Persinggahan Di National Park Tasik Abant Day 2-2
Assalamualaikum saya ingin menyambung catatan percutian kami ke Turki. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Perjalanan memakan masa selama 8 jam. Masa itu, saya membayangkan perjalanan dengan kereta dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
Sebenarnya saya tiada masalah untuk perjalanan jauh kerana saya memang suka melihat pemandangan sepanjang perjalanan. Lagi pula kereta kami naiki memang sangat selesa. Jalan untuk masuk ke Tasik Abant sangat cantik dengan pokok yang berlapis lapis di lereng bukit yang berwarna kuning dan kemerahan. Sangat cantik.
Sebaik tiba di sana, hari mulai hujan renyai renyai, jadi jalan menjadi sedikit becak. Kami berjalan ke beberapa spot untuk mengambil gambar.
Cuaca sangat sejuk lebih lebih lagi bila angin bertiup. Aliya yang sedikit meragam mungkin kerana kepenatan atau tidak cukup tidur. Jadi banyak gambar yang tiada Aliya.
Selepas bergambar di sini, kami meneruskan perjalanan kerana masih ada 2 jam untuk tiba di Cappadocia. Ada ramai orang yang mengambil flight dari Istanbul ke Cappadocia tapi Nana memikirkan kalau saya penat bila terpaksa banyak berjalan kaki di sini. Jadi dengan adanya kereta dan pemandu sekali, kalau ke mana mana di Cappadocia, kami bergerak dengan kereta. Cucu cucu juga tak meragam kerana mereka boleh tidur di dalam kereta sebelum tiba ke sesuatu destinasi.
Kami berhenti solat di tempat RnR di sini. Bagusnya tempat solat di sini, memang ada tempat mengambil wudhu di dalamnya. Dan berdekatan dengan bilik air di luar tempat solat. Memang mudah. Ada juga tempat untuk minum sementara meneruskan perjalanan. Boleh rujuk entri ketibaan kami di Cappadocia di SINI.
Sehingga di sini dahulu, nantikan entri seterusnya di entri akan datang. Salam sayang buat semua....






Catat Ulasan for "Persinggahan Di National Park Tasik Abant Day 2-2"
Add your comment