Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bertolak Ke Cappadocia Day 2


Alhamdulillah kita bersua lagi. Kali ini saya akan menyambung catatan percutian kami di Turkiye. Kami check out Hotel Florina pukul 10.00 pagi. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.

Destinasi kami hari ini ialah Cappadocia. Saya kalau sebut nama ni, mesti teringat filem Manisnya Cinta Di Cappadocia. Pelakunnya ialah Fazura yang sangat cantik dalam filem ni. 


Saya sementara menunggu Nana balik dari jalan jalan sekitar hotel, kami pergi ke kedai yang menjual jaket leather. Tapi tak beli lah sebab tengah tergesa gesa. Tapi dapat lah anggaran harga.

Saya meminta Mikail mencari kedai Mehmet Effendi seperti yang ada di London. Dia kata tak ada, tapi saya kata kita pergi lah juga kot dia tak faham apa yang saya maksudkan. Kami turun dan berjalan kaki ke Shozy Spice Bazar. 

Rupanya ada kedai dengan nama Mehmet Effendi tapi mereka yang menjual serbuk coffee. Sementara nak pergi ke kereta, melalui kawasan bawah jambatan dan tempat cruise. Sempatlah singgah ambil gambar.


Kami kemudian memulakan perjalanan ke Cappadocia. Tempat yang sangat famous dengan hot air ballon. Terus terbayangkan naik tu tapi saya takut selepas melihat kemalangan pada hot air ballon di negara mana ntah hari tu. Hot air ballon terbakar di udara dan menyebabkan berlakunya kematian. 

Kereta yang kami sewa pun sangat selesa. Ada skrin TV besar untuk Aliya dan Ammar melihat cerita kartun di Neflix. Ada peti ais juga untuk membolehkan kami mendapatkan air minuman yang sejuk. 


Kami singgah di petrol station untuk ke bilik air. Bersih bilik air di sini siap ada plastik membalut tempat duduk. Kemudian ianya boleh diganti untuk kegunaan orang seterusnya. Beli juga Dubai chocolate dan kekacang untuk mengunyah dalam perjalanan. 

Kami meneruskan perjalanan dan singgah makan tengahari di tempat bertulis Lokanta. Tak pasti kalau nama tempat ini atau nama tempat makan. Makanan sini sedap dan boleh kenalah dengan selera orang Melayu. Ianya adalah hentian di mana pemandu bas dan lori singgah. Hahaha Mikail mencari tempat ini selepas kami memberitahu untuk mencari makan tengahari yang sedap

Makanan di sini murah untuk semua baru TL190,000. Roti diberi percuma dan mereka siap belanja teh lagi. Kami mengambil daging, daging kambing, sayuran, sup, kebab dan puding beras  






Dalam perjalanan Mikail membawa kami ke Abant Lake, saya akan kongsikan detail di entri berikutnya. Kami sampai di Cappadocia pukul 11.00 malam dan check di Hotel Mustafa Bey Konagi. 


Selepas menghantar bag ke bilik, kami pergi ke restoran berhadapan hotel untuk makan malam. Nama restoran ini ialah Kuytu Kose. Kami memesan meatball dan kebab. 


Kami memesan meatball, kebap, fries dan roti keju. Sedap sedap semuanya tapi harga pun tidaklah murah. Total untuk makanan yang kami order ialah TL1800.00.




Sehingga bertemu lagi di entri akan datang, salam sayang buat semua...


Catat Ulasan for "Bertolak Ke Cappadocia Day 2"