Jalan Jalan Di Treviso Day 1 - 1
Alhamdulillah kita bertemu lagi. Kali ini saya akan menyambung catatan percutian Itali dan Switzerland masih pada hari pertama. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Kami menginap di Hotel UNA Le Terrazze Treviso untuk selama 2 malam. Di hotel ini tiada disediakan air minuman. Selepas check in dan solat, kami keluar semula untuk city tour bandar Treviso yang sangat cantik dengan rekabentuk bangunan lama, dengan terusan dan pokok pokok yang berdaun kekuningan di musim autumn.
Kami kemudian diturunkan di tepi jalan besar dan terpaksa berjalan kaki ke Camelia Bakery, kedai yang menjual tiramisu yang tidak menggunakan bahan alcohol atau bahan yang tidak dibenarkan. Treviso adalah bandar pelopor di mana Tiramisu dicipta buat pertama kali. Jalan di sini semua sempit dan tidak boleh dimasuki oleh kenderaan besar seperti bas.
Kebetulan pulak hari ini adalah hari jadi Puan Mariam. Jadi sambil makan tiramisu, kami menyanyikan lagu hari jadi buat Mariam. Kedai kedai di sini sangat kecil dan tidak boleh memuatkan ahli rombongan besar seperti kami. Kami makan tiramisu sambil berdiri di depan kedai sahaja. Satu bekas untuk dikongsi bersama pasangan.
Sedap sungguh tiramisu yang asli Itali ini. Secukup jer rasa kemanisannya dan cukup mewah dengan rasa coklatnya. Kalau ikutkan, dapat 3 bekas baru puashati. Hahaha.
Sambil makan kami bergambar dan suasana memang riuh rendah dengan gelagat masing masing.
Selepas itu, kami berjalan menyusuri jalan jalan sempit dengan pemandangan yang cantik. Sambil berjalan kami singgah bergambar.
Oleh kerana hotel tak ada menyediakan cerek dan tak ada air minuman, jadi kami dibawa ke Lidl Supermarket bagi mereka yang mahu membeli minuman untuk diminum waktu malam.
Percutian kami kali ini tidak disediakan makan tengahari. Hanya disediakan sarapan dan makan malam sahaja. Kebiasaannya restoran yang menjual makanan halal adalah restoran kebab atau restoran India.
Kami dibawa untuk makan malam di Restorante Indiano Maharaja. Ramai antara ahli kami yang tidak berapa menyukai restoran ini, jadi harap pihak agen akan mengambil kira maklumbalas yang diberi.
Selepas makan, kami balik ke hotel untuk berehat. Setakat ini dahulu, nantikan entri seterusnya. Salam sayang buat semua.
Catat Ulasan for "Jalan Jalan Di Treviso Day 1 - 1"
Add your comment