Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Perjalanan Ke Zermatt Day 5



Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk menyambung catatan percutian kami ke Itali dan Switzerland. Selepas balik dari sana, kami ke Turki pula dan baru balik semalam. Boleh klik entri sebelum ini di SINISelepas sarapan, kami check out Hotel B&B di Milan dan naik bas menuju ke Tasch untuk ke Zermatt. 

Hahaha seperti biasalah sebelum naik bas, mesti nak bergambar dulu sekitar hotel. Lagi lagi pemandangan daun yang menguning sangat lah cantik. Geng kami ni yang best nyer bukan sahaja para isteri suka bergambar tetapi para suami pun semua sporting untuk bergambar.


Dalam perjalanan, kami singgah untuk ke bilik air. Sempat membeli jajan dan minum di situ. Pemandangan di sini sangat cantik, jadi memang rugi kalau tak diabadikan sebagai kenangan. 






Minum minuman panas dalam cuaca sejuk dengan pemandangan cantik ini memang sangat mengasyikkan. Tapi tak boleh lama kerana kami menpunyai beberapa aktiviti yang telah dimasukkan dalam itineri. 

 

Sepanjang perjalanan ke Tasch, kami semua teruja dengan pemandangan yang sangat cantik. Kami minta untuk singgah bergambar. 








Sesampai di Tasch, kami kemudian dibawa ke Restoran Charisma Wallis Pizza and Kebab sebuah restoran halal berhampiran dengan Terminal Tasch. Dekat juga dengan hotel yang kami akan bermalam. Tapi belum boleh check in hotel, jadi sementara kami ke Zermatt, bag ditinggalkan di dalam bas. 

Untuk makan tengahari, kami order fish and chips. Sementara menunggu makanan siap, saya solat dahulu di belakang restoran. Selepas makan, kami berjalan ke Tasch train terminal. Tak sempat ambil gambar masa di restoran kerana nak cepat kerana mahu mengikut jadual train. 




Sesampai di Zermatt, Emmy mencari spot terbaik untuk bergambar berlatarbelakang kan Gunung Matterhon atau dikenali juga sebagai Toblerone Mountain untuk kami yang tak naik. 

Untuk naik ke sana dengan Gornergrat train, perlu membayar kos tambahan RM700 seorang. Jadi saya memutuskan untuk tidak naik kerana kami dah naik masa ke sini March 2019 bersama Nelly dan Juita. 



Kami di bawah hanya bergambar dengan latarbelakang gunung Matterhon sahaja. Nak shopping pun semua mahal. Saya mencari puffer jacket, harga pun dah CHF70-400.00. Kalau di London, dengan harga RM200 dah dapat jaket cantik di Uniqlo. Kesimpulannya memang kos percutian ke Switzerland sangat mahal.  




Selepas bergambar, kami semua berpecah dan masing masing berjalan sendiri. Pemandangan ketika kami datang waktu musim winter, rasanya lebih cantik. Kali ini macam panas dan banyak kerja kerja pembinaan. 

Secara jujur saya rasa Zermatt kali ini sangat membosankan. Tak ada tempat menarik pun untuk bergambar. Sangat berbeza dengan waktu pertama kali ke sini. Bila ada salji memutih, barulah Zermatt menjadi lebih cantik dan banyak tempat menarik untuk bergambar. 







Kami hanya berjalan jalan sambil bergambar untuk menghabiskan masa dan menunggu waktu untuk makan malam sahaja.



Tak larat nak berjalan lagi, kami pergi ke Restoran Golden India yang halal. Semasa di sana, kami minta untuk melihat ceritifcate halal. Kami memesan air teh masala sementara menunggu yang lain datang untuk makan malam. 



Setelah semua sampai, baru makan malam dihidangkan. Menu masakan India. Saya makan sedikit sahaja kerana memang tak suka masakan India. 





Selepas makan, kami berjalan ke train station kerana cuaca pun dah sangat sejuk. Tak tahan berada di luar. Tapi train pula agak lambat, jadi sempat lah bergambar di platfrom sementara menunggu ketibaan train. Malam di sini tersangat sejuk. Masa berjalan kaki dari train station ke hotel, saya dah mula tercungap cungap. Baju yang dipakai pun, tidak cukup tebal. 




Sesampai di hotel Mountime, terus ambil bag yang telah dihantar ke lobi dan naik ke bilik. Selepas mandi, kami terus tidur dan bersiap untuk check out keesokannya. Setakat ini dahulu, nantikan sambungannya di entri akan datang...


Catat Ulasan for "Perjalanan Ke Zermatt Day 5"