Percutian Spain - Cordoba Part 3
Selain Alhambra, tempat yang wajib dikunjungi di Spain ialah Cordoba. Pada yang belum baca entri di Alhambra, boleh klik di SINI. Kami bersarapan dengan Maggi yang dibawa Dato Setia Salehuddin.
Memang sedap maggi ni bila kita dah lama lama meninggalkan tanah air tercinta. Mampu mengubat rindulah kiranya. Selepas sarapan, kami check out hotel untuk ke destiasi seterusnya iaitu Cordoba. Cuba perhatikan betapa cantiknya awan ketika itu, memang cantik dengan latarbelakang langit yang biru.
Saya baca sedikit sebanyak berkenaan dengan sejarah kerajaan Islam berkait dengan Cordoba. Sepanyol jatuh ke tangan angkatan perang Bani Umayyah pimpinan Tariq bin Ziyad selepas berjaya menewaskan kerajaan Visigoth.
Sejak itu, Sepanyol menjadi jajahan takluk Bani Umayyah dan milik umat Islam selama lebih 700 tahun di bawah nama Andalusia. Cordoba dijadikan sebagai pusat pemerintahan Bani Umayyah dan sekaligus menjadi pusat perkembangan ilmu pada Zaman Kegemilangan Islam.
Semasa angkatan perang Bani Umayyah tiba di kota berkenaan, mereka tercari-cari tempat untuk mendirikan solat. Sebagai tanda toleransi dan melihat mereka lebih baik daripada pihak Visigoth, penduduk Kristian Cordoba membenarkan sebahagian kawasan gereja mereka digunakan sebagai masjid.
Perkongsian ini diteruskan sehingga 785 Masihi sebelum kawasan gereja dibeli oleh pengasas Emiriah Bani Umayyah Andalusia, Abdul Rahman al-Dakhil atau Abdul Rahman I. Sebagai tukaran kepada persetujuan membeli tanah gereja berkenaan, baginda bersetuju membenarkan komuniti Kristian Cordoba membina semula gereja-gereja lama termasuk yang didedikasikan kepada santo-santo seperti Faustus dan Marcellus. Setelah itu, barulah proses pembinaan Masjid Agung Cordoba dapat dilaksanakan.
Masjid Agung Cordoba mula dibina sekitar 169 Hijrah (785-786 Masihi) dan siap setahun selepas itu. Bagi Abdul Rahman, pembinaan masjid ini dianggap penting buat beliau. Ini kerana ia dianggap permulaan baru buat Bani Umayyah di Andalusia selepas pemerintahan mereka di Timur Tengah ditamatkan oleh Bani Abbasiyah. Selain itu, dengan membina Masjid Agung Cordoba, ini menjadikan ia sebagai mercu tanda baru kota berkenaan.
Walaupun baginda mangkat pada 788 Masihi, usaha menambahbaik dan memperindah masjid tersebut diteruskan oleh para Emir Bani Umayyah untuk dua abad berikutnya. Antara ciri-ciri tambahan yang ditambah ialah sebuah laman dalam, dusun oren, laluan pejalan kaki bertutup, menara dan pancuran-pancuran air. Ini lah hasil carian saya di google.
OK sekarang kita masuk aktiviti hari Kami check out dari hotel dan terus menuju ke Cardoba. Semasa dalam perjalanan kami singgah di hentian rehat untuk ke bilik air. Kebetulan di situ, ada beberapa pokok zaitun yagn sedang berbuah. Seronok kami bergambar dengan buah zaitun.
Sesampai di Cordoba, kami berjalan masuk sambil berhenti bergambar di beberapa spot menarik. Yang pastinya di dinding di mana tertulis Hello Cordoba, memang wajib lah kan.
Dari situ, kami mula berjalan memasuki kawasan dalam Cordoba yang mana terdapat bangunan yang cantik dan berseni. Kami dibawa pusing pusing dulu di dalamnya. Kami akan berada di sini sehingga petang.
Sementara itu, kami bergambar dengan pemandangan bangunan lama yang cantik cantik di sini. Memang rugilah kalau datang sini tapi tak bergambar kan.
Bila nampak tempat yang menarik, kami akan berhenti untuk bergambar beramai ramai. Memang acara wajin bergambar secara kumpulan ini. Mohammed, tour guide kami akan memberi penerangan berkenaan secara di Cordoba.
Sementara itu, kami dibawa untuk makan aiskrim halal yang sedap. Memang sedap ais krim di sini dengan pelbagai perisa.
Kemudian dibawa ke masjid untuk solat. Tapi masjid tutup pada hari itu. Kami kemudian berjalan ke restoran yang kami hendak makan tengahari iaitu Restoran Teteria Petra. Mohammed telah menguruskan untuk kami selepas makan, terus menunaikan solat di pejabat mereka yang terletak di tingkat atas restoran.
Kami dihidangkan dengan masakan Morocco iaitu Tianjin Chicken yang menggunakan 40 jenis rempah ratus. Hmm memang sedap dan sekarang pun masih teringat. Memang bila di Morocco dan Spain kita rasa aduhai jemu makan masakan sama sahaja setiap hari. Tapi bila balik Malaysia, memang boleh teringat.
Selepas selesai kami solat, para suami pulak naik solat. Kami turun dan siap siap berbedak di bawah kerana kebetulan, di ruang hadapan tiada pelanggan lain. Hanya kami sahaja.
Selepas itu, masa untuk free and easy. Kami diberi masa untuk berjalan jalan sendiri di sekitar situ untuk mencari souvineer atau untuk apa apa sahaja.
Setelah kepenatan, kami singgah minum di Hotel Maimonides yang terletak berdepan dengan meet point. Kami memang jenis tak suka sangat bershopping. Nak berjalan jalan pun betis dah penat.
Kami kemudian berkumpul di meet point untuk masuk ke Masjid Cardoba pukul 4.45 petang untuk menunggu tour guide dalam Masjid Cordoba datang untuk bertemu dengan kami.
OK setakat ini dahulu, nantikan entri seterusnya iaitu lawatan di dalam Masjid Cordoba di SINI. Salam sayang buat semua...
Catat Ulasan for "Percutian Spain - Cordoba Part 3"
Add your comment