Berakhir Percutian Itali Switzerland 11 hingga 21 Oktober 2025
Assalamualaikum semua, ini adalah entri terakhir catatan percutian Itali dan Switzerland kami pada 11 sehingga 21 Oktober 2025. Pagi hari terakhir di Switzerland, kami check out hotel dan terus menuju ke Rhines Fall, boleh klik di SINI. Hari ini juga kami ke Zurich Old Town di SINI sebelum berangkat ke Zurich Airport.
Saat berkumpul di Zurich Old Town dan menaiki bas menuju ke airport adalah saat menyedihkan sebenarnya kerana ianya adalah yang terakhir kami menaiki bas bersama sama di percutian ini. Sepanjang perjalanan, hati merasa sayu melihat pemandangan sepanjang perjalanan.
Sesampai di airport kami menunaikan solat secara berjemaah di tempat solat yang dipanggil sebagai Chapel. Ianya terbuka untuk semua agama. Kemudian kami menunggu sehingga masuk waktu solat Maghrib dan menunaikan solat jamak Maghrib dan Isyak secara berjemaah.
Selepas solat, tibalah saat menyedihkan bila kami terpaksa berpisah di mana kami akan check in di kaunter lain untuk penerbangan British Airways ke London. Mereka pula check in untuk penerbangan Emirates ke Dubai dan seterusnya Kuala Lumpur. Memang sedih saat ini. Saya menguatkan diri supaya tidak menitiskan airmata.
Selepas pemeriksaan keselamatan, kami menunggu sehingga gate untuk penerbangan diumumkan sebelum turun untuk pemeriksaan imigresen. Mata mengintai ngintai juga kalau mereka dah sampai di sini.
Selepas immigresen, kami mengambil train untuk ke departure hall. Departure gate kami berdekatan sahaja di mana kami di E58 dan mereka pula di E53.
Saya macam tak rela untuk berpisah dengan kawan kawan. Masih mengharapkan untuk bertemu di departure gate. Sambil minum di Pret, hati berharap untuk melihat mereka lagi. Bila nampak jer kelibat mereka tiba di departure gate mereka, terus hati rasa sangat gembira. Walaupun hanya dapat bertemu dengan Dato Wan Nazari dan Tuan Shahrol sahaja, dah cukup membuat kami gembira untuk melambai dan berjalan ke departure gate kami.
Di sini buat pertama kalinya saya melihat kaum Issewel secara berdepan. Melihat para lelaki mereka yang sedang bersembahyang dengan pakaian mereka. Mudah dikenali kerana mereka memakai topi dan rambut yang terjuntai di tepi telinga. Lagi satu kata Nana, muka mereka boleh dibezakan dengan orang Arab atau orang putih, muka mereka lebih nampak kasar dan bengis.
Ketika hendak duduk di kerusi menunggu, ada seorang perempuan yang sedang duduk di kerusi sebelah menoleh kepada saya dan saya seperti biasa ringan mulut menegur bertanya beliau berasal dari mana. Bagai tak percaya mendengar apa yang dijawab sehingga saya mengulang pertanyaan. Ya lah seumur hidup saya tidak pernah berjumpa kaum yang dimurkai Allah dan disebut dalam bacaan Al Fatihah sekurangnya 17 kali setiap hari untuk solat fardhu. Dalam flight pula, dia duduk sebaris dengan saya, memang saya mencuri pandang dia. Rambut blonde dan menpunyai mirip White women tapi agak keras air muka nya.
Kami sampai di Terminal 5 Heathrow Airport pukul 10.30 malam. Kami ambil grab dan terus ke Lucey Way. Alhamdulillah urusan immigresen di airport juga dipermudahkan. Mereka tidak banyak bertanya pun.
Dengan ini, berakhirlah percutian luar negara kami untuk tahun 2025 di Itali dan Switzerland. Seperti biasa sebelum percutian berakhir, kami telah pun berbincang tentang destinasi untuk percutian seterusnya tahun 2026. Sedih bila sesama kami bercakap berkenaan dengan pengakhiran perjalanan luar negara dengan usia kami yang semakin meningkat yang mungkin tidak melaratkan kami untuk melakukan perjalanan yang jauh lagi. Percutian kami sekarang ini pun, lebih kepada santai santai, bukan touch n go ke banyak destinasi.
Sebelum itu, jangan lupa untuk menantikan catatan perjalanan saya dan anak cucu ke Turki pula. Beberapa hari selepas kembali dari Itali dan Switzerland, kami bertolak ke Istanbul. Percutian secara DIY yang dirancang oleh Nana dan Alain.









Catat Ulasan for "Berakhir Percutian Itali Switzerland 11 hingga 21 Oktober 2025"
Add your comment