Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jalan Jalan Cari Makan Di Hayle



Alhamdulillah. Kita bersua lagi untuk aktiviti jalan jalan cari makan kami ke St Ives. Boleh baca entri di Land's End sebelum ini di SINI. Kami mengambil teksi dari Caravan untuk ke Hayle kerana kedai Cornish Icecream tutup pukul 6.00 petang. Kami keluar pun dah pukul 4.30 petang, selepas Ammar dan Aliya selesai mandi di swimming pool. Takut tak sempat sampai kalau nak naik bas.

Kedai yang kami pergi semuanya berdekatan di sepanjang jalan di Hayle. Kami turun di Philps Famous Pasties dan berjalan ke kedai ice cream dan duduk makan di bangku yang yang disediakan. Walaupun ada matahari tapi cuaca agak sejuk bila ada angin bertiup. 

Serious sedap ice cream di sini. Nana memilih clotted cream ice cream. Aliya seperti biasa suka yang ada buah berries. Ammar akan pilih yang ada mint. Kalau saya, mesti nak yang ada pistachio. 

Kadang terfikir kenapa tak ada, ice cream sedap maca ni di tempat kita. Tapi peminat ice cream di Malaysia lepas ni, boleh dapatkan ice cream sedap seperti ini di Gelato A Lago. Boleh search Instagram mereka di @gelatoalago.  




Kami kemudian berjalan ke kedai Fish & Chips yang dibuka mulai pukul 4.30 petang. Tidak jauh dari situ. Kami kena menunggu agak lama kerana ramai yang sudah beratur sebaik kedai dibuka. 


Kami kemudian menyeberangi jalan dan duduk di bangku mengadap sungai untuk makan. Memang stail makan orang di sini ialah di kawasan terbuka kerana banyak kedai tiada menyediakan tempat makan. 



Makan panas panas sangatlah sedap fish & chips sini, cuma saya rasa yang beli di Highlanes lagi sedap. Kami beli 2 set. Satu Haddock dan satu lagi Cod yang bersaiz XL. Harga dalam £31. Memang mengenyangkan, makan untuk kami semua pun tak habis. Dibawa balik sambung makan di bilik.





Bila hari petang, mulai sejuk walaupun saya dah pakai baju lengan panjang yang agak tebal. Balik bilik semua ke padang permainan, saya hanya duduk di caravan untuk edit galleri di handphone. Selepas solat, kami mula mengemas barang barang untuk balik pagi esok. 


Catat Ulasan for "Jalan Jalan Cari Makan Di Hayle "