Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Enaknya Makanan Itali Di Venice Island Day 2 - 1

 

Boleh klik entri terakhir percutian saya di Itali dan Switzerland bersama BFF dari 11 sehingga 21 Oktober 2025 di SINI. Untuk entri di Venice Island, boleh klik di SINI. Kali ini saya ingin menulis berkenaan dengan makanan Itali yang kami makan di sini. Banyak lah juga makanan Itali yang kami makan di sini tapi yang ini lebih special dan lebih sedap. 

Saya bukan lah food adventures pun, kalau ke mana mana pun pasti akan cari masakan Melayu atau bawa bahan untuk memasak sendiri. Sehingga Nana berkata apa lah Mama ni, asyik makan masakan Melayu. Kalau bercuti di sesuatu negara, carilah masakan negara berkenaan. Nana masa belajar di Egypt kerap juga bercuti di UK dan Europe. Jadi dia bercerita sebagai student, duit tak banyak bila bercuti mereka akan menyimpan duit untuk membeli makanan sedap di tempat mahal. Antara yang disebut sebut ialah makanan makanan Itali seperti Raviolli. 

Bila disebut Itali, pasti kita akan terbayangkan pasta, pizza dan tiramisu. Jadi ketika bercuti kali ini ke Itali yang merupakan pertama kali buat saya, pastinya makanan Itali ini yang ingin saya rasa. Yang pure dan original Itali. 

Bak kata tour leader kami, pizza Itali di tempat lain yang ada pelbagai bahan sos dan rencah seperti nenas adalah suatu yang telah diubahsuai. Bukan Itali. Di sini, mereka menggunakan bahan sos yang simple menggunakan pure fresh tomato sauce dan keju Parmigiano yang terpaling sedap. Terngiang ngiang tagline seorang influencer Itali yang menyebut keenakan masakan Itali sebagai "No Tommorow". Kalau orang Melayu sebagai sedap namatey gitu. 


Semasa makan tengahari di Venice, kami 5 couple telah singgah makan di sebuah restoran Restorante Rialto berhadapan dengan Rialto Bridge. 



Setelah check dengan mereka akan kandungan bahan dsb, kami masuk dan mula order. Mereka juga menggunakan dapur berbeza untuk makanan halal. Ianya bila kami bertanya kenapa ada makanan yang lambat dihantar, mereka memberitahu perkara ini. 

Kami order 2 pizza Formaggi dan 2 pizza Rialto, 2 set ikan dan saya order juga pasta Raviolli, iaitu Riccota and Spinach Raviolli. Pizza di sini sangat sedap dengan crustnya yang susah nak ditulis macam mana sedapnya. 







Fresh jus di sini juga dihidangkan secara segar tanpa ketulan ais yang kata mereka akan mengubah rasa jus tersebut. 



Seriouslah sayuran dan kentang yang dihidangkan sebagai apptiser pun sedap giler. Sedap kerana sangat fresh. Sekejap jer macam chipsmore, kejap ada kejap tak ada.  


Set ikan ini adalah salah faham kerana kami ingatkan ianya adalah pizza seafood, rupanya datang dalam bentuk ala ikan steam iaitu Sea Bass Fillet with roasted potatoes. Jadi kami cancel 1 dan tinggal 2 set sahaja. Tapi sedap lah ikan ini, rasanya sangat manis. 







Dek teracun sangat dengan kata kata Nana bab keenakan pizza raviolli di Itali, saya order pasta Raviolli. Kami pernah makan pasta Raviolli di London. Walaupun ownernya dari Iraq tapi katanya chef mereka memang dari Itali. Hahaha tujuan kami bertanya kerana untuk memastikan originaliti. Tak mahu lah makan nasi berlauk yang dimasak oleh Chef bukan dari Kelantan, sebagai contoh. 




Pizza di sini walaupun portion dikatakan untuk 1 orang tapi sangat besar. Kalau untuk saiz orang Melayu boleh makan untuk 2-3 orang. Nampak sedikit tapi semua kekenyangan.




Alhamdulillah kerana hajat nak makan masakan Itali di Itali oleh chef Itali akhirnya tercapai. Bill untuk semua kami adalah RM3000. Ingatkan kami nak kongsi bayar tapi rupanya besan kami, Dato Setia Salehuddin bayar dan belanja kami semua. Masya Allah, semoga Allah memberikan pahala yang besar kepada mereka suami isteri yang sangat pemurah bab makan. 





Alhamdulillah dengan ini, berakhirlah catatan percutian saya ke Itali dan Switzerland. Boleh baca entri pertama di SINI. Sehingga kita bersua lagi, terima kasih atas sokongan anda yang tidak putus putus selama ini kepada blog saya. Salam sayang buat semua...



Catat Ulasan for "Enaknya Makanan Itali Di Venice Island Day 2 - 1"