Berakhir Percutian St Ives Cornwall
Alhamdulillah saya dah tiba ke entri terakhir percutian ke St Ives dari 21 hingga 24 Ogos 2025. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Kami mengambil teksi pukul 9.45 pagi dan terus ke stesyen keretapi St Erth kerana susah nak berjalan ke sana sini dengan bag. Keretapi pukul 12.30 tengahari tapi perjalanan keretapi balik ke London leboh singkat, hanya mengambil masa 5 jam sahaja.
Seperti biasa, Nana mengambil teksi sama dari Hayle Cab dan Mr Jacob yang mengambil kami. Kalau sesiapa ke sini, boleh dapatkan khidmat mereka kerana pada kami harga lebih murah dan mereka juga sangat ramah. Pemandu di sini semua White British. Kami pernah ambil teksi lain untuk ke Hayle, harga berbeza hampir £4.00 juga.
Sementara menunggu di sana, dapat dilihat ramai Cornish ke St Ives Bay dengan membawa anjing masing masing. Memang tak putus putus orang mengambil keretapi ke sana. Kiranya destinasi hujung minggu mereka beriadah lah, lagi lagi masih di musim summer.
Orang British dalam musim summer suka mengucapkan ucapan "enjoy your summer" kerana musim summer hanya 3 bulan sahaja. Selepas itu, mereka akan berada dalam musim yang lebih sejuk, dengan siang yang lebih pendek dan matahari yang tidak banyak.
Keretapi berhenti tidak lama di setiap stesyen, jadi kena tahu di mana tempat kita patut menunggu untuk ke coach yang ditetapkan. Kalau tak pasti kena ringan mulut untuk bertanya kerana keretapi ni panjang untuk berjalan dari tengah ke hujung atau depan keretapi memang memakan masa.
Saya memang tak segan untuk bertanya kerana saya tidak suka mengambil risiko yang tidak diingini. Apa lagi dengan membawa bag besar dan dengan cucu cucu yang masih kecil.
Bila travelling waktu siang, dapatlah tengok pemandangan indah sepanjang perjalanan. Saya kalau ke mana mana pun, memang sebolehnya tak akan tidur kerana nak melihat pemandangan dengan bangunan dan rumah rumah yang bercirikan tradisional english.
Saya ni yang paling membuat saya teruja bila nampak pokok epal yang berbuah lebat. Hahaha orang Malaysia yang tak pernah jumpa pokok epal di negara sendiri kan. Yang ada pokok jambu jer. Tapi nak ambil gambar susah kerana keretapi sangat laju.
Gambar di bawah ini ialah Hayle yang terdapatnya kedai pasties, ice cream dan fish & chips. Di seberang sungai ialah pasaraya ASDA. Hari itu, kami makan fish & chips di bangku yang mengadap sungai ini.
Sesampai di Reading train station, kereta terpaksa ditamatkan. Kami terpaksa keluar dan mengambil keretapi lain untuk ke Paddington train station. Kelam kabut lah juga. Nasib baik ada kekosongan seat sebaris untuk kami semua. Kalau tak ada memang lah kena cari kekosongan di coach lain atau terpisah tempat duduk.
Sesampai di Paddington Train Station, terus terasa suasana London yang dipenuhi dengan manusia pelbagai warna kulit. Nak keluarkan handphone untuk bergambar pun mula rasa takut. Nak cari orang putih pun susah di sini, pekerja di stesyen keretapi ramai India, Bangladesh dan ramai lagi. Sangat berbeza dengan Cornwall yang kami temui 100% orang putih.
Kami singgah makan malam di Market Hall di situ. Saya memesan mee goreng mamak. Nana order nasi goreng dan roti canai. Selepas itu, terus ambil tube balik ke Bermondsey.
Dengan itu, berakhir lah percutian yang singkat tapi penuh keindahan di St Ives, Cornwall. Tidak pernah terfikir yang saya akan ke sana kerana memang tiada dalam destination wish list saya. Yang saya tahu pasal Cornwall ni kerana Queen Camilla dulu adalah Duchess of Cornwall kerana tidak memegang gelaran Princess of Wales yang dipegang oleh Princess Diana.
Alhamdulillah, walaupun penat tapi hati sangat gembira, saya belum sampai rumah tapi dah teringat ingat kecantikan mukabumi di sana dan keenakan Cornish food. Serious tak puas kalau datang hanya 2 malam. Kena at least 3 malam, baru dapat ulang makan apa yang kita rasa sedap. Boleh klik entri pertama di SINI.
Catat Ulasan for "Berakhir Percutian St Ives Cornwall"
Add your comment