Sarapan Sebelum Bertolak ke Cappadocia Day 2 - 1
Alhamdulillah saya akan menyambung catatan percutian ke Turki pada hari kedua. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Pagi pagi hari kedua di Istanbul, kami turun bersarapan. Hari ini kami akan bertolak ke Cappadocia.
Oleh kerana ini adalah kali pertama, saya ke Turki, jadi saya ingin menulis bab makanan masa sarapan di sini. Makanan disediakan masa sarapan sangat sedap semuanya. Tapi sayang juga sebab pekerja di situ, langsung tak faham bahasa Inggeris, jadi bila saya bertanya nama nama makanan dihidangkan, mereka tidak dapat menjawab. Mereka hanya menyebut halal halal sahaja.
Seperti biasa, bila bersarapan di hotel, saya akan makan roti bakar, telur scramble dengan butter serta jem. Memang ini favourite saya. Di sini disediakan juga daun dhill yang sedap pula bila dimakan dengan telur.
Sarapan di sini siap ada tiramisu lagi. Saya mulanya tak pasti samada ianya tiramisu. Jadi saya bertanya dengan pekerja di situ. Pun tak faham apa jawapannya. Bila Nana turun, baru saya tahu yang ianya adalah tiramisu. Tiramisu nya sangat sedap. Kalau tekak saya, sedap lagi dari Tiramisu di Itali hari tu. Hahaha.
Ada juga string cheese yang dicarik carik ala ala umbut kelapa. Sedap lah pulak. Tak rasa macam keju biasa. Warna pun putih. Saya sebelum ini tidak lah suka sangat makan cheese. Tapi yang ini saya siap menambah nambah lagi. Malahan masih teringat ingat sehingga sekarang. Sampai di London, saya beli kat supermarket di sini tapi rasanya tetap tak sama dengan string cheese di Turki.
Ada juga pelbagai jeruk tapi tak berapa kena dengan selera. Yang gambar di bawah ini macam nasi yang disumbat dalam cili hijau. Unik juga tapi saya tak mencubanya. Rasa macam tak boleh kena dengan selera untuk pagi pagi. Anak saya selalu pesan, kalau bercuti kena cuba rasa masakan tempatan, jangan hanya cari masakan Malaysia. Hahaha.
Hotel kami ni terletak tidak jauh dari tempat tempat yang biasa dikunjungi seperti Grand Bazar, Spice Bazar. Jalan kaki sahaja. Tapi permukaan jalan di sini memang kena jalan perlahan lahan. Lagi pula banyak kena mendaki cerun itu yang memenatkan.
Selepas sarapan, kami naik ke bilik mengemas bag untuk check out. Selepas turun, baru tahu Nana keluar berjalan jalan di sekitar hotel sementara menunggu Mikail datang pukul 10.00 pagi.
Sementara menunggu Mikail datang, saya dan Hubby juga berjalan di kedai kedai berdekatan hotel. Masuk kedai yang menjual jaket kulit tapi dalam keadaan tergesa gesa, kita tak boleh membeli. Kena tenang, baru dapat buat pilihan yang tepat.
OK sehingga di sini dahulu, nantikan entri perjalanan ke Cappadocia. Salam sayang buat semua....







Catat Ulasan for "Sarapan Sebelum Bertolak ke Cappadocia Day 2 - 1"
Add your comment