Lindt Chocolate Museum Day 9
Alhamdulillah kita bersua lagi. Selepas selesai hari mengunjungi Mount Titlis, rasa macam fikiran dah relax. Pada saya, ianya seperti aktiviti kemuncak untuk percutian ke Switzerland. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Destinasi hari ini lebih santai dan relax di mana kami akan melawat Lindt chocolate museum dan jalan jalan di bandar Lucerne. Dulu, masa ke sini, kami tinggal di Lucerne. Boleh klik entri di SINI dan SINI.
Selepas sarapan, kami keluar hotel pun agak lewat, boleh lah ambil masa untuk bersiap siap. Kami turun dan bergambar dulu di perkarangan hotel sebagai kenangan. Pendek kata macam chill sangat sangat hari ni.
Ketika tiba di sini, ianya belum dibuka lagi. Jadi kami pun ambil masa untuk bergambar terlebih dahulu. Yang penting ialah group photo, acara wajib bagi setiap tempat yang kami kunjungi.
Seperti biasa, kami berposing dulu di hadapan chocolate museum ini. Ada disediakan tempat untuk kita bergambar, juga ditandakan tempat untuk kita berselfie. Bagus juga cara mereka mempromosi. Dari sudut selfie memang akan nampak signage Lindt Home of Chocolate. Boleh tengok gambar selfie saya di atas.
Sebaik ianya dibuka, group kami terus masuk dan beratur di barisan hadapan sekali untuk masuk ke muzium. Di sini, ada dipamerkan sejarah coklat bermula dari penanaman pokok sehingga ianya diproses di kilang dan siap menjadi coklat yang sedap.
Kita akan dibekalkan dengan interactive gadjet dengan audio untuk mendengar penerangan akan sesuatu proses dengan hanya lekatkan gadjet di butang yang disediakan dan kemudian dekatkan di telinga kita.
Di muzium ini juga ada disediakan chocolate tasting. Ada 3 station melted chocolate fountains untuk kita merasa ketiga tiga perasa iaitu white, milk dan dark chocolate. Kita boleh merasainya sebanyak mana yang kita sukai.
Kemudian beralih pula ke tasting station untuk chocolate bar dengan pelbagai perisa kepingan coklat. Pun boleh makan sebanyak mana yang kita sukai. Tadah jer tangan, secara auto akan dispense chocolate di tapak tangan kita.
Sebelum keluar, kita akan melalui station untuk mengambil chocolate LINDOR Truffles di mana kita dibenarkan mengambil 1 biji untuk setiap jenis LINDOR ball yang sangat sedap. Ada jer yang ambil lebih pada perisa yang disukai.
Tapi saya ni jenis ikut peraturan dan menanya staf yang menjaga. Mereka kata ambil satu jer. Saya pulangkan balik 1 dan mereka kata tak apa, saya boleh ambil jer. Hahaha sedap semuanya, memang puas dapat makan chocolate di sini. Chocolate ini bukan murah, jadi kalau dah ada di sini, bolehlah merasai puas puas.
Selepas itu kami keluar dan bergambar di hadapan chocolate fountain yang besar yang seberat 3 tonnes dengan 1400 liter fine chocolate. Ia mengalir dengan kelajuan 1 kilo untuk setiap saat. Memang ralit melihatnya. Kemudian kita beratur untuk mengambil free chocolate dengan scan tiket masuk.
Setelah puas di sini, kami turun dan masuk ke kedai yang menjual semua rangkaian product Lindt. Harga lebih murah berbanding kedai di Switzerland. Jadi kalau ke sini, beli jer. Kalau beli yang dibungkus dengan plastik lagi murah. Beza CHF10 untuk 500 gram. Kalau untuk makan sendiri, beli yang ini lagi jimat.
Kami keluar dan duduk di kerusi yang disediakan di luar untuk minum hot chocolate. Minum dalam cuaca sejuk, memang sangat sedap. Hot chocolate di sini, memang pekat chocolate nya.
Sehingga di sini dulu, nantikan entri seterusnya untuk aktiviti kami di Lucerne. Salam sayang buat semua...





.jpg)


















Catat Ulasan for "Lindt Chocolate Museum Day 9"
Add your comment