Kenangan Di Zurich Old Town Day 10-1
Alhamdulillah, kita bersua lagi. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Saya kini telah menghampiri hari akhir percutian Itali dan Switzerland. Selepas dari Rhine falls, kami dibawa ke Zurich Old Town untuk aktiviti free and easy. Hari pula hujan renyai renyai. Kami redahlah juga dengan berjalan dalam hujan secara berkumpulan untuk mencari kedai souvineer.
Saya hanya mengikut jer kerana memang tak ada tempat spesifik nak pergi. Nak berjalan jalan pun hari cuaca mendung, hari hujan.
Setelah kawan kawan selesai membeli souvineer, baru kami mula berjalan sambil mengambil gambar. Pengalaman lucu di sini di mana untuk masuk ke tandas, perlu dimasukkan wang ke dalam machine dan pintu akan dibuka secara automatik. Pintu punyalah berat macam pintu kebal vault pula. Bila dibuka kami menjenguk dari pintu dan terkejut kerana mangkuk tandas nya besar giler. Rasa macam dua kali ganda saiz mangkuk tandas kita yang biasa. Terkejut lah kami melihatnya.
Macam mana nak duduk tu, mahu jatuh ke dalam mangkuk. Tapi bila diturunkan toilet seat, muatlah kita yang kecil ni. Hahaha. Toilet seat pun kecil sahaja. Maknanya kiri kanan, masih ada space lubang mangkuk tandas. Biasa kan toilet seat ngam saiz toilet bowl.
Kami kemudian berjalan untuk mencari restoran halal. Ada burger dan juga pizza. Di sini lah kami berjumpa dengan kawan kawan yang sebelum ini terpisah dengan arah masing masing. Pizza di sini sangat besar walaupun dikatakan untuk seorang tapi boleh dimakan untuk 3 atau 4 orang.
Sementara menunggu waktu berkumpul, kami berjalan jalan sekitar bandar Zurich sambil bergambar. Memang memenatkan tetapi bila berjalan secara ramai ramai, kena gagahkan juga lah. Pendekkata exercise yang bagus lah untuk orang yang kurang aktiviti. Apa yang dimakan pun, rasanya boleh burnt kalori 100%.
Saya kagum melihat keindahan bangunan lama mereka. Sungai juga bersih dan boleh nampak dasarnya yang cetek. Tak ada pula bau air sungai menandakan kebersihan sungainya yang terjaga. Hari tu kami pernah naik boat di sungai bandar Melaka, di mana airnya berbau dan risau sangat kalau air terpercik ke baju. Tak boleh nak relax dan chill.
Kami semua tidak ada yang shopping pun, nampak kedai pun tak ada yang nak singgah singgah. Jadi senang kerana masing masing hanya ingin berjalan jalan sambil bergambar sahaja.
Bila jumpa lagi tandas, kami saling mengusik dengan peristiwa tandas dengan mangkuk besar. Siap ditunjuk kedudukan tandas yang membuatkan kami semua ketawa lucu. Yalah kan orang kampung datang ke bandar Zurich. Dato Wan pula swipe credit card untuk melihat di dalam tandas walaupun tiada yang nak ke tandas pun.
Yang paling saya suka ialah bila nampak pokok yang berdaun kekuningan. Pasti nak bergambar. Memang tak puas bergambar dengan pokok musim autumn ni. Insya Allah kalau rezeki, nak bercuti di destinasi lain di musim summer juga.




.jpg)












Catat Ulasan for "Kenangan Di Zurich Old Town Day 10-1"
Add your comment