Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Betapa Indahnya Rhine Falls Day 10

 


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ini, diberikan kesempatan untuk menyambung catatan percutian saya ke Itali dan Switzerland. Hari ini adalah hari terakhir percutian kami. Biasanya hari ini adalah hari menyedihkan yang saya rasa. 

Lagi lagi kali ini kena berpisah di pertengahan jalan, bukan di KLIA seperti biasa. Di samping itu, Aare dan Dr Ita juga tidak lagi bersama kami hari ini. Mereka meneruskan perjalanan percutian ke destinasi seterusnya. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.

Kami check out dari hotel dan bergambar bersama sama sebelum meneruskan perjalanan. Hari ini hujan renyai renyai. Seolah merasa apa yang terpendam di hati saya. Hahaha giteww... Dalam hati berdoa agar hujan berhenti semasa kami di Rhine Falls. Maklum dulu masa kami ke sana pun, hujan renyai renyai juga. Boleh klik entri tersebut di SINI


Semasa bas tiba di Rhine falls masih hujan rintik rintik. Cuaca agak mendung walaupun ada tanda tanda matahari akan muncul. Dalam hati terus berdoa agar dipermudahkan urusan kami pada hari ini. Rhine Falls adalah air terjun terbesar di Eropah berdasarkan purata air yang mengalir terjun. Keseluruhan kawasan di sini sangat cantik, dengan air menghijau.



Seperti biasa, besan kami Dato Setia Salehuddin memang tak boleh tengok air, sungai atau laut, mesti dia nak naik boat atau cruise. Naik boat tiada dalam itineri atau pakej tapi sebabkan beliau, semua kami bersetuju untuk naik boat yang pakej selama 15 minit. Bayaran kalau tak silap CHF12. Emmy yang tak mahu naik boat pun, berjaya dipujuk dan dibelikan tiket sekali. Memang pemurah sekali. Itu sebab rezeki dia sangat murah. 

Selepas membeli tiket, kami terus turun untuk beratur di tempat naik boat. Setiap tiket akan ditetapkan waktunya. Bukan first come first serve. Biasa lah sementara yang lain beratur menunggu giliran, kami bergambar lah dahulu. Hahaha memang tak melepaskan peluang dan masa dengan sia sia. 


Dah masuk dalam boat, lagi riuh rendah lah kerana separuh dari penumpang dalam boat ini adalah group kami. Boat akan membawa kita sehingga menghampiri air terjun yang sangat cantik. Biasalah kalau dah dekat situ, air pun kuat lah juga. Suspen juga sebab boat pun terumbang ambing sedikit dan kami pun bukannya pakai jaket keselamatan pun. 





Air sungai di sini menghijau dan sangat jernih. Boleh nampak pelbagai spesis ikan berenang renang. Sungai di sini lebar dan panjang merentasi beberapa daerah. Di sini tour leader kami memberitahu bahawa sungai di Swiss boleh berenang. Malahan berenang adalah salah satu subjek dalam kokurikulum persekolahan.  

Jadi kalau musim panas, ramai memilih untuk balik dari pejabat dengan berenang sehingga ke rumah masing masing. Namun ada SOP yang perlu dipatuhi antaranya kena warm up dulu tak boleh terus terjun ke sungai untuk penyesuaian suhu badan, tidak boleh berenang bersendirian, tidak boleh berenang di kawasan yang airnya keruh dan banyak lagi. Di sini air kadang nampak tenang di permukaan tapi arus di bawah sungai sangat kuat. Hmm macam mana tu. 

Patutlah kes anak sulung Gabenor Jawa Barat dulu lemas ketika berenang bersama adik dan rakannya di sungai di sini pada Mei 2022. Arwah sempat membantu adik dan rakannya naik. Tapi arwah dibawa arus yang sangat kuat. Dipercayai mengalami kekejangan. Arwah dikatakan seorang perenang yang cekap dan ditemui setelah 14 hari kehilangannya di sungai yang sama. Insya Allah, mudah mudahan arwah diletakkan sebagai mati syahid. 




Sekejap jer masa 15 minit tu, jadi kami keluar dan mula sambung bergambar. Di sini kita boleh jalan jalan mengelilingi tasik tapi kali ini kami semua tak pergi kerana hari masih hujan rintik rintik.




Bila bergambar dalam cuaca mendung ni, ada yang tak berapa cantik tapi tak mengapa lah kerana kita pun tak tahu kalau ada rezeki untuk ke sini. Apa lagi ke sini dengan group sama seperti ini lagi. 




Saya mengulangi posing di tempat sama tahun 2019 di sini. Nampak mudah tapi tak mudah untuk meniru pos sama. Kena sabar bagi yang bergambar dan yang mengambil gambar. 




Di situ ada yang menjual buah berangan bakar. Saya minta Hubby beli dan makan dalam cuaca panas sangatlah sedap. 





Kami berdua berjalan untuk bergambar sendiri sementara kawan kawan yang lain dah tak kelihatan. 





Ketika mencari cari mereka, baru ternampak yang mereka singgah minum. Saya memikirkan mereka berjalan ke bangunan yang ada air terjun di sebelah sana. 


Kami kemudian join mereka yang sedang minum. Teh masala diminum panas panas sambil makan kentang goreng yang digoreng panas panas, memang nikmat sangat. Minum pula secara beramai ramai, maka nikmat apa lagi yang hendak kami dustakan. 




Kami mula berjalan ke bas untuk ke destinasi seterusnya. Secara jujur memang tak puas berada di sini. Pertama sebab tak habis pusing keliling. Kedua, kerana setiap kali ke sini cuaca mendung dan hari hujan. Tak puas, rasa nak duduk minum kopi panas sambil melayan air jernih dengan bunyi deruan air terjun. 



Sehingga di sini dulu dan nantikan sambungannya di entri seterusnya. Salam sayang buat semua..... 


Catat Ulasan for "Betapa Indahnya Rhine Falls Day 10"