucapkan alhamdulillah syukur nikmat berjalan-jalan di Istanbul, turki..memang sangat menarik..indah dan ada berbagai-bagai jenis makanan yang tidak ada di Malaysia..rupanya lain negara ada lah kelainan makanan kan..
BalasPadam