Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Spain - Granada Part 2


Kiranya hari ini adalah hari pertama di Granada kerana hari semalam, kami keletihan dan tidak ke mana mana sangat selain dari makan makan di Granada ini. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.

Bila disebut Sepanyol, pasti kita ada membaca bahawa kerajaan Islam di Andalusia jatuh bila kerajaan-kerajaan kecil Islam di Andalusia yang sering bertelagah tentang soal kawasan jajahan. Pertelingkahan yang sering terjadi di antara masyarakat Islam Iberia, Arab dan Berber juga telah menyebabkan kerajaan Islam menjadi lemah. 

Raja-raja kerajaan Islam ini sering mendapatkan bantuan tentera Kristian Iberia untuk menyerang dan menjatuhkan sesama mereka. Akhirnya kerajaan Kristian menjadi lebih kuat sehingga akhirnya jatuh lah kota Islam terakhir iaitu Alhambra, Granada ke tangan Ratu Isabella I. Dengan itu juga, tamatlah pemerintahan raja Islam terakhir di Sepanyol iaitu Sultan Muhammad XII.

Penyatuan Wilayah Castile dan Aragon melalui perkahwinan Ratu Isabella I dan Raja Ferdinand II ini akhirnya melahirkan Negara Sepanyol di bawah kekuasaan ‘House of Habsburg’ yang disatukan oleh cucunya Raja Charles I. Begitulah sedikit sebanyak sejarah kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol sehingga kini majoriti rakyat Sepanyol adalah beragama Kristian. Setakat ini dahulu, saya kongsikan yang mana saya baca.

Pagi pagi hari pertama di Granada, kami bersarapan di cafe hotel. Tidak seperti di Morocco, kami dinasihatkan supaya berhati hati memilih makanan di sini kerana tidak semuanya halal. 



Jadi kami hanya memilih roti, telur dan mentega sahaja, selain buah buahan. Juga perlu berhati hati jika hidangan makanan tidak halal diletak bersebelahan dengan makanan seperti telur scramble. 

Dikuatiri mereka menggunakan senduk atau penyepit yang sama untuk ceduk makanan tidak halal dan kemudian menggunakan untuk ceduk telur yang kita makan. Tapi sebab kami antara yang terawal, ok lah sebab belum ada orang lain yang makan di situ. 


Hari ini, kami akan dibawa ke Alhambra. Alhambra adalah salah satu dari 7 keajaiban dalam dunia Islam. Ianya merupakan istana dan juga kubu pertahanan Dinasti Moorish Nasrid yang mula dibina pada abad ke 13 di bawah Emir Granada iaitu Muhammad Ibn Al Ahmar. Alhambra adalah kota kerajaan Islam terakhir di Sepanyol yang jatuh ke tangan kerajaan Kristian. 

Alhambra adalah nama asal dalam bahasa Arab yang bermaksud "Red Castle or Vermillion" disebabkan tona warna dinding dan tower dikelilingi bukit La Sabica bila dibawah cahaya bintang malam akan berwarna perak tapi di bawah cahaya matahari akan berwarna tona keemasan. 

Untuk masuk ke sini, kita perlu membeli tiket dan akan dibawa masuk oleh tour guide yang akan memberi penerangan sepanjang di dalamnya berkenaan sejarah Alhambra. Jadual kami untuk masuk Alhambra adalah pukul 1.30 tengahari. Jadi sementara menunggu waktu masuk, kami dibawa untuk melihat lihat bandar Granada dari atas bukit.



Sebelah paginya kami dibawa pusing pusing bangunan menarik, taman dan tempat menarik untuk melihat pemandangan Granada dan Alhambra dari jauh. 




Semasa berjalan jalan kami melalui satu taman yang sangat cantik iaitu Archivo Historic De Ciudad La Granada, saya sangat teruja melihat dedaun pokok maple yang bertukar warna kekuningan dan kemerahan kerana musim luruh. 

Bila bergambar, sangat cantik. Malahan telah lama saya ingin bercuti ke negara 4 musim di musim luruh untuk menikmati keindahan warna yang kemerahan dan kekuningan seperti ini. Jom layan gambar gambar kami sepanjang di sini. 






Aduhai lenguh juga berjalan jalan di sini kerana permukaan jalannya yang berbukit bukit. Jadi ada ketika kita kena mendaki jalan yang membukit. Ada kalanya kena menuruni jalan. Kasut juga mesti menpunyai tapak yang bagus untuk berjalan kerana bila menuruni jalan berbukit, kita tidaklah jatuh kerana jalan yang licin. Jalan jalan di Spain ini memang banyak diperbuat dari batu marmar yang cantik atau batu batu yang sedikit licin. 



Kami kemudian berjalan sehingga bertemu dengan Restoran Taj Halal. Singgah untuk ke bilik air sementara menunggu makan tengahari disediakan. Kami diberi masa untuk berjalan secara sendiri dan kembali untuk makan tengahari di restoran sama. Menu makan tengahari kami kali ini ialah nasi dengan daging. 




Selepas makan, kami berjalan menunggu di tempat biasa di mana kami diturunkan atau naik bas. Kali ini kami akan dibawa ke tempat yang ditunggu tunggu iaitu Alhambra. Jangan lupa baca entri seterusnya kami di Alhambra di SINI. Sehingga berjumpa lagi.



Catat Ulasan for "Percutian Spain - Granada Part 2"