Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jalan Jalan ke St Ives 21- 24 Ogos 2025




Percutian ke St Ives kali ini adalah satu kejutan kerana tiba tiba Nana memberitahu melalui whatsApp yang kami semua akan ke sana menaiki sleeper train ke Cornwall. Jadi saya pun google lah juga berkenaan Cornwall dan St Ives. 


Sebelum ni ada Nana memberitahu sedang mencari tempat untuk bercuti seperti York tetapi banyak tempat penginapan dan kereta sewa yang penuh. Jadi saya fikir tak jadi lah untuk ke mana mana. 


Sangat teruja kerana pengalaman baru untuk menginap di caravan. Plan asal Nana untuk menyewa motorhome. Tapi semua fullybooked. Agaknya sebab dah penghujung summer dan berkebetulan pula dengan long weekend kerana Bank Holiday jatuh pada hari Isnin, jadi ramai yang pergi bercuti. 

Oleh kerana kuatir di sana susah untuk mendapat makanan halal, saya menyediakan beberapa lauk untuk dimakan ketika di sana. Saya menyediakan ayam masak merah, daging dan kentang masak kicap dan juga bolognese sauce untuk dimakan dengan pasta. 



Kami mengambil tube dari stesyen Bermondsey ke Baker Street dan tukar line untuk ke Paddington train station. Sementara menunggu train pukul 11.45 malam, kami beli makanan untuk makan malam di M&S food. 



Keretapi bertolak tepat pukul 11.45 malam. Ikut plan asal, Nana book sleeper train cabin. Saya memang dah excited habis. Tapi sebab ada salah faham, rupanya kami diberikan coach biasa kerana telah sleeper cabin fully booked, tak boleh memuatkan kami semua. Tapi staff di situ bermurah hati membenarkan kami masuk ke lounge untuk penumpang first class. 

Keretapi di sini memang selesa dengan tandas yang besar. Ada juga cabin yang menjual hidangan ringan. Saya terjaga ketika keretapi melalui Tamar Bridge yang sangat cantik di waktu awal pagi. Nana menyediakan sandwich untuk sarapan kami di dalam keretapi.

Sebaik sampai di stesyen keretapi St Erth, kami bergegas untuk menaiki keretapi ke St Ives yang akan bertolak dalam masa 2 minit. Rupanya keretapi kami agak terlewat dari masa sepatutnya, nasib baik pekerja di situ membantu membawa bag besar kami kerana lift rosak. 

Sepanjang perjalanan dari St Erth ke St Ives, memang sangat cantik lagi lagi pagi hari. Pemandangan laut, pantai dengan bukit menjadikannya gabungan yang sangat cantik.  



Dari sini, kami berjalan kaki menyusuri jalan untuk turun ke St Ives Bay. Jalan jalan di sini tidak besar, jadi kalau memandu memang agak mencabar. Untuk menyewa kereta di sini, mereka memerlukan lesen memandu dari UK. 



OK setakat ini dahulu, nantikan entri seterusnya untuk aktiviti boating di St Ives Bay. Salam sayang buat semua.....


Catat Ulasan for "Jalan Jalan ke St Ives 21- 24 Ogos 2025"