Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Ke Hanoi


Percutian Ke Hanoi

Walau pun telah lama berlalu, namun saya ingin abadikan catatan perjalanan famili kami ke Hanoi pada 8 - 12 Februari 2007. Ianya sangat signifikan bagi saya kerana percutian itu adalah dibuat sekembalinya kami dari mengerjakan Fardhu Haji pada hujung Januari 2007. 

Walaupun percutian ini tidak disertai Nana yang sedang melanjutkan pengajian di Alexandria University tetapi percutian ini amat bermakna kerana ianya percutian famili yang terakhir. Ianya dibuat sebelum kami memulakan pembinaan rumah dan ketika hubungan dengan anak anak masih rapat dan mesra. 

Maklum ketika ini mereka masih kecil, kegembiraan mereka adalah ketika bersama dengan ibu bapa berbanding dengan sekarang di mana mereka lebih suka menghabiskan masa di bilik masing masing dengan hp, lap top, ipad dan bermacam macam lagi.

Kami ke Hanoi dengan menggunakan penerbangan Air Asia yang ketika itu baru menambahkan destinasi penerbangan ke Hanoi. Sesampai di sana, kenalan saya seorang Malaysia yang telah lama menetap di Hanoi dengan mengusahakan restoran iaitu Encik Ben Taat telah menyediakan kenderaan untuk membawa kami dari airport terus ke restoran beliau dahulu untuk makan tengahari sebelum check in di hotel.

Percutian Ke Hanoi

Keadaan bandar Hanoi yang agak kotor dengan pemandangan mereka berjualan makanan di sepanjang jalan menjadikan saya agak lemas berjalan jalan di sana. Kami mengambil beca untuk ke sana ke mari dan seronok sangat bersiar siar dengannya.

Apa yang tidak dapat saya lupakan ialah apabila bertemu dengan peniaga yang menjual buah duku atau kalau di Kelantan di panggil buah sawa nila yang sangat besar, lebih besar dari genggaman orang dewasa. Rasanya pula sangat manis. 

Oleh kerana agak sukar mencari makanan halal, saya banyak membeli buah buahan untuk dimakan. Selain itu, kami juga membeli barang barang seperti biskut dan maggi keluaran Malaysia yang dijual di kedai kedai runcit berdekatan dengan hotel kami.

Percutian Ke Hanoi

Selain meronda ronda kedai kedai dan shopping mall, kami juga mengambil pakej percutian ke Halong Bay Cruise, mengelilingi pulau pulau yang berbagai bentuk dengan mencari sendiri di travel agent di Hanoi. Dengan cara ini, lebih menjimatkan. 

Kami di bawa menaiki bot besar mengelilingi pulau yang pelbagai bentuk sebelum bot berhenti di tengah lautan bagi mereka yang ingin membeli belah. Kami membeli makanan laut dan meminta dimasakkan. Wah seronok makan makan sambil bersantai dan dibelai angin laut yang berhembus.


Percutian Ke Hanoi

Percutian Ke Hanoi

Percutian Ke Hanoi

Percutian Ke Hanoi

Percutian Ke Hanoi

Percutian Ke Hanoi

Kami juga di bawa singgah ke Halong Bay's limestone Islands yang perlu kita memanjat bukit untuk memasuki gua yang mempunyai bentuk batu batan yang sangat unik. Selepas itu, pelayaran disambung semula untuk balik ke pelabuhan.


Percutian Ke Hanoi

Percutian Ke Hanoi

Hari hari lain kami banyak berjalan dari satu kedai ke satu kedai untuk shopping. Sempat juga saya membeli sepasang baju readymade dari sutera Vietnam dan hubby banyak membeli baju kemeja. 

Yang seronoknya di sini, kita boleh membeli baju yang sesuai untuk terus dipakai berbanding dengan Beijing yang banyak menjual kemeja dan T Shirt. Saya juga membeli beberapa helai seluar dari kain linen. 

Tapi bila membeli belah di sini, memang kena pandai tawar menawar. Bayangkan penat saya menawar untuk satu set cadar sutera dan selepas melangkah keluar dengan kegembiraan kerana berjaya mendapat harga yang diminta, saya kembali mencuka apabila di dapati harga yang saya bayar adalah harga yang diletak di kedai lain sebelum ditawar. Aduhaaaiii sakitnya hati.

Itulah serba sedikit catatan perjalanan kami ke Hanoi yang saya tidak pasti jika saya ingin bercuti ke sana lagi di masa masa depan. Kepulangan kami telah disambut dengan gembira oleh Rizky yang ketika itu, baru berusia dalam 3 bulan. Hmmm...


Percutian Ke Hanoi


Percutian Ke Hanoi



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Percutian Ke Hanoi"

  1. Anak2 kalau dah besar gitulah Azie. Skrg ni bnyk pula kisah kapalterbang yg menakutkan, baik cuti2 Malaysia je......hehe....kalau ada murah luar negeri baru plan pergi lagi.

    BalasPadam
  2. Lama pun lamalah kak.... yang penting kenangan gitu....

    Dapat spent masa dengan family... memang terbaik

    Giliran kami ke Hanoi plak Disember nanti... Insya Allah....

    Yang benar,
    Alizal

    BalasPadam