Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Wayang Kulit Air Di Hanoi

Alhamdulillah kita bertemu lagi. Jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya juga tau. Saya kena selalu peringatkan kerana ramai pembaca blog saya tidak tahu. Mereka fikir bila mereka masuk ke blog saya, blog saya akan menerima bayaran. Ohh tidak begitu, blog tidak terima apa apa bayaran melainkan ada yang sudi klik iklan yang muncul di blog. Kerjasama anda saya dahului dengna ucapan jutaan terima kasih. 

OK hari ini saya akan sambung lagi catatan percutian kami ke Hanoi. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Selesai dari aktiviti cruise, mendaki gua dan boating kami dibawa solat di Restoran Mumbai Masala. Disediakan bilik untuk solat. Solat di restoran Mumbai Masala. Mereka menyediakan bilik untuk kami solat. Selepas itu minum teh tarik. Naik bas dan bertolak ke pearl farm. 

Setelah selesai, naik bas dan singgah di pusat kerajinan bambo. Di sini kumpulan kami berborong dengan pelbagai produk dari bamboo seperti tuala, pakaian dalam dll. Semasa demo ditunjukkan bagaimana bambo menyerap air hampir serta merta berbanding dengan ketulan kapas yang mengambil masa yang jauh lebih lama. Kemampuan untuk menyerap air ini yang membuatkan produk bamboo bagus untuk kita. Badan tidak berpeluh ketika memakainya dan mampu melangsingkan badan. 

Hahaha dikata dalam masa 3 bulan dengan menggunakan selama 2 kali sehari selama 30 minit setiap kali, produk urutan mampu untuk membakar lemak dan menurunkan berat badan. 

Ada juga urutan untuk belakang leher dan juga kedua dua lutut. Cara penggunaan sangat mudah. Hanya perlu renjiskan sedikit air untuk cepat aktifkan ion di dalamnya. Saya membeli 2 set semua produk urutan ini. Alhamdulillah setakat ini, ianya membantu meringankan badan kerana melancarkan pergerakan darah. 



Kemudian dibawa ke Pearl Farm dan ditunjukkan sekali demo bagaimana pearl diternak sehingga diproses menjadi barang perhiasan. Saya memang peminat pearl tapi sekarang rasanya dah tak mampu nak membeli. 

Lagi pun harganya mahal. Cukup pakai yang mana ada di rumah jer. Sea pearl yang saya beli di Sabah. Maklumlah majlis yang perlu dihadiri pun tak banyak. Hanya majlis kenduri kawin sahaja. 


Kami kemudian dibawa balik ke Hanoi dan aktivitinya melihat persembahan wayang kulit air. Sebelum itu, kami dibawa untuk makan malam di Restoran Van Chai Marina. Lauk pauk di sini sedap juga tapi sebab kami semua keletihan agaknya jadi makan pun dah mula slow. Banyak jer lauk yang tak habis.




Seperti biasa, selepas makan kami akan bergambar kenangan di hadapan restoran sebagai rujukan untuk masa depan atau panduan untuk orang lain yang ingin mengunjungi Hanoi. 



Kami kemudian menaiki bas untuk di bawa menonton persembahan wayang air yang merupakan aktiviti yang hanya ada di Hanoi sahaja. Ianya diilhamkan oleh para petani Vietnam. 






Unik dan menarik persembahan mereka. Hanya di akhir, baru persoalan kita terjawab setelah semua mereka yang berada di belakang puppet muncul memberi tanda terima kasih pada penonton.


Sehingga bertemu lagi di entri akan datang. Boleh klik di SINI. Salam sayang buat semua…



Catat Ulasan for "Wayang Kulit Air Di Hanoi"