Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kenangan Di Lucerne Day 9 -1



Assalamualaikum, Alhamdulillah kita bersua lagi. Hari ni destinasi kami selepas ke Lindt Chocolate Museum ialah Lucerne. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Sebaik tiba di bandar Lucerne, kami dibawa ke kedai menjual souvineer yang juga tempat untuk berkumpul. 

Selepas sedikit penerangan oleh Nik, tour leader berhubung aktiviti dan masa diperuntukkan di sini, kami mula bergerak untuk free and easy. Di sini, memang banyak deretan butik barangan berjenama seperti Rolex dan banyak lagi. 



Sementara kawan kawan memilih souvineer, saya pergi ke kedai sebelah untuk mencari pisau Victorinox. Harga pisau ini di Interlaken lebih murah dari Lucerne. Jadi kalau ada yang ke sana, beli jer di sana. Saya tak beli di sana kerana sibuk mencari winter jacket.

Oleh kerana tak ada nak membeli apa apa, saya mengajak Hubby berjalan ke Chapel Bridge untuk bergambar. Tempat yang pasti mengimbau kenangan kami ketika di sini dengan Juita dan Nelly. Dulu saya tak naik pun atas bridge ni, kali ini dapatlah berjalan dan bergambar. 




Ketika di sini, dapat panggilan dari Dato Setia Salehuddin menanya keberadaan kami. Bila diberitahu, beliau minta kami tunggu di sini. Dato Setia datang bersama Dato Wan Nazari dan kami pun berposing lah di sini dulu. Kedua dua mereka ni hebat dalam mengambil gambar dan mencari angle yang cantik.



Macam macam posing lah bila ada 2 orang pengarah fotografi yang sangat kreatif. Kami semua tinggal ikut arahan sahaja. Satu kurniaan Illahi kepada negara Switzerland ini di mana semua tempat di sini sangat cantik untuk bergambar. Binaan bangunan mereka semuanya cantik. Lagi lagi dengan warna daun yang kekuningan di musim autumn ni menambahkan cantiknya gambar gambar di sini. 






Selepas selesai bergambar, kami kemudian berjalan untuk mencari restoran halal yang terletak di dalam stesyen bas untuk makan tengahari. Dalam perjalanan tu, kami singgah bergambar terutama bila nampak bangunan yang cantik. 





Kami kemudian mencari Restoran Kebab Little Istanbul. Bak kata Nik, tour leader kami, di sini kalau nak cari restoran halal samada restoran kebab atau restoran India. Itu jer. Kami duduk makan di bangku di situ sahaja kerana di restoran tersebut tiada tempat makan disediakan.



Kami kemudian berjalan balik ke tempat perjumpaan. Sementara menunggu yang lain lain datang, sempat lagi bergambar di sini. 




Kami kemudian dibawa solat di surau komuniti yang kami pergi sebelum ini. Meriah surau ni dengan pelbagai aktiviti oleh masyarakat setempat. Tidak seperti surau lain yang kami singgah, yang kosong. Di sini, diadakan solat secara berjemaah sama seperti masa kami singgah pertama kali. 


Kemudian kami di bawa untuk makan malam dan sekali lagi di bawa ke Restoran Singapore. Masih masakan Melayu. Sedap lah juga masakan mereka. Ada juga mee dan kue teow goreng dan pelbagai dessert. 





Sehingga di sini dulu, nantikan entri seterusnya. Salam sayang buat semua.....




Catat Ulasan for "Kenangan Di Lucerne Day 9 -1 "