Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hanoi Ha Long Boat


Alhamdulillah saya menyambung lagi catatan aktiviti kami menaiki cruise di Ha long pula. Boleh klik entri lama kami semasa menaiki cruise di SINI. Entri sebelum ini boleh klik di di SINI.

Selepas selesai aktiviti menyusuri gua, kami diturunkan untuk aktiviti menaiki boat pula. Boleh klik di SINI untuk entri aktiviti kami di Gua Bong Thien Cung. Kami kena cepat sebelum air mulai surut. Itu pun dah mulai cetek dan boat tak boleh masuk kawasan dalam gua. 

Kami saling mengambil gambar masing masing untuk rakan rakan dalam boat lain. Aktiviti seperti ini mesti datang dengan kawan kawan yang memang dikenali supaya tidak membosankan kalau sekadar naik boat dan berpatah balik. 




Kami meminta supaya boat diberhentikan dan didekatkan untuk mengambil gambar secara berkumpulan. Agak mencabar kerana bukan mudah untuk menyusun kedudukan boat di atas air yang terdapat arus pergerakan. 



Boleh lihat gambar gambar di bawah di mana di sebalik gua di belakang terdapat pemandangan yang cantik. Tapi kami tak dapat masuk kerana air di bawah gua telah mulai cetek. Boat kami berpatah balik. Pendayung boat kami membantu mengambil gambar kami berempat mengambil gambar dengan berlatar belakangkan gua sahaja. 



Yang paling seronok bila kesemua boat dirapatkan untuk group photo. Masing masing terjerit jerit dan bergelak ketawa. Bercakap di tengah laut memang kena jerit dan kuatkan suara untuk melawan deruan angin. 




Harga tiket telah termasuk tips untuk pendayung. Tapi mereka pandai memainkan psykologi kita dengan sebelum di bawa balik, mereka masing masing mengangkat matawang asing untuk mengingatkan kita supaya jangan lupa bagi tips juga. Hahahaha. 

Pak Rudy menunggu kami di jeti untuk mengambil gambar kami semua sebelum naik. Mana mana pun kami pergi, bergambar secara kumpulan adalah agenda wajib. 


Haa siap kami siap buka jaket keselamatan untuk bergambar dalam boat. Kami semua memang sporting. Semua OK jer. Itu sebab bila berkawan atau bercuti, kena bersama kawan yang sama pemikiran dan sama tahap pendidikan, baru senang dibawa berkira. 


Selepas bergambar secara berkumpulan, kami naik cruise semula untuk makan tengahari. Semasa kami melakukan aktitiviti boat, tukang masak bertungkus lumus menyediakan hidangan. Jadi bila kami naik sahaja, makan tengahari telah tersedia untuk dinikmati. 


Setakat ini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri akan datang. Boleh klik di SINI. Salam sayang buat semua…
 

Catat Ulasan for "Hanoi Ha Long Boat "