Percutian Itali dan Switzerland 11 Oktober 2025 - Day 1
Alhamdulillah diberikan rezeki dan kesihatan yang baik untuk membolehkan kami menyertai percutian JJCM luar negeri bersama BFF dari alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya. Kiranya ia adalah destinasi 2 negara kedua selepas percutian Morocco dan Spain pada November 2023. Sebelum ini ada ke Hanoi Februari 2024 dan Kucing, tapi tak semua join.
Percutian kali ini bermula dari 11 Oktober sehingga 20 Oktober 2025. Hubby telah datang ke London 6 Oktober untuk kami sama sama ke Itali. Kalau tak, saya kena lah dly seorang diri ke sana.
Kami mengambil grab dari Lucey Way pada pukul 6.30 pagi dan tiba di Terminal 5 Heathrow International Airport pukul 7.30 pagi. Kaunter untuk drop luggage hanya dibuka pukul 8.30 pagi iaitu 2 jam sebelum penerbangan. Jadi sementara itu, kami menunggu di kerusi sambil melihat gambar gambar sahabat kami ketika berlepas dari KLIA yang dikongsi dalam group WhatsApp percutian.
Sedih juga kerana kami tiada bersama ketika itu kerana saat di airport adalah saat yang paling mengujakan untuk satu percutian. Mereka berlepas pukul 2.00 pagi (waktu Malaysia) dan akan transit di Dubai dan berlepas pukul 5.45 pagi ke Venice. Kami dijangka tiba di masa yang hampir sama di Marco Polo Airport.
Ini adalah kali pertama kami mengambil flight British Airways. Selepas drop luggage di self check in machine pukul 8.30 pagi, kami melalui imigresen dengan hanya scan passport sahaja dan pemeriksaan keselamatan pun lebih mudah di mana semua barang boleh dimasukkan semua seperti jam dan passport ke dalam bag. Tak perlu keluarkan dan letak make up dalam plastik macam biasa.
Kemudian kami singgah di kedai souvineer untuk beli key chain untuk Haziq sebelum turun ke Duty free shop. Kemudian kami duduk jer di kerusi menunggu pintu pelepasan dimaklumkan. Kami beli meal deal di WHS untuk 3 items dengan £6.99 untuk sarapan. Alhamdulillah.
Pukul 10.09 dah boarding dalam flight. Penerbangan pukul 10.30 pagi. Tapi berlepas 11.10 pagi kerana queue penerbangan berlepas agak panjang. Penerbangan memakan masa selama 2 jam 10 minit. Semasa penerbangan, kami diberikan biskut dan sebotol air mineral.
Sampai di Venice Marco Polo Airport Terminal pukul 12.59 tengahari. Pemandangan dalam penerbangan sangat cantik. Dapat dilihat Pulau Venice juga dari udara.
Proses untuk chop passport sangat lambat. Kami dah gelisah melihatkan line yang sangat panjang di hadapan kami. Hubby telefon Emmy, owner Aurasy Travel and Tour Sen Bhd menanyakan keberadaan mereka. Baru lah tahu yang mereka berada di hadapan kami. Kami kemudian memberanikan diri untuk memberitahu staf bertugas yang di situ kalau kami dapat dipercepatkan kerana kami berada dalam satu kumpulan dengan kawan kawan lain.
Alhamdulillah ketika itu ternampak kumpulan kami sedang beratur di hadapan kaunter. Jadi kami dibenarkan join mereka di barisan hadapan. Kalau tidak, mereka kena menunggu kami pulak kerana mereka telah pun beratur hampir 1 jam.
Alhamdulillah. Saat paling mengembirakan ialah bila kami ternampak wajah wajah sahabat yang sedang beratur. Tidak dapat hendak diucapkan dengan kata kata. Rindu sangat dengan mereka setelah lebih 5 bulan saya di London. Rasa macam tak sangka bertemu di saat itu kerana ingatkan mereka dah pun melepasi pemeriksaan imigresen.
Bila dah dalam group, barulah ada gambar kami berdua. Hahaha. Seronok sebab ahli group kami semua sporting bab bergambar dan mengambil gambar. Baru terasa seperti program JJCM yang biasa. Dalam group kali ini, ada Dato Mohd Alias, Pengerusi Angkasa Selangor dan isteri yang pertama kali join percutian luar negara kami.
Setelah mengambil bag masing masing, kami berjalan ke bas dan dibawa mencari tempat untuk solat. Tapi tak ada tempat yang dibuka. Di sini bukan mudah untuk mencari masjid. Jadi kami terpaksa menukar plan untuk ke hotel dulu dan selepas check in dan solat, baru keluar untuk ke program lawatan pertama iaitu city tour di bandar Treviso.
Tour Guide kami ialah Encik Nik dari Kelantan dan pemandu bas pula Bella yang didatangkan dari Hungary untuk membawa kami sepanjang percutian di Itali dan Switzerland. Setakat ini dahulu, nantikan sambungannya di entri akan datang. Salam sayang buat semua. .
Catat Ulasan for "Percutian Itali dan Switzerland 11 Oktober 2025 - Day 1"
Add your comment