City Tour Bandar Milan Day 4-1
Alhamdulillah kita bersua lagi. Kali ini saya akan menyambung catatan perjalanan di bandar Milan. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Selepas menaiki boat di Tasik Como, destinasi seterusnya ialah city tour bandar Milan. Milan adalah salah satu dari 3 bandar fesyen yang terkenal di seluruh dunia.
Kami berjalan untuk bergambar di hadapan istana Castello Sforzesco. Istana Castello Sforzesco (Sforza Castle) adalah antara landmark tersohor Milan. Ianya dibina antara tahun 1300 dan 1400. Ianya juga antara castle yang terbesar di Eropah.
Selepas bergambar di sini, kami ditunjukkan restoran halal. Kami makan tengahari di Istanbul Ayasofya Milan Restaurant. Kami tidak masuk ke restoran mereka tapi makan di dalam khemah yang didirikan di tepi jalan untuk memdapat vibes Milan.
Kami memesan kebab yang portionnya sangat besar. Di sini kalau disebut makan untuk 1 orang, sebenarnya boleh jer makan untuk 2-3 orang.
Kami kemudian city tour, dan bergambar beramai ramai di hadapan Milan cathedral.
Kami kemudian masuk ke Duomo yang memang cantik rekaan silingnya. Semua kedai di sini ialah butik mewah yang menjual pelbagai barangan berjenama.
Oleh kerana tidak bercadang untuk membeli apa apa di Duomo, saya mengajak Hubby untuk makan ais krim Gelato Amorino. Ramai lah pulak orang, menunggu hampir sejam juga.
Kemudian kami berkumpul di depan Cathedral untuk berjalan kaki ke Restoran Palestine Halal Food Pizza and Kebab untuk makan malam. Hidangan kami adalah spaghetti bolognese seberat 300 gram, sekeping pizza dan falafel.
Selepas makan, kami berjalan keluar menunggu bas. Kami begambar dulu kerana bas terlewat dek kesesakan lalulintas.
Kami balik hotel dan berkemas kerana keesokannya akan check out hotel dan menuju ke destinasi seterusnya. Setakat ini dahulu semoga bertemu lagi di entri akan datang untuk sambungannya.








.jpg)







Catat Ulasan for "City Tour Bandar Milan Day 4-1 "
Add your comment