Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Spain - Alhambra Keajaiban Dunia Islam


Selepas makan di Restoran Taj Halal, kami naik bas untuk masuk ke Al Hambra. Boleh baca serba sedikit catatan saya berkenaan Alhambra di entri sebelum ini di SINI. Serious ianya adalah satu tempat yang sangat harus dikunjungi. 

Haa saya lagi, kalau ke sini, pastikan anda memakai baju yang berwarna 'striking' supaya gambar lebih cantik dan menyerlah. Kami hanya diberitahu perkara ini setelah ada di sana, jadi memang tak sempatlah nak bershopping baju yang warna terang terang seperti merah, kuning, oren dsb. 

Dari pintu kami diturunkan, kami perlu berjalan agak jauh untuk ke pintu masuk Alhambra. Mereka sangat menjaga barang barang di sini sehingga tongkat yang menpunyai besi juga tidak dibenarkan dibawa masuk dikuatiri ianya boleh mencalarkan lantai marmar.


Kami dibawa dan diberi penerangan oleh Ola, tour guide di Alhambra. Antara tempat yang sangat menarik ialah sudut atau penjuru yang mana seolah ada mikrofon untuk kita berkomunikasi. Dalam istana Alhambra ini memang banyak tempat cantik untuk bergambar. 

Tengoklah seni bina dan tiles yang digunakan adalah seni bina Islam. Memang rugi tak bergambar. Kalau macam saya ni,  bukan ingat sangat apa yang diterangkan tapi gambar gambar ini yang menyebabkan memori saya di dalamnya akan kekal selamanya. Insya Allah. 








Bergambar beramai ramai di mana mana tempat yang kami lawati adalah perkara wajib yang kami lakukan. Ianya adalah tanda persahabatan kami yang kekal dulu kini dan selamanya. 


Semasa dalam perjalanan keluar, kami bertemu dengan pokok pisang kaki. Hahaha memang seumur hidup tak pernah pun tengok pokok ini. Teruja dapat bergambar di sini. Memang tak ada yang mengambil buahnya pun. Sama juga dengan buah delima dan buah limau memang masak di pokok jer. 


Selepas selesai, kami berjalan kaki turun untuk solat di masjid. Jalannya menuruni bukit yang agak curam dan jauh pula. Memang kasut kena yang betul betul mencengkam supaya tak jatuh terduduk. 

Dalam perjalanan bertemu dengan rakyat Malaysia, seorang pensyarah Universiti Malaya yang sedang mengikuti kursus bahasa Sepanyol selama beberapa bulan. Dia ikut sama ke masjid untuk solat.



Selepas solat, kami menaiki bas untuk dibawa shopping di Nevada Shopping Mall. Macam saya, tak ada lah nak shopping walaupun di sini ada Primark dan boleh pula claim tax refund. 


Kami terus menuju ke restoran Thai iaitu Restaurant Padthai Wok. Makan ala ala mee hoon goreng gitu. Sedap juga dan sesuai dengan selera rakyat Malaysia kan. 



Balik hotel untuk berehat. Keesokan pagi kami akan check out dan menuju ke Cardoba. Boleh baca entrinya di SINI.  



Catat Ulasan for "Percutian Spain - Alhambra Keajaiban Dunia Islam"